Baru² ni cuti hujung minggu banyak sangat² cikgu bagi kerja sekolah ... boleh dikatakan ada 2 buku dan 3 helai kerja .. semua pun kena siapkan ... mujurlah hubby sabtu kerja, jadi mudahlah saya kemas rumah dan lepas tu terus tumpu mengajar amir ... biasalah kalau tak ibu kat sebelah mulahlah diakan.. kalau mewarna semua sama warna .. kalau menulis suka nak cepat siap.. sudahnya macam² bentuk ada.
Pagi tu dah sarapan isi telur mata letak mayonis, petang pulak amir nak roti letak telur hancur berkicap.. saya layankan jer.. kira macam upahlah dah berjaya siapkan semua kerja sekolahkan... sebenarnya saya lagi suka amir yang mintak dia nak makan apa.. tenghari pulak nasi dengan telur hancur kicap... menu sokmo ada telur huhuhuhuhu .... yang penting amir kata sedapnya ibu.. sedapnya.....
Sebenarnya amir dah lama mintak ajak pergi fun fair jumaat malam sabtu baru ni kunun nak pergilah.. sekali fun fair tak bukak tutup huhuhuhu .. cian dia.. mujurlah sabtunya petang hubby ajak pergi giant main moor ni dia nak .... sebelum maghrib layankan dia dulu .... kira macam ganjaran lah jugak dia dah siapkan kerja .. kami bawaklah jalan² makan².. tak dapat main fun fair ini pun okeyy...
Bicara Hati : Dalam usia 6 tahun ni .. kalau boleh nak ajar amir riadah yang ada aktiviti sikit nak kurangkan ke kawasan mall .. tapi jerebu lah pulak sekarang ni .. nak tak nak ... aktiviti kat luar rumah kena kurangkan... jadi ke mall jugaklah.
12 ulasan:
senang la amir dia mkn.x cerewet sgt..kak, better p cek klinik.kalo skt nak kencing ni tkt penyakit lain je
ucapan bagus..
ciuman semua tu lekat kat minda anak2..
Assalamualaikum kak masya. kesiannya amir. semoga cepat sembuh ya nak.. betul kak, kena ajar beriadah sikit. baru sihat tubuh badan anak kan ~~~
mudahnya nak bagi makn..ada sesetengah budak agak cerewet..
bila amir besar nanti
mesti dia terharu abca entry ni nanti :)
Loor nape amir tu..hope tk la serius ye...
Betul, kena kurangkan aktiviti outdoor ni, tak berapa sihat kawasan luar tu..huu..
sungguh... wpon hanya ciuman d pp... depa da cukup hepi...
wah amir pandai dh request ibu utk msk mcm2..mujur ibu kreatif,,bagus cara masya nie, lain ibu lain cara mendidik anak2, dan pasti seme ibu akan ebri yg terbaik pd anak..
akak, bila amir dh tahu serba sikit nanti harus bg amir baca blog ni..
betul tu kena pilih xtvt yg besesuaian dg keadaan cuaca skrg.in shaaAllah lps boleh riadah kat taman ye amir.
Sekali sekala kena lah bagi penghargaan kat anak kan. Ciuman tu memang hari2 ☺
anak2 kecik ni mmg tak boleh dipisahkan dengan telur... hehe
terasa dir amir dihargai..klu hari2 cmni kan best ibu.hehe..
suka betul telur ye..satu hari menu telur je amir ni kan
Catat Ulasan