♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Masalah air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masalah air. Papar semua catatan

Isnin, 7 April 2014

Catuan Air Di Zon 4 , Isu Bekas Air



Hujung minggu yang bebetul mencabar kehidupan seharian kami, jumaat lagi dah dapat tahu takda air kat kampung ... jadinya kami sepakat balik rumah dengan penuh harapan mengunung kat rumah air memang kena catu tapi air tangki ada selalunya dan waktu sebelum subuh kebiasaannya air akan ada sampai 10 pagi.

Tapi .. tapi .. kali ni memang bebetul kena catu uwarrrrrrr ..... balik rumah air tangki pun takda.. jiran² bagi tahu seminggu dah air tak keluar.. memasing tadah air daripada depan, kami pun bernasib baik sebab masa renovate rumah dulu air depan kat 'car porch' memang air terus daripada meter yang ke singki dapur.. jadinya bolehlah tadah air kat depan jugak, kalau ikutkan plan lama air depan tu pakai air tangki jugak huhuhuhu ... rezeki².. ada jugak hikmahnya hubby ubah dulu.

Korang bayangkan baju seminggu tak basuh, baju sekolah amirlah paling kami pentingkan ... gigih hubby angkut air tau dari depan kebelakang nak membasuh baju, mujur jugaklah mesin auto kami tu tak berapa nak auto ok jer.. kalau hubby dok letak air waktu basuh dan keringkan.


Berbekas² air hubby tadah malam tu, semua bekas nak pindah rumah kami gunakan dulu.. mujurlah belum isi barang² .. haru toi .. dan mujur jugaklah amir dah besar.. kalau tak mahu dia berkubang dalam bekas² tu... buat pesta buih... kemain suka dia dapat mandi kat laman tu tau.. anak oiii.. air takda ni.. perlahan jer, tu pun mujurlah perlahan.. kalau setitik pun takda lagi pingsan.. jenuhlah mengangkat air nak basuh baju 2 trip hubby buat... ya allah terima kasih sangat² kat hubby sebab gigih buat semua tu... sampaikan saya dah tidur pun dia tak tidur lagi.. saya bangun dia dah bangun.. hubby² mesti dia kepenatan hari ni... nak mengajar.




Kalau ikutkan kawasan taman rumah kami ni dah 3 bulan, masuk bulan ke 4 dah catuan air ni ... tapi sejak² nazak sangat tahap catuan air ni.. air minum saya beli air mineral besar ni jer.. kalau nak rebus.. memang rebus air ni buat air panas... kalau air yang ada tu keluar untuk basuh baju dengan basuh pinggan itu pun dah rasa syukur .. masak memang jaranglah takda air ni.. tapi demi anak nasi tu masklah jugak.. sebab amir kan suka makan nasi telur dan kicap.



Bila bukak nuffnang pulak lagi haru... orang dok google kat mana nak beli tong air murah, haihh lah.. saya sendiri pun tak tahu kat mana yang murah ... sana sini jual harga tong melambung² kemain mahal ... memang kaut untung betul dia orang ni .. 2 ply je jual murah sikit.. sikit je lah kot kita orang pun bakai bekas kotak tu jer.... tak beli tong, mujur abah pernah bagi tong dulu.. isi kat tong tu je lah... huhuhuhu ..;p




Bicara Hati : Cepat²lah air kembali pulih, 2 hari takda air.. rahmat jugak 2 hari hujan turun .. tapi tak tadah air pun.. takda bekas dah.. mak kat kg tadahlah..








Khamis, 6 Mac 2014

Catuan Air



Bangun pagi, bersenang lenang .. tanpa memikirkan hal yang rumit, cuma perlu mandi siapkan diri .. tapi?? apa perasan korang bukak paip ... ohhhmaiiiiiiii mane air ni takda keluar .. tengok kolah (tu pun kalau ada kolah) tinggal suku .. kalau takda air langsung lagi haru.


Gelak baca keratasn akbar pasal lawak ni, ntah pape ntah ....



Kalau ikutkan sekitar kawasan kampung rumah saya tinggal masih ada lagi, walaupun dah mula perlahan .. kadang tu laju tapi air pulak macam tak berapa nak bersih .... bukan warna kuning .. masih lagi warna putih cuma macam ada keruh sikit, errrrrmmmmm camne eh .. tekak pun dah mula rasa perit sebab air tak bersihkan, kat kampung memang takda air bertapis pun. Nampaknya macam takda pilihan kene jugak beli air mineral besar ni .. buat minum huhuhuhu ... >____<




Bicara Hati : itulah bila nak buat empangan jadi isu .. sekarang dah kurang air .. tak cukup tadahan .. sapa yang jadi mangsa?? rakyat jugak...














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...