♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Menu Demam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu Demam. Papar semua catatan

Selasa, 25 Jun 2013

Menu Sesuai Waktu Tak Sihat



Cuaca jerebu kat luar makin teruk kawasan saya ni, seklah pun tutup lagi .... jadinya kalau nak keluar pergi sarapan pikir beribu kali huhuhuhuhu ... di tambah pulak dengan bau asap... memang buat pening.

Jadinya saya amik keputusan bawak bekal sahaja daripada rumah, kebetulan hubby masih cuti .. tadika amir pun masih tutup .. jadi langkah terbaik masakkan untuk mereka dan saya bawak bekal jugak.

Bila cuaca tak sihat ni menu yang sesuai masuk kat tekak ni cumalah sup² sahaja, makan bergoreng, makan berkuah kari rasanya tak sesuailah .. apatah lagi makan yang terlalu berat²... hubby pun dah mula batuk, amir pulak asyik mengadu sakit mata.. pedih ibu.. padahal 2 beranak tu kat dalam rumah jer....


Soorrryyyy kalau gambar ni buat kawan² kembang tekak, dah tercampur barulah nak amik gambar .. saya bawak bekal asingkan dia sup sayur sawi telur dan fish ball .. ni masak cincai jer pagi ... petang semalam pun masak lebih kurang macam ni, amir makan pun berselera... semalam pagi tak sempat nak masak.. jadinya mereka makan lauk yang dah tapau dari rumah mertua masa kenduri hihihihihi ....




Ini pemandangan pagi tadi lebih kurang 7.20 pagi, fuhhh korang bayangkan dah siang pun kami pasang lampu.... memang jalan tak nampah putihh sangat .... pagi tadi memang keluar lambat sikit ... nasi baiklah jalan tak jem .. sebab ramai anak² cuti sekolah mak pak pun kene cuti kot, amir kira beruntung sebab ayah dia pun cuti sekolah .. kalau tidak ibu dialah yang kene cuti....



Bicara Hati : Harap sangat esok dah oklah naknya.... 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...