♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Menara 1 KLCC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menara 1 KLCC. Papar semua catatan

Khamis, 4 Julai 2013

Pengalaman Berada Di Menara Berkembar Petronas




Dalam entry sebelum ni ada kongsikan gambar air pancut kat KLCC pemandangan daripada skybridge, pada saya cantikk sangat .. maklumlah pertama kali tengookkannn... dah lama tak pergi KLCC ni, dah tu pulak amik gambar daripada skybridge ... orang kata malam lagi cantik .... 

Pagi tu keluar daripada opis memang awallah sebab takut jalan jem, lalu lauan duta kunun² ada budak opis ni kata boleh elakkan jem .. berbanding lalu jalan persekutuan, sudahnya meeting nak mula pukul 9.00 pagi .. bayang KLCC pun tak nampak  dari dalam kereta.. haru²... mahulah patah balik kalau tak jumpe jalan masuk apatah lagi nak parking kat KLCC tu kan, bila dah sampai pulak kita orang parking kat menara 2 padahal meeting kat menara 1 hahahaha .. musibat betullah, nasib baiklah sekuriti kat KLCC ni jenis rajin meronda tanya dia orang macam mana nak pergi menara 1, siap jumpe kakitangan kat petronas .. dialah yang tunjukkan lif nak pergi menara satu tu.. terima kasih sangat² ... kita orang ni tak pernah sampai .. terus terang jer cakap.. kalau menipu kang berdosa ....

Sampai² jer kat ruang legar teruslah pergi kat penyambut tetamu tu, tanya mereka .. owhh rupanya dah ada urusetia yang menunggu kami, ko .. tunggulah situ .. sebab ada jugak orang lain belum sapai.. owhh ingatkan kami yang terakhir .. sebab jam menunjukkan hampir 9.30 pagi, tunggu dalam 5 minit .. barulah bergerak naik atas .. sistem sekuriti dia sangat ketat tau .. nak naik tu kita orang ni diiringi polis bantuan, beg pun kene scan .. dah kawan saya dok cuit² .. macam kat lapangan terbanglah pulak nak scan beg kata kawan saya ... hahaha saya senyum jer.. kapal terbang pun tak pernah naik. Iyelah empat² macam ni mestilah banyak kawalan keselamatannya kan.

Panjangnya mukadimah hahahahaha ... korang baca tekun ker?? skip .. sorrylah sekarang ni asyik nak tulis berjela² membebel jer kat blog ntah kenapa ntah ... ibu² ni memang suka membebel agaknya, ni baru part nak pergi KLCC belum lagi masuk part  kenangan muda² kat sini dolu²... Banyak sangatttttt kenangan indah kat KLCC ni masa muda-muda dulu tau ... hak.. hak .. hakkk .... yang itu entry lain jerlah yer... kalau rajin taip... takmoo mengimbau saat² itu lagi kikikikiki ...


Ini gambar yang pertama kali saya lalu hari itu, depan mata .. depan mata nampak kat trafficlight .. haruslah .. cepat² snap... orang lain tak heran kot hahaha .... 





Meeting kat tingkat 41, dewan makan .. hahahaha .. ni meeting ke nak bersantai, sekali sampai .. fuhh orang dah ramai .. dah macam ala² cafe dah ruang makan dia .. tak berapa nak amik gambar .. sebab lebih teruja nak makan dah kelaparan.. mujurlah meeting belum mula ... rasanya macam tobatttttlah kalau disuruh pergi meeting lagi ..... tapi bos dah suruh .. pergi jerlah dengan pasrah.


Meeting bukan lama pun hadoilah sejam setengah kot dah habis sebab jumaatkan .. lepas u dia orang ajak naik skybridge.. dia orang kata kalau nak naik ni bayar rm25.00 pakej sampai puncak .. selalunya lah .. tapi sebab kami ni datang atas urusan kerja.. jadi dapatlah naik percuma kan .. kan... merasalah jugak.




Masa pergi tu ikut jerlah orang yang bawak kita orang tu, jadi kalau korang nak pergi nanti pun rasanya mestilah ada pemandu pelancong .. korang jangan risau tak sesat punya.. cuma gayat ... 





Pesatnya pembangunan sekitar KLCC ni ....





Nampak Menara Am Bank jugak hihihihihihihi .....





Paling teruja nampak iar pancut yang kat bawah ruangan KLCC tu hihihihihihi ...





Sebelum balik sempat lagi amik gambar ni dengan kawan yang sama² pergi, ni gambar kat ruang legar ... belakang tu pemandangan kereta Petronas.





Sempat lagi amik gambar dengan mamat ni siap pegang bahu .. macam dah lama kenal jer, ini semuaaaaa poyoooooooooooooo ... itu cuma patung, gilerrrr sukati nak pegang orang macam tu .. dengan hubby bolehlah ....





Sebenarnya banyak lagi gambar² .. lagi² masa kat jambatan tu .. tok sah tengoklah cukuplah buat kenangan sendiri gambar gedik² tu hahaha .. kang kalau korang tengok.. takut muntah hijau macam warna tudung saya tu pulak hahahaha ...







Bicara Hati : Seronok jugak dapat peluang jalan² sambil kerja macam ni, bilalah agaknya dapat naik Menara KL pulak, takda nak buat mesyuarat atau makan² kat sana ker?? hahahha.. kali pertama pergi dan terakhir rombongan sekolah rasanya .. itupun Puteri Islam buat.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...