♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat PIBG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat PIBG. Papar semua catatan

Selasa, 21 Januari 2014

Mesyuarat PIBG Yang Pertama



Cuti 3 hari bermula thaipusam hari jumaat teruslah sampai ahad, sabtu ada jemputan kawin tak dapat pergi.. kirim kat mak jer... kunun² nak balik rumah sendiri hari khamis tu, adehhhh .. tetiba dapat surat daripada tabika amir khamis tu .. jumaat ada gotong oyong, ahad pulak ada mesyuarat PIBG. 

Semenjak anak sekolah tabika ni kenelah aktif sikit hihihihi .. dulu tak pernah amik tahu sangat pun .... tapi bagus jugak aktiviti kemasyarakatan macam ni.. haihh dah mak² ko.. nak ngaku masih anak dara apa hal, kenelah join aktiviti macam ni... kata nak duduk kat kampung kan .. hik.. hik.. hik...


Tak sangka lah pulak rezeki kami suami isteri agaknya masa mesyuarat tu menang cabutan beruah hahahaha .. pertama kali kot rasanya dua² bertuah ni.. hubby dapat Minyak, Saya dapat sabun mandi tu .. ok ler tu kan... boleh gunakan .. ada jugak hadiah² lain.. tapi tidaklah sampai tivi 29 inci kan ... kot menang basikal .. memang sakanlah.. hadiah biasa².. yang penting pengisian mesyuarat tu ... 

Lepas mesyuarat tu sempatlah borak kat cikgu tanyakan amir ni macam mana kat tadika, tu yang baru ibu tahu kat tadika cikgu tak panggil amir .. panggil hazim .. oklah tu nama dia jugakkan... 

Ayah terpilih jadi AJK cukuplah tu, kalau ikutkan mereka nak lantik saya jugak .. tapi kot kang ada pulak kata mak pak amir ni giler kuasa.. padahal orang yang calonkan.. saya tolak cara baik.. biarlah bagi peluang kat ibu² yang lain ... hubby pergi pun saya tahu jugak apa yang berlakukan masa mesyuarat ajk nanti.



Bicara Hati : Dulu².. sibuk balik rumah bagi mak abah surat pergi mesyuarat, sekarang sendiri pulak kene pergi mesyuarat.. indahnya saat ini.. bulatnya dunia .. dan putaran kehidupan. (^__^)v






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...