Baru² ni cuti hujung minggu banyak sangat² cikgu bagi kerja sekolah ... boleh dikatakan ada 2 buku dan 3 helai kerja .. semua pun kena siapkan ... mujurlah hubby sabtu kerja, jadi mudahlah saya kemas rumah dan lepas tu terus tumpu mengajar amir ... biasalah kalau tak ibu kat sebelah mulahlah diakan.. kalau mewarna semua sama warna .. kalau menulis suka nak cepat siap.. sudahnya macam² bentuk ada.
Pagi tu dah sarapan isi telur mata letak mayonis, petang pulak amir nak roti letak telur hancur berkicap.. saya layankan jer.. kira macam upahlah dah berjaya siapkan semua kerja sekolahkan... sebenarnya saya lagi suka amir yang mintak dia nak makan apa.. tenghari pulak nasi dengan telur hancur kicap... menu sokmo ada telur huhuhuhuhu .... yang penting amir kata sedapnya ibu.. sedapnya.....
Sebenarnya amir dah lama mintak ajak pergi fun fair jumaat malam sabtu baru ni kunun nak pergilah.. sekali fun fair tak bukak tutup huhuhuhu .. cian dia.. mujurlah sabtunya petang hubby ajak pergi giant main moor ni dia nak .... sebelum maghrib layankan dia dulu .... kira macam ganjaran lah jugak dia dah siapkan kerja .. kami bawaklah jalan² makan².. tak dapat main fun fair ini pun okeyy...
Bicara Hati : Dalam usia 6 tahun ni .. kalau boleh nak ajar amir riadah yang ada aktiviti sikit nak kurangkan ke kawasan mall .. tapi jerebu lah pulak sekarang ni .. nak tak nak ... aktiviti kat luar rumah kena kurangkan... jadi ke mall jugaklah.