♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kuih Tradisional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih Tradisional. Papar semua catatan

Khamis, 26 September 2013

Menu Pasar Malam



Ni cerita semalam masa balik kerja, amir kata lapar .. lama tak makan nasi lemak ... iyerlah dah beberapa hari ni dia asyik makan laksa jer... takmoo nasi ... tetiba pulak semalam mintak nasi lemak.

Sebab amir jer yang nak makan nasi lemak jadinya singgahlah pasar malam ... senang cerita .... jadi menu semalam ialah menu pasar malam sahaja wiwiwiwiwiw .....(^____^)v

Dan paling teruja pergi pasar malam semalam (tapi saya singgah balik kerja masa petang) saya jumpa kuih tepung gomakkkkkkk hohohohoho.. sukanya ya allah.. kalau boleh nak beli banyak ... tapi sebab tak tahu lagi mak cik ni buat sedap tak saya amik 3 sahaja .. 2 saya makan, 1 bagi hubby rasa.. sebab hubby kata dia tak pernah makan langsung.... 2 biji apam.. semuanya 5 ketul rm 2 senang.



Tepung gomak besar, sedapp jugak.. dalam dia inti kacang hijau ... nasib baiklah sedapp mak cik ni buat.. minggu depan boleh beli lagi .. hihihihi... tu pun kalau mak cik ni ada lagi , saya beli ka pasar taman perwira .. dekat dengan rumah jugak .. tapi jarang pergi kat sijangkang nun....




Apam balik beli seketul rm2.50 kegemaran amir jugak .... bukan amir jer.. kegemaran kami 3 beranak jugak hihihihihihi .. tapi sekarang inti apam balik tak semeriah dulukan... nasib baiklah yang saya beli semalam ok.. kacang banyak.. jagung pun banyak.. sedapp.. cuma berminyak sikit.



Inilah budak mengidam tu.. nak makan nasi lemak katanya.. nasi lemak biasa jer.. ibu gorengkan telur kat rumah, nak jugak yang ibu gorengkan telur hihihihihi .. anak².



Bicara Hati : boleh dikatakan hampir semua juadah, menu kat pasar malam naik harga, sebab naik harga minyak kot kan ... huhuhuhu ... banyak naik rm 0.50


















Khamis, 15 Ogos 2013

Buah Tangan Raya Tukar Edisi Munjung



Setiap tahun pun mesti ada edisi munjung², hantar makanan ni .. ni macam tradisi jer sebenarnya ... selalu masak lebih bagi sedara mara.. rasanya dah 2 hingga 3 tahun ni tak buat kikikiki .. tapi saya dengan hubby tukar edisi munjung ni dengan bagi biskut raya 2 bekas dan air kotak besar sesiap letak dalam beg kertas macam ni. Bukanlah melupakan tradisi cuma ak berkesempatan nak masak.. kalau panjang umur.. raya haji saya masaklah.

Munjung ni sinonim bagi masyarakat jawa, kalau kat kampung memang meriahlah lagi² daripada seminggu nak raya tu .. tak payanh nak pening² masak.. ada jerlah kang yang hatar makan munjung ni.

Kat tempat lain mungkin lain caranya ... ini cuma tradisi ni .. terpulanglah bukan wajib pun kan...



Bicara Hati : Jenuh cari beg kertas besar musim raya ni .. banyak habis heran jugak.



Isnin, 5 Ogos 2013

Cara Buat Biskut Cornflakes Madu Tanpa ' Buttercup '

Ni kira resepi turun temurun, kita orang kalau buat biskut corflakes ni memang pesen tak kosaaa nak meleceh² caikan buttercup kat kuali, kita orang buat versi yang sempoii jer .. tapi sedapp itu yang penting hihihihihihi ....

Tak tahulah kene tak pada tekak korang, tapi tekak saya okk jer... hihihihihihi ... jom cuba kalau tak percaya, senang, mudah dan sedapppp ... 
Cornflakes
Madu
Susu Manis
Kacang Gajus (potong dua dan sangaikan dia tanpa minyak kat kuali)/ Boleh jugak gunakan kacang lain seperti kacang tanah lagi jimat ... jangan kacang hijau sudahlah itu nak buat rempeyek bolehlah.
Coklat Rice/ Gula Manik
Mangkuk kertas


Dah siap gajus tu disangaikan, meh masukkan cornflakes .. ramaskan² dia tau .. bagi hancur kecik² sikit.



Lepastu masukkan susu manis, saya selalu kalau sekotak ni .. dalam 10 sudu besar, letak sikit jer pun takpa ikut citarasa masing² .. macam saya ni takmmooo banyak sangat sebab nanti manis dan cornflakes tu jadi tak sedapp... bila di bakar bila terlebih susu.



Lepastu masukkan madu .. madu lebih takpa.. sebab nak bagi cornflakes tu likat ... dengan erti kata lain .. korang kene sebatikan masa nak gaul tu... jangan banyak sangat kang keras pulak cornflakes tu .. dah korang salahkan kita pulak.



Gaulkan dia sampai sebati kesemuanya, dan masukkan dalam cup (sorry lupa pulak nak amik gambar) dan taburkan coklat urai tu ... kan senang.. lepas tu bakarkan dia... dalam 15@20 minit agak².. jangan sampai hanggit yer...



Dan inilah hasilnya.. taraaaaa ... alhamdulilah .. siap jugak atas permintaan amir hihihiihi .. tak masuk balang dah dihadapnya... takpalah sapa lagi nak habiskan kalau bukan amirkan.




Bicara Hati : Nampaknya ini jerlah biskut yang wajib dibuat setiap tahun atas permintaan ramai, bukan amir jer suka adik² saya pun suka.... memang tak bagi orang jamu pun.










Ahad, 4 Ogos 2013

Agar agar Santan Versi Hijau





Puasa ni macam biasalah mek sebelah, tak puasa pun dia bagi lauk pauk apatah lagi puasakan .. memang lagi meriahlah .. tapi menu² tu pun dah pernah tunjuk kat blog kan.. tak payah tunjuk lagilah .. kang kecur air liur...

Mek bagi agar² santan ni, ya allah memang masa mek bagi ni kebetulan rasa tekak ni macam nak makan sangat agar² macam ni .. mek terima kasih sangat² sebakk kejap.. camner citarasa saya mek boleh tahu ni huhuhuhuhuhu ....

Jangan tak tahu .. sepinggan mek bagi ni .. betul² tingal 2 ketul jer sampai ke sahur tak makan .. sebab dah kekenyangan kalau tak mahu saya habiskan.. (^____^)v

Hari ni mesti dah ramai balik kampungkan ... ke.. esok korang masih kerja (aku ler tu), hari ni ukur shopping kompleks kikikikiki ... ;p







Jumaat, 2 Ogos 2013

Punah Harapan



Sana sini dok pakat jom lah keluar shopping nak tengahari ni, rehatkan lama ni ... aku?? shopping mana?? ntah nak beli apa???? malas lah .....

Sudahlah sistem kat opis ni buat hal pulak ... laporan tak dapat nak buat, tapi gigih jugaklah nak kene siapkan sebelum cuti raya ni .. insyaallah isnin kerja lagi... malas yang benarnya nak keluar shopping kang yang bukan² dibelinya .. malam ni nak buka puasa rumah kawan pulak (edisi potluck) .. jadi balik mesti nak singgah shopping kan dengan hubby ... penat kaki oooo .. baik simpan tenaga dulu.

Kunun² sementara sistem biol ni, nak transferlah gambar daripada kamera .. sekali adehhh punah harapan, kabel tertinggal kat rumah pulak grrrr sebab cas bateri semalam, tak dapatlah nak draft entry awal².. kalau sempat minggu depan adalah entry autopublish.. sepanjang cuti .. kalau tak sunyilah blog ni .. tanpa entry sepanjang cuti raya nanti (^__^)v


Gambar tiada kaitan saja letak, mek bagi masa puasa ni .. tak tahu apa namanya .. ala² macam bubur .. rasanya yang hijau tu liat² kenyal ... sedapp jugak sebab mek buat tak manis sangat .. amir dengan hubby booo layan .. saya makan sorang tak habis pun...




Ada kawan aku kata dah takda mood nak buat kerja, tapi masalahnya kalau tak buat kerja tu lepas raya kene buat jugakkan .. baik buat sekarang ... sila hilang perasaan tak da mood tu dalam diri huhuhuhuhu .. walaupun aku pun sebenarnya tak da mood jugak dah nak buat kerja .. gigi sakit ... grrrrrr ....




Bicara Hati : Tak sabar nak jumpa kawan² petang, nak buka puasa sama² .. macam² lah nak cerita lama tak jumpe harap hubby oklah .. semalam dia macam tak berapa nak sihat huhuhuhuhu ... macam nak demam katanya, dah mula selsema.






Resepi Popia Nestum Rangup Dan Sedap




Masya buat biskut, apa biar betul????? hahahahaha .. iyerler kan nak berjimat .. lagipun bukan sapa nak makan pun.. kat rumah tu pun .. tak ramai tetamu yang datang.. nanti kami jugaklah yang habiskan hihihihihi .... (^___^) Jadi korang janganlah gelak kuat sangat baca saya buat kuih ni, popia nestum jer pun .. huhuhuhuhu .....


Jom buat popia nestum, super duper senang ok ... jangan nak kata susah .. orang yang malas jer .. cakap macam tu, tahun ni teruja sikit sebab amir sibuk nak tolong buat hihihi.... dan pandai komen kalah masterchef okkk .. permintaan kemain lagi .. tapi jangan yang tidaklah² amir .. ibu tak reti sangat.




Popiah Nestum Rangup




Bahan:





Kulit popiah (1 paket yg ada 50 keping tu)







Tepung gandum*
Air *





Nestum 3 in 1 (blend sampai halus, tapi saya pakai nestum jer dah itu jer yang ada kat rumah)
Minyak utk menggoreng










Cara:




Satukan bahan yg bertanda * bagi dia jadi mcm gam, jgn likat sangat.. utk lekatkan kulit popiah ja. Ketepikan. Gulung kulit popiah.. jgn gulung padat sangat .. nanti goreng dia jadi padat & keras.. gulung tu longgar2 sket tau. 



Guna bancuhan tepung tadi utk lekatkan kulit popiah. Sapu sikit ja kat bahagian hujung kulit popiah. Jgn tindih2 kulit popiah yg digulung tu..




Lepas tu gunting serong popiah yg dah digulung tadi. Gunting serong dia jadi cantik..kembang ja bila digoreng.. nampak layer2. Lepas habis gunting.. goreng dia dlm minyak panas.. minyak kena banyak.







Bila minyak dah tos agak sejuk bolehlah gaul dengan nestum







Anak ibu yang sanga²lah rajin nak menolong.







Satu balang untuk mak, satu balang yang kecik untuk saya ... saja tinggal sikit untuk rumah, sekali amir sukalah ... tinggal suku dah nak habis di hadap amir sambil layan kartun.





Tips kalau nak lagi sedap campurkan nestum dengan horliks masa blander, saya takda horliks dah habis .. saya guna nestum jer.. tu pun amir dok puji² sedapplah ... ibu .. sedaplah ibu ... kembang kempis ibu di buatnya .. memang pandai betul amir nak amik hai ibukan.





Bicara Hati : Malam ni kene gigih siapkan kompleks madu pulak .. amir dah asyik menanya jer .. selagi tak buat, selagi itulah di tuntutnya .. tapi ibu suka .. sebab dia suruh buat .. dia pun teruja nak tolong.















Isnin, 8 Julai 2013

Kuih Tradisional Dan Menu Petang Pun Sedap



Ini adalah menu² kuih masa majlis tahlil minggu lepas kat opis, susah nak merasa kuih² ni ... ada majlis macam ni barulah dapat merasa, itu pun sebab kawan opis ada yang sedekah ... kalau nak beli .. memang payahlah nak jumpe ... apatah lagi kalau ada yang mengidamkan.


Pulut pangang, Tahu isi ikan dan koci pulut hitam (seyes sedapp koci ni tau ... makan satu .. nak satu lagi .. makan satu .. nak tambah lagi...)



Lepat pisang, yang ini tak sempat nak rasa ... dah habis tak nampak bayang ... nampak nau susahnya nak beli kan hahahahaha ....



Hari ni makan percuma lagi ada mesyuarat, lagi sehari nak puasa .. murah rezeki.. (^____^)v kuih² ini pada saya memang sesuai dimakan bila² sahaja, tak kiralah sarapan ke.. minum petang ke .. kalau malam pun ok jugak rasanya kan .... hihihihihi .. tapi itulah susah nak beli sekarang, kalau ada pun mahal, kalau ada pun tak berapa nak menepati citarasa tekak.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...