♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Munjung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Munjung. Papar semua catatan

Selasa, 15 Oktober 2013

Juadah Aidiladha Kami Buat Yang Dikasihi



Kampung tak jauh mane pun, pusing-pusing masih kat sini jugak hihihihi.... 

Alhamdulillahhh raya qurban tahun ni dapat cuti lagi walaupun takda ahli keluarga yang tumbangkan lembu untuk qurban... Janji dapat berkumpul dengan keluarga itu dah satu kepuasan didalam hati rasanya.... Walaupun dirumah mertua... Kejap lagi kalau rajin nak pergi bawak amir tengok orang qurban lembu dan pergi rumah buyut amir kat kampung jugak... Satu kampung lain kawasan jer...

Sebelum balik kampung sempatlah saya masak juadah sikit, ini kali kedua saya buat rendang untuk mak, mertua dan buyut jer.... Sorryyy morrryyyyy ipar duai nak rasa meh datang rumah mak meh.... Takda maknanya nak hantar kerumah kikikiki.....

Semalam dah hantar rumah mak, mertua dan buyut... Hari ni dsh habis dah... Kita layan juadah mertua pulakkkk (",)


Nasi himpit dan rendang ayammmmm terbaikkkk sedappp amir dok puji... Tapi pedas sikit... Dan serai macam tak berapa nak hancur... Blander problem kah??? Huhuhuhuhu.... Penat blander serai tau... Padahal nak rendang 2ekor yam jer pun....



Pertama kali buat marriee cheese sedapppppnyaaaa hahahaha parasan, tapi amir puji... Memang sedap.. Hubby kurang minat.. Dia suka kek batik marie.. Jadi kenelah buat keduanya... Barulah puashati..




Juadah yang simple sahaja.. Janji semua suka, sebenarnya nak buat opia nestum... Bahan dah ade.. Tapi kemas rumah punya pasal... Penat.. Hilang mooda nak buat ..... Huhuhuhuhu....

Pada kawan2 yang tak dapat cuti balik kampung... Jangan sedih2.. Selamat bekerja semua.... Salam Aidiladha..... Jom tengok bape ekor lembu qurban tqhun ni....









Isnin, 19 Ogos 2013

Baraan Raya Pertama



Baraan ni sinonim dengan masyarakat jawa, orang lain pun beraya ramai² tapi .. tak pangil baraan kot ... itu yang baraan ni sinonim dengan masyarakat jawa hihihihihi ....

Munjung / Punjungan / Punjung semua pun lebih kurang bunyi kot ... maksudnya bagi kami orang² jawa ni menghantar juadah makanan kepada jiran² dan sanak saudara yang terdekat, selalunya buat pagi raya ... kalau orang dulu² kooo siap pakai talam besar berpinggan mangkuk, sekarang?? takda maknanya pagi raya nak hantar ... kita orang buat awal kadang tu seminggu sebelum raya dah hantar, sebab dah kalau semua orang pakat hantar pagi raya .. sapa nak habiskan makan... cuma saya jer bagi biskut dah beberapa tahun ni kikikiki .. kalau rajin saya buat masa raya haji masak² ni, sebab masa tu tak ramai orang masak .. jadinya makanan tak membazir. 

Oklah saya harap terjawablah serba sedikit yer pada yang bertanya apa itu baraan, apa itu munjung, apa itu punjungan .... harap membantu yer .... pada otai² kalau saya silap bagi pendapa kat ruangan komen yer... mari berkongsi pendapat ...

Moh ler sambut cerita entry baraan raya pertama kami, saya dengan hubby sepakat daripada memula kawin lagi .. kalau raya sehari pertama lepas pergi rumah mak saya, rumah bapak mertua.. kami akan join baraan keluarga sebelah adik beradik dan saudara mak saya ... senang .. nanti tak payahlah nak pergi satu rumah ke satu rumah .. kalau ramai² baraan macam ni meriah sikit. Mujurlah hubby okk jer .. jarang tak menyokongkan, amir dah besar ni alhamdulilah lebih mudah bagi kami join baraan.
Ni gambar kat rumah mak dengan abah saya .. penuh kat rumah atas ... sampaikan menu mee jawa mak saya hidang pun tak nampak, adik saya pulak kebetulan buat air laicikang .... memang semua orang sukalah .. kekenyangan ...



Yang ni pulak kat rumah bawah, adehhh sorryyyyy gambar gegar .. tak sempat nak snap gambar elok sikit ... rumah penuh huhuhuhu .... masa ni lah semua nak berkumpulkan ... rasanya rumah mak tu dah cukup besar ... tapi kalau dah ramai² memang tak muatlah ....



Paling seronoknya bila baraan ni menu yang di hidangkan habis semuanya dimakan, rasa seronok sangat dalam hati .. ya allah senang nak kemas tau .... dalam ya allah hilang rasanya pena memasak tau ...

Dan masa baraan ni paling suka bile pergi rumah saudara mara .. macam² menu yang terhidang, rasanya tahun ni paling banyak hidangan laksa .... sana sini laksa .. sebab senang nak masak agaknya hihihihihi .... kuah dia pun tahan lama ....

Budak² paling terujalah .. mana ada orang bagi duit .. situ mereka mengekor nak hahahahaha .... budak² remaja pun ada jer yang dapat , yang dah kerja jer selalu terkecuali kikikikiki ..;p

Biasanya 5.00 petang dah habis round semua rumah, kami akan rehat waktu solat tengahari ... jarang baraan ni sampai ke malam atau 2 hari .. sebab kalau kat kampung raya kedua biasanya dah baraan orang lelaki pulak ...



Bicara Hati : Moga di panjangkan umur dan di beri kesihatan yang baik, tahun depan boleh join lagi .. tapi kalau kami dah berempat tahun depan ... skiplah kejap kot hihihihi ...





 




Khamis, 15 Ogos 2013

Buah Tangan Raya Tukar Edisi Munjung



Setiap tahun pun mesti ada edisi munjung², hantar makanan ni .. ni macam tradisi jer sebenarnya ... selalu masak lebih bagi sedara mara.. rasanya dah 2 hingga 3 tahun ni tak buat kikikiki .. tapi saya dengan hubby tukar edisi munjung ni dengan bagi biskut raya 2 bekas dan air kotak besar sesiap letak dalam beg kertas macam ni. Bukanlah melupakan tradisi cuma ak berkesempatan nak masak.. kalau panjang umur.. raya haji saya masaklah.

Munjung ni sinonim bagi masyarakat jawa, kalau kat kampung memang meriahlah lagi² daripada seminggu nak raya tu .. tak payanh nak pening² masak.. ada jerlah kang yang hatar makan munjung ni.

Kat tempat lain mungkin lain caranya ... ini cuma tradisi ni .. terpulanglah bukan wajib pun kan...



Bicara Hati : Jenuh cari beg kertas besar musim raya ni .. banyak habis heran jugak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...