♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kerek Banting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerek Banting. Papar semua catatan

Isnin, 29 Julai 2013

Kerepek Murah Di Banting


Musim dah nak raya ni, sana sini dah mula membeli kuih raya ... saya kuih raya ni takdalah sakan sangat kot nak beli . tapi kerepek tu wajib ... hahahaha .. wajib terus bukan harus lagi dah ...

Jumaat baru² ni sempat lah pergi membeli kerepek sempena cuti Nuzul Quran, Kami keluar rumah awal pagi ... sebab tahu kalau pergi lambat nanti ramai orang punyer sesak huhuhuhu .. tapi kalau dengan amir ni biasalah .. nak cepat macam mananya kene bersiap ikut jadual dia.. bukannya bersiap lambat .. mata tu asyik nak tengok kartun jer.. takmoo mandi .. 

Dalam pukul 8.30 pagi kami gerak, pukul 9 lebih sikit dah sampai .. itu pun ramai uma dah .. haihh heran betul .. pepagi dah sampai dia orang ni keluar rumah kul bape, kedai kerepek pilihan kami mestilah yang kat sungai lang, banting tu.


Kerepek house, memang suka beli kat sini .. berbanding kedai² lain sebab kat sg lang ni memang banyak kedai .. jadi korang boleh pilih mana² yang korang suka .. kalau masuk sg. lang tu banyaklah signboard ... pilihlah yang mana korang nak harga semua pun lebih kurang cuma ada yang sedapp dengan tidak.. tapi kat sini .. seyes semua pun sedappp sebab tu menjadi pilihan setiap tahun .. berbaloi² dengan harga yang dibayar .... korang tengok tu.. betapa banyaknya kereta parking tepi jalan ... tu baru kereta.. dalam kedai jangan cakaplah.





Hasil rembatan .. lebih kurang 16 bungkus kerepak 1 kg ada, ½ kilo pun ada.. macam² ada.. tapi percayalah semua pun buka saya punya hihihihihi .... semua pun untuk mak, mak merua dan sedara mara yang tempah dan untuk embah hihihihihi ... 





Hasil rembatan kesemuanya berjumlah RM 100.00 ngam² tau .. hahahaha .. hubby siap cakap dekat amir, patutlah ibu kerja kira duit .. tengok pandai ibu bajet duit kan mir .. ngam², gelak jer budak cashier tuuu .. dengar hubby cakap.





Gambar kat dalam tu tak sempat nak amiklah .. orang ramai sesangat, ni pun kita mabuk² pening dibuatnya nak amik tau.. hubby tukang jaga bakul dengan amir, banyak kali jugak saya pusing² nak cari kerepek .. amir pun sibuk nak menolong bawak kerepek jugak ... dia pilih yang mana dia nak makan .. tapi bukannya dia nak makan pun kat rumah .. bawak kat kampung jer.. mesti dia makan kat kampung nanti, kerepek pisang langsung tak dapat .. dah habis.. nasib baiklah mak dah buatkan kerepek pisang.. sayang mak ... tak sia² abah tanam pisang lang (eh² sama nama pulak macam nama tempat jual kerepek) dengan pisang tanduk .. ada jugak hasilnya buat raya ni.





Bicara Hati : Tergendala nak buat kuih raya cuti baru² ni sebab tetiba jumaat tu lepas balik beli kerepek pening, mabuk, muntah² dibuatnya .. angin agaknya dalam badan... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...