♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Pakai Inai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakai Inai. Papar semua catatan

Rabu, 9 April 2014

Gedik Santai



Bila masya gedik santai, bila masya berangan pengantin baru sentiasa hahahaha ... jari sibuk nak berinai ... orang lain pulak yang geli .. sudah²lah nak rasa jadi pengantin masya oiiii  :))

Ok.. kisahnya bila gedik santai ni datang, tetiba rasa nak cuba pakai inai ni, kawan kata murah .. beli kat NT Shop jer.. kalau tak silap ada 2 pilihan ros dan bunga raya ... jenama Suzana. Saya pilih yang bunga raya .. sebab kawan saya kata lagi merah.. koranggg nampak tak pengaruh kawan² bukan zaman sekolah jer.. zaman kerja lagi kuat pengaruh oooooo ...

Gambar kat bawah ni kotak inai yang saya beli, hambar bunga raya tu ada kat sebelah kanan.


Dia ade 2 pilihan jugak jenis tiup macam ni.. dan tiup yang panjang tu.. yang panjang selalu kena gunting hujung dia.. kalau rajin nak melakar kat tangan oklah.. saya suka pakai kat kuku jer.. tak suka corak² kat tangan. Yang penting harga sama rm 1.90 sahaja.




Ni sempat saya pakai kat opis, sekejap jer pun tak sampai 10 minit hahahahah.. memang merah.. kalau lagi lama.. mau hitam agaknya... cantikkan (perasan)... sorry pada yang tak suka tengok orang jari berinai ni.. saya tutup muka opssss.... jangan marah >___<


Sape kata pakai inai ni gedik, masya jer pepandai letak tajuk gedik santai ... sebenarnya jari kita kalau pakai inai ni lagi elok kuku .. tak taulah betul tak.. tapi orang² zaman dulu kata macam tulah.. lagi² kalau kuku kaki ... saya pun tak tahu apa yang eloknya.. tapi mungkin ada maksud tersirat dari segi kesihatan kalau pakai inai daun.. ni inai tiup saya tak tahulah pulak kikikiki ...


Murah .. yang penting merah, nanti nak syorkan adik ipar pakai inai ni lah masa kawin jimat masa dan tenaga.. tak payah petik daun inai nak tumbuk .. pengantin pun takdalah mengelat buat kerja hantaran kikikikiki ...;p






Rabu, 16 Oktober 2013

Mood Pengantin Baru Di Aidiladha




Jenuhlah hubby dok melayankan kerenah isteri ni pakaikan inai kikikikiki .. hubby jangan marah ... tetiba mood nak pakai inai datang ... dah lama tak pakai ... 20 jari sudahnya berinai pagi ni ...;p

Yang nak tergelaknya pasal apa hubby yang mengeletar tangan .. hadoilah... pakaikan 5 jari sebelah jer pun sebab saya dah pakai sendiri sebelah kanan ... dan kaki, mana boleh nak pakai lagi jari sebelah kiri .. tu mintak tolong hubby.. lepas tu dia dok tersenggih²...

Inai ni bagus kan pakai kalau jari yang ada masalah kuku .. kalau pakai kat rambut pun ok... lebih selamat dan terjamin, tak tahu tips nak bagi inai nampak merah.. saya pakai warna biasa² jer.. jadilah .. kot merah sangatkan macam pengantin betul.. amikk mood pengantin sudahlah... ;p

Stok inai ni mintak kat akak ipar tau .. terbaik daun inai tumbuk pakai lesung.. kot pakai blender lici kat rumah tu.. mahuu pijar tangan wehhh jangan nak cari pasal .. bukan blender jer bau inai .. nanti habis tangan panas dan pedas kikikikiki ...;p













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...