♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kerja Kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja Kampung. Papar semua catatan

Selasa, 25 Februari 2014

Siram Bunga Embah - Cucu Yang Pandai Amik Hati


Sejak² kami duduk kampung ni, ada jer yang amir suka ngajuk embah/ nenek buat kerja .. selalunya waktu petanglah .. sebab pagi kan ami sibuk pergi tadika....

Dan korang jangan tak tau seminggu dok kampung awal januari hari tu kemain dah pandai cakap jawa .. sampailah sekarang, yang paman dia pulak dok speaking english ... siap mengajuk² embah dengan atuk cakap kikikikiki .. gelihati dibuatnya.



Ni salah satu aktiviti yang amir suka buat petang hari .. pokok² embah haus ibu ... cian dia sekarangkan musim panas.. ni mesti bila dia tanya embah itu jawapan embah ... kemain lagi .. saya baru pandang dia jawab dulu .. takut ibu marahlah tu main air .... maklumlah sekarang ni musim takda air .. air pun dah mula di catu huhuhuhu ... jadi kenalah beringat sikit...





Hah!! kooo tengokkk sampai macam tu sekali dia menyiram pokok embah .. kami perhati jer daripada jauh ... ni pokok² yang mak saya tanam tapi tak alihkan lagi.. sebelum tu amir dah jirus/siram pokok² bunga yang sekeliling rumah mak saya .. kalau kat rumah mertua pun dia buat macam tu jugak.. pantang dapat peluang.. memang cucu bertuah ni ... lepas siram.. dia mainlah air terus mandi.. itu pun peluang dia.. bijakkan.. memang terlebih DHA dan AHA ni.


Kalau korang nak tahu bukan takat pkko bunga mak saya tu jer.. selagi paip tu sampai .. kebun abah anak² pokok pisang pun amir siram, anak pokok cili .. pokok serai.. saboo je lah... saya perati je daripada jauh.. tak tegah pun.. sebab tau peluang macam ni dia takkan dapat kalau kat rumah kami .. ni kat rumah embah .. memang jadi anak kampunglah dia   >____<


Abah pun baik, kalau amir siap buat ni semua dia bagi upah .. dapat aiskim cukuplah... seminggu tak habis cerita kat semua orang atuk (abah saya) belanja dia aiskrim.. kadang gelihati hati saya di buatnya ... bila dia bercerita tu .. macamlah atuk dia hadiahkan dia ... sesuatu yang istimewa sangatkan.. budak² memang macam tu lah agaknya .. pada dia orang ganjaran macam tu pun dah besar.. mereka rasa macam dihargai ...



Bicara Hati : Alhamdulillah rasa bersyukur di kurniakan anak yang baik, moga sampai besar dia baik menjadi anak yang soleh ... Amin...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...