Semalam ada sambutan hari kemerdekaan kat tadika amir, suka betul dia .. asyiklah menyanyi² lagu sudirman dalam kereta .. dan mujurlah pagi tu dia ingatkan kene beli bendera.. kot dah sampai sekolah baru ingat .. memang ibu bagi sedas lah kan.. kat peha tu .. asyik ingat main .. tak ingat pesanan cikgu.
Ni muka semangat ker?? muka tak suka di amik gambar ni kikikikikiki ... sorry auntie² mata kuyu pulak.
Semoga negara kita aman dan damai.. hargailah mereka yang bersusah payah memerdekakan negara masa dulu .. takut rasanya meliha negara lain berperang .. bercelaru ... moga negara kita sentiasa aman damai....
Sekarang susah nak dengar lagu merdeka yang menusuk hati .. rasanya kalau saya dengar lagu merdeka cuma ada 3 jer.. yang melekat dihati dan jiwa ini.. tanggal 31, warisan dan bahtera merdeka .. berkali² dengar pun masih menusuk hati .. tau ... berbanding lagu² baru sempena merdeka.