♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kisah Adik Ina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Adik Ina. Papar semua catatan

Rabu, 31 Julai 2013

Doa Saya Buat Adik Blogger ina a.k.a IntaNBerliaN



Sejak akhir² ni bila saya bw daripada opis, ada blog yang saya boleh buka baca sahaja, tak boleh komen sebab ruangan komen tu lambat loadingnya, ada tu pulak keluar header jer.. 5 minit barulah keluar entrynya saya baca.. itu kalau nasib baik .. kalau nasib tak baik.. jangan kata ruangan komen tak keluar .. nak masuk pun header terpusing² globe kat atas tu ... memang tahap kelembapan internet kat opis sukar disangkal lagi sekarang .. huhuhuhu ... sudahnya kalau takda kerja tider (takda kerja lah sangat eh) ok ler tidur .. takkan nak pergi bergosip bulan² posa ni ...


Blog ina pun salah seorang blog yang saya boleh masuk baca jer .. sukar nak komen ruangan komen tu takkan keluar .. dia akan keluar macam gambar kat bawah ni sahaja. Sorry ina sebab tu saya jarang komen di blog ina sekarang .. saya cuma boleh baca jer... huhuhuhu ...



Sebak saya baca entry ni, tanpa sedar air mata bergenang .. dan hampir menitis ... moga adik ina kuat .. moga sembuh seperti sediakala .. moga ina sekeluarga jugak tabah ... menghadapi dugaan ini .... Pada yang mengikuti kisah adik ina di blognya mesti tahu apa yang dah terjadi, alhamdulillah adik ina dah sedar dan boleh pulang kerumah.

Semua entry² ina mengenai adiknya saya baca.. tapi saya tak boleh nak komen sebab asal masuk jer.. tu lah tunggu punya tunggu .. ruangan komen tak keluar .. sudahnya dapat baca jerlah .. itu pun dah memadaikan... saya tahu perkembangan adik ina.

Moga kawan² yang membaca entry ini pun mendoakan yang baik² buat adik ina agar kembali sembuh seperti sediakala ... 


Bicara Hati : Al-fatihah buat arwah adik saya .. moga rohnya tenang di sana .. nak raya ni terkenang arwah selalu dia lah yang lebih sibuk mengalahkan mak nak buat persiapan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...