♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 22 Mac 2013

Home » , , , , , , » Sikap ibubapa Beri Kesan Pada Anak

Sikap ibubapa Beri Kesan Pada Anak






 Jangan marah atau salahkan anak ketika mereka gagal atau buat silap (manusia biasa tidak lepas daripada menghadapi kegagalan dan melakukan kesilapan) sebaliknya terangkan dengan baik bahawa kegagalan dan kesilapan ialah peluang untuk kita belajar.

Tunjukkan dan didik anak bagaimana cara untuk menghadapi kegagalan dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Mungkin ibu bapa boleh berkongsi pengalaman sendiri dengan anak-anak.

Ceritakan kepada anak bahawa orang-orang yang hebat juga pernah gagal dan membuat kesilapan.



Kadang-kadang kita tidak menyedari tindakan kita menegur anak boleh dikategorikan sebagai mengkritik atau melabel. Anak-anak yang melakukan kesalahan memang perlu ditegur tetapi teguran kita hendaklah teguran yang membina . Bayangkan setiap hari, di pejabat kita dikritik oleh boss kita dan dilabelkan sebagai lembab..apa perasaan kita? Andainya kesilapan kita ditegur secara berhemah dengan memberi motivasi dan kata-kata positif, tentu kita lebih berkeyakinan untuk menjalankan tugas...



Ibu bapa cemerlang akan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendidik anak-anak dengan baik...

Dalam proses kita membetulkan tingkah laku negatif anak-anak terutama anak-anak remaja, elakkan daripada...
  • menjatuhkan air muka mereka
  •  mendedahkan aib mereka kepada orang lain
  •  menegur mereka di hadapan kawan-kawan/orang lain
  • menasihati mereka secara terbuka

Sumber : FB ibubapacemerlang



Bicara Hati : Makin anak membesar makin cepat mereka memahami persekitaran.. apa yang didedahkan di depan mata itulah yang mereka contohi ...






22 ulasan:

CtAyue berkata...

perkongsian ilmu yg bagus..tq yana.. betullah kan.. kdg sy ni pun ada masa moody jgk, lepas tu anak jd tmpt mrh kalau dia kaco..sungguh tak bagus saya ni, kena ubah lepas ni..

ch@ berkata...

Kadang2 spontan terrrmarah, hihii.
Mls dh nk marah, diam je sbb mak dh merajuk. Boleh tak camtu ek?

Ratu Hatiku berkata...

Tq sharing kak..

Nad MamaZN berkata...

Huhu..
Itu la..
Kadang2 kita tak perasan, terlepas jugak
Bila sedar, cepat2 mintk maaf kat anak..
Peluk cium kuat2

BERT berkata...

bagus tips ni boleh jadi pengajaran buat saya dalam mendidik anak nanti.. tq kak :)

p/s : jum join contest nuffnang saya buat jom ?

diana berkata...

susah nak didik anak zaman sekarang kalau kta tak cukup ilmu..

jaa jaa berkata...

erm, betul tu.. kdg2 lepas saya marah anak, mulala menyesal n terpikirkan kesan jangka panjang pada dia... tp diri ni masih lemah mengawal emosi..

Ujie berkata...

bila ada anak ni, akhlak sgt2 kena jaga. sbb bdk2 dlm diam dok perati dan belajar dari kita.

GreenJade berkata...

btmbh bersemngat nk besarkan anak cara terbaik ni sis..thx for sharing. *huggss*

n O e s u h a i m i berkata...

semua tu betul..ibu bapa kena sentiasa belajar untuk mengawal emosi dan kena sentiasa fikir apakah kesan yang akan berlaku pada anak2 kita hasil dari setiap perilaku dan tindakan kita

Tihara berkata...

saya sangat setuju, ibu bapa acuan anak-anak...cuma bila dah dewasa mostly anak2 ada yang cepat matang...

Mooniqueen berkata...

betul tu..
MQ sedar jugak pasal tu..
Kadang2 kite ni bile tgh marah..
semua keluar..
dah cakap baru sedar balik..
kene banyak2 sabar ni ;)

Nafira usof berkata...

huhuhu.. kadang2.. bila hangin x baik datang ade jugak yang terlepas..huhuhu.

kena lebih muhasabah diri..

Puan Kutu berkata...

setuju sgt..bila nak marah aiman selalu gak fikir perangai dia ni warisi dari siapa..tp kadang2 terbabas gak marah.manusia biasa je ibu aiman nie..:)

izan mama mia berkata...

tq mengingatkan..kekadang mai angin..meletop juga

Mrs Lurve berkata...

bagus entry nie..sy suka.

Aine Ainun berkata...

erm....

bila dah ada anak baru tau, besar nya tanggungjawab kita nka mendidik anak...=)

Nora Karim berkata...

Betul la tu... kebanyakan ibubapa xboleh nak kawal emosi bila anak2 buat karenah... moga kita sentiasa diberikan Allah kesabaran yg tinggi dlm mendidik anak2...

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

sebab tu kite kena jaga sikap, percakapan dan segalanya depan anak ni

IntaNBerliaN berkata...

suka dgn entry ni... nk g like gak la fanpage tu.. hihi

Orked berkata...

tu la, kadang termarah juga..terutama bila ckap x di dengarnya..mula la ribut taupan melanda...kesian anak2 saya

fieda berkata...

suka entry ni..terbaik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...