♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Mendidik Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mendidik Anak. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Oktober 2013

Cara Anak Meluahkan Perasaan



Anak-anak yang berusia 3-6 tahun, mereka masih dalam keadaan fantasi dan realiti yang hampir serupa. Di mana mereka melihat dunia sebenar sebagai dunia fantasi mereka. Ini menyebabkan mereka selalu meluahkan apa yang mereka fikir dan rasakan sehingga membawa kita penat mendengar celoteh si bibir kecil ini.


Mereka ingin meluahkan apa yang mereka rasa kepada kita kerana mereka meletakkan kita sebagai tempat utama untuk berkongsi rasa sama ada melalui lukisan atau pun perbualan.


Sumber : FB Liyana Malek

Sokong sangat² dengan kata² ni, tahu tak amir walaupun dia tak minat mewarna.. tapi dia minat melukis .. yang gelihatinya kadang² permintaan diluar jangkaan .. imaginasi diluar kawalan... mana tak nya dia akan melukis lori sampah, helikopter, kapal terbang ... kadang² kapal layar ... tapi cikgu pernah puji amir tau .. cikgu kata amir ni terlebih kreatif jugak.. contohnya cikgu suruh lukis pasu bunga .. dia akan lukis siap dengan pokok bunga sekali.. siap ada daun.. pokok tu memang akan ada bunga sekutum.. kadang cikgu gelak jer.. sebab imaginasi dia di luar jangkaan.... termasuklah lukis kapal layar .. siap ada orang dalam tu.. siap ada air laut .. ada awan.. ada burung .... cikgu senyum jer.. saya lagilah tersenyum.. sebab dah kat rumah pun dia memang buat macam tu.. lagi² kalau dia melukis lori sampah (anak korang ada terpikir nak lukis lori ni) siap lukis gambar orang bawak lori tu.. siap lukis sampah yang bertimbun.. macam² lagi imaginasi dia tau...

Selain tu amir dia jenis kalau nak luah perasaan ke apa ke semua dengan saya .. dia banyak bercerita .. kadang² mulut dia bercakap alahai sampai naik pening nak cari jawapan... baru² ni jer dia berani luah / bercerita dengan ayah dia ... (lumrah anak² memang akan lebih rapat dengan ibu) .. sampaikan cerita cikgu² dia pun dia nak cerita .. macam gosip² kepoci jer.. tau...



Bicara Hati : Tengah pikir nak buat aktiviti apa hujung minggu ni.. sebab mungkin tak balik kampung... (^___^)v






Khamis, 20 Jun 2013

Cara Mudah Kenal Huruf Dan Belajar Menulis



Tajuk tak menahankan, skema habis.. kalah cikgu² menulis kat papan putih hihihihihi ..... okk hari ni bukanlah saya nak mengajar sangat pun, ini cuma berdasarkan pengalaman saya .. dan tips yang cikgu tadika amir bagi tahu kat saya macam mana amir kenal huruf, sebab saya bagi tahu kat cikgu tadika masalah amir yang confius ni ....

Jujur saya akui, amirkan dia susah nak kenal huruf, dia macam confius gitu ... tapi nombor dia mudah kenal kami ajar 1 - 10 tanpa confius dia senang paham, dan sekarang kalau baca sampai nombor 50 dia ok.. walaupun kadang² tetiba dia confius 34 jadi 43 di sebutnya hahahahah ..... cuma dia tak percaya nombor sebelum 1 ialah 0, dia akan kata mana ada nombor sebelum tu hahahaha.......



Tipsnya mudahnya sahaja nak mengajar anak kenal huruf dan kene sekali pandai menulis huruf ni .... 

  • Dengarkan lagu² A,B,C sampai Z ... rasanya lagu ABC ni memang popular ada satu versi jer.. oleh ajar dengar lagu ni dengan kerap dari umur setahun lagi.

  • Bila anak dah mula dan biasa dengar huruf mesti dia lebih teruja kalau korang belikan gambar²,dan huruf².. lepas tu korang tampal kat dinding ... bagi dia cam huruf² tu... sambil menyanyi dan sambil tunjuk.

  • Lepas dah pandai 2 langkah kat atas ni... mulakan pulak dengan kertas kosong dan pensil, ajar dia menulis.... anak akan menyanyi sambil menulis.

  • Janganlah buat sekali sahaja.... harap anak nak berjaya yer... buat setiap hari, kalau tak boleh setiap hari .. buat bila ada masa terluang .. janji buat .... insyaallah berkesan.

  • Alhamdulillah memang berkesan kaedah menyanyi sambil menulis tu .. kalau anak saya boleh.. anak korang pun mesti boleh .. sebab anak korang lebih bijak, nak korang pun mesti lebih banyak masa dengan anak²kan.....

Sekadar berkongsi pengalaman saya sahaja, insyaallah.. usaha tangga kejayaan.. jadi jangan sedih² kalau anak tak kenal huruf lagi, kita sebagai ibu kene usaha cari cara penyelesaiannya..... biar lambat .. janji dia tahu .. janji lepas ni dia lebih rajin kan.



Terima kasih cikgu ain, sebab mengajar amir kenal huruf ....



Sekarang dalam usaha unuk mengajar amir belajar membaca dengan lancar, amir kalau setakat 2 suku kata dia ok.. contoh saya, buku, bola, mata, satu, tiga semua pun dia alhamdulillah dah ok... tapi bila masuk part kene jadikan dam, jam, pam, bot, tong, ting, yang dia confius nak sebut bunyi m dan t kat belakang tu... apatah lagi bunyi tong, ting dan yang tu huhuhuhu .....




Bicara Hati : Moga diterangilah hati amir untuk mudah menerima ilmu .. amin...




 

Jumaat, 22 Mac 2013

Sikap ibubapa Beri Kesan Pada Anak






 Jangan marah atau salahkan anak ketika mereka gagal atau buat silap (manusia biasa tidak lepas daripada menghadapi kegagalan dan melakukan kesilapan) sebaliknya terangkan dengan baik bahawa kegagalan dan kesilapan ialah peluang untuk kita belajar.

Tunjukkan dan didik anak bagaimana cara untuk menghadapi kegagalan dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Mungkin ibu bapa boleh berkongsi pengalaman sendiri dengan anak-anak.

Ceritakan kepada anak bahawa orang-orang yang hebat juga pernah gagal dan membuat kesilapan.



Kadang-kadang kita tidak menyedari tindakan kita menegur anak boleh dikategorikan sebagai mengkritik atau melabel. Anak-anak yang melakukan kesalahan memang perlu ditegur tetapi teguran kita hendaklah teguran yang membina . Bayangkan setiap hari, di pejabat kita dikritik oleh boss kita dan dilabelkan sebagai lembab..apa perasaan kita? Andainya kesilapan kita ditegur secara berhemah dengan memberi motivasi dan kata-kata positif, tentu kita lebih berkeyakinan untuk menjalankan tugas...



Ibu bapa cemerlang akan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendidik anak-anak dengan baik...

Dalam proses kita membetulkan tingkah laku negatif anak-anak terutama anak-anak remaja, elakkan daripada...
  • menjatuhkan air muka mereka
  •  mendedahkan aib mereka kepada orang lain
  •  menegur mereka di hadapan kawan-kawan/orang lain
  • menasihati mereka secara terbuka

Sumber : FB ibubapacemerlang



Bicara Hati : Makin anak membesar makin cepat mereka memahami persekitaran.. apa yang didedahkan di depan mata itulah yang mereka contohi ...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...