♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Lori Sampah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lori Sampah. Papar semua catatan

Isnin, 1 Julai 2013

Tuntut Hadiah Peperiksaan




Anak bertuah, haihh anak bertuah... ni kisah 2 minggu lepas yang masa saya bagi tahu amir tak sihat tu... bukan masa tak sihat sakit kemaluan, tapi masa dia ala² nak demam kununnya, kununnyalah masa 2 minggu lepas ...  masa tu amir memang moodyyy sangat nak pergi tadika, padahal memula elok jer kat dalam kereta.

BILA SAYA PUJUK DIA KATA, KAWAN LAIN DAPAT HADIAH .. KAWAN DAPAT HADIAH SAMPAI NOMBOR 4, AMIR NOMBOR 5 TAK DAPAT .. ALAHAI NAKA².. CEBIKK DIBUATNYA.... YANG SEBENARNYA AMIR PERIKSA DAPAT NOMBOR 4, TAPI CIKGU BAGI HADIAH UNTU PELAJAR TERBAIK 2 LELAKI DAN 2 PEREMPUAN .... KWN AMIR NOMBOR 1 & 2 LELAKI, 3 PEREMPUAN, AMIR NOMBOR 4 LEPAS TU NOMBOR 5 PEREMPUAN .. JADI MEREKA SEMUA DAPAT HADIAH.. DAH AMIR TAK DAPAT AMIR MERAJUK, TAHU JERLAH BUDAK SENSETIF TU .... TU AMIR KATA DIA PERIKSA NOMBOR 5 TAKDA HADIAHHH.....


Belikan hadiah lori sampah pagi tu jugak nak pujuk dia .. tak pasal lebur duit 7.50 tau huhuhuhuhu ... kalau lebih 10.00 pikir banyak kali ibu nak belikan.. memang pujuk beli bende lain jerlah... beli ini pun saya tak bagi bawak pergi tadika, main kat kereta jer.. nasib baiklah mendengar kata.



Pagi ni pun buat peragai jugak huhuhuhu .. menangis² tak nak pergi .. mula² dia tertidur dalam kereta pagi tadi .. bila saya kejutkan dah sampai opis ibu .. tanya nak makan apa² tak, dia kata tak nak .. tapi nak balik kampung ... hadoilah.. ni mimpi apa pulaklah ni .. tak nak pergi tadika, saya pujuk pun dia menangis jugak .. tapi lama² dia diam jer... bila saya cakap kene jugak pergi tadika .. esokkan ada rombongan .. nanti amir tak tahu apa² kalau tak pergi tadika.

Pujuk ajak beli hadiah lagi pun takmoo dah muncung jer masa nak masuk ke tadika.. sampai kelas pun dah lambat 8.10 minit, nasib baiklah bos ibu tak marah masuk opis lambat.




Bicara Hati : Harap jangan esok pagi buat peragai lagi sudah....









Isnin, 10 Jun 2013

Seorang putera yang fanatik pada mainannya


Ok.. kita lupakan tentang entry luahan hati pagi tadi, jangan ikut emosi sangat .. percaya Allah sentiasa berada disisi hambanya, yakin .. yakin.. insyaallah .. Allah akan melindungi hambanya untuk berada di samping mereka yang sentiasa positif diri .. yang sentiasa percaya Allah akan melindunginya, sahabat yang baik dunia akhirat ialah sahabat yang tidak suka bercerita hal sahabat baiknya kepada orang lain ... apatah lagi mengaibkan sahabatnya betul tak?? betulkan.... betulkan .. angguk banyak kali kalau setuju ... 

Ok .. sebenarnya minggu ni saya nak kongsikan kisah putera kesayangan saya ni, sapa lagi putera yang bijak pandai lagi cermat orangnya kalau bukan amir hazim kan, alhamdulillah dah 5 tahun putera ibu ni, tapi manjanya mengalahkan budak setahun.

Fanatiknya putera ibu ni, herooo yang sorang ni kalau di bawak kemana² di dalam kereta sukalah sangat melihatkan lori sampah, lori pasir dan segala mala lori lah... dan fanatiknya jugaklah sampaikan koleksi kat rumah dari yang kecik sampailah yang besar semuanya pun ada.

inilah kerjaannya kalau dikampung bangun seawal pagi tahu ....
janganlah sesekali dilarang selagi dia belum puas main, walau nyamuk sudah hinggap penuh dimuka dan peha.. sudah tergaru² disana sini .. dia masih lagi leka bermain .. siap bersama bunyi mulut.




Betapa tingginya imaginasi seorang anak .. amir akan memyangkan macam inilah kerjaannya, macamlah dia berjalan. dan kalau menonton ke youtube ini jugaklah yang dicarinya.



Puas sudah kadang² ibu merang, tapi itu jugaklah yang disukakannya, puas sudah koleksi yang ada berderaian tapi ayahnya tak pernah melarang untuk membelikan haihh.. anak²....

Anak lelaki korang fanatik tak macam ni??? memang anak lelaki kegemaran maianannya begini bukan, jadi janganlah nak menyekat perkembangan dirinya.. biarlah dia terokai apa yang disukakannya kita pantau jerlah daripada jauh ... selagi bukan yang tidak² dibuatnya.




Bicara Hati : Esok kita up story tumbesaran amir yer.. sepanjang 5 tahun.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...