♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Patah Gigi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Patah Gigi. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Oktober 2014

Gigi Terkorban Sebelum Raya Korban



Assalamualaikummmm ... waaaa.. macam nak menangis di buatnya, tinggalkan opis hampir 2 minggu banyak kerja tertunggak, itu pun pagi² sebelum pergi kursus salunya masuk opis jugak .. iyalah agaknya dengar lama sangat kursus .. adalah kerja yang dia orang tak tinggalkan kat meja, dia orang tunggu aku datang baru bagi .. hambikkkk ko tak cukup meja nak letak .. pasrah sangat tau ... 

Ni kisah khamis semalam ... balik² jer daripada kursus amir bagi tau ibu gigi amir dah tercabut, iye ke camna boleh tercabut.. kan semalam goyang jer.. sakit tak?? cikgu cabutkan.. what??? cikgu cabutkan .. what???? cam nak tumbang ibu dia ni yang balik² kursus dengan penat drive tak hilang lagi .. dengar amir cakap camtu tau ...

Bila saya tanya napa cikgu cabutkan, biarlah gigi tu tercabut sendiri .. tak sakit ker?? cian amir mesti berdarah .. taklah ibu tak sakit pun.. takda darah.. cikgu kata dah goyang sangat elok cikgu cabut .. amirkan kuat pfttttttttt (iyelah tu .. ce ibu yang buat.. baru usik sikit dah kata jangannnnnnn)




Kali ni gigi sebelah kanan bawah pulak.. haihhh bilalh gigi yang atas tu nak tercabut agaknya .. dah goyang pun.. rupa gigi tu burokk nooo kalau amir senyum tau.




Tak puashati .. soh amikkan gamboo lagi .. soh wassup kat abang sepupu dia.. hamboi kemain semua orang nak dikabokannya yer...




Semalam mak mertua dah bagi tau petang semalam dah gerak untuk wukuf kat arafah .. dan akan bermalam di mina ... kami sekeluarga mendoakan semoga semuanya dipermudahkan kat sana .. baru ni mak mertua tak sihat demam katanya .. sebab cuaca panas sangat² .... moga mak dengan bapak mendapat haji yang mabrur... aminnnn .....

Salam aidiladha semua .. kami kali ni penuh agenda tau .. rumah mertua ada gotong royong nak betulkan bilik air, kat rumah buyut pulak ada kenduri arwah .. pandai²lah kami suami isteri bahagikan masa huhuhuhu ... yang pasti aku kena pergi rumah buyut.





Bicara Hati : Yang rasa nak pitam, tetiba dapat surat kena kursus kat perlis ... adehhh .... kan baru je tinggalkan opis 2 minggu .. kalau pergi lagi 3 hari 2 malam .. mau ada yang meroyan .. bos bagilah orang lain pergi     >_____<










Khamis, 17 April 2014

Gigi Susu Patah , Gigi Kekal Mula Tumbuh



Pernah saya coretkan .. kisah gigi susu amir patah, alhamdulillah dalam usia 5 tahun lebih ni gigi susu dia dah mula patah.. dan dah mula tumbuh semula.

Saya risau jugak kalau nak amik masa tumbuh gigi kekal ni .. alhamdulillah .. tak lama lepas patah amir dah mula tumbuh gigi kekal sekarang, cuma saya kena pastikan dia berus gigi dan amik susu untuk kalsium ... kadang saya bagi makan scott oren banyak membantu jugak tu.


Suka tengok amir tidur, ni masih lena .. saya pulak dah nak pergi kerja.... pena sangat agaknya .. tidur awal.. lena tak terjaga langsung .. sekarang dah jarang minum susu .. bangun tidur jer dia mintak.. tapi mak mertua kata kalau saya takda kadang dia mintak mak buatkan.... 




Nampak tak gigi amir dah tumbuh bahagian bawah tu ... kemahin lebar dia senyum .. saya pulak lupa nak amik gambar fokus sikit... lepas ni tak bolehlah culas lagi .. memang kena jaga betul² sebab dah tumbuh gigi kekal.


Gigi depan bahagian atas dah mula goyang .. nak patah jugak agaknya.









Selasa, 18 Februari 2014

Gigi Amir Tercabut Akhirnya



Jumaat baru ni .. rasa hati ibu berdebar² semacam jer kat opis, tak tahulah kenapa.. yang pasti kalau boleh nak balik cepat.. itu jerlah...

Buat kerja pun macam serba tak kene jer dibuatnya, hormon dah macam tak stabil pulak ngehhh.. ngehh.. yang sebenarnya tak sabar nak cuti hari sabtu tu.. nak golek² kat rumah .... nak bersantai berehat sepuasnya .. walaupun tahu memang hujung minggu takda istilah bercuti sepenuhnya sekarang ni.

Bila ibu sampai rumah.. nampak amir dah duduk kat pangkin dengan embah.. kemain sukanya dia.. tak tahulah apa yang disukannya sangat.. bila saya parking jer matikan enjin kereta terus dia bukak pintu kereta .. tak sabar² nak bagi tahu.. ' ibu gigi amir dah tercabut ibu ' erkkkkk .. terkdeu ibu kejap.. camna boleh cabut ni.. tadi amir makan cekodok... dia tertanggal.. allahuakbar semudah itu.. punye lah lama goyang.. dengan makan cekodok embah buat dia tercabut yer...



Inilah gigi amir yang tercabut tu.. buat pertama kalinya, dia kata tak sakit pun.. takda darah.. nanti boleh tak kita pergi jumpe doktor ibu tampal gigi tu balik?? gegegegeg .. mana boleh sayangku.. kalau dah tercabut gigi kene buang ... kalau boleh tambal.. itu hanya untuk gigi berlubang sahaja.



Keterujaan seorang anak gigi baru patah satu.. semua orang nak dikabarnya yang giginya dah patah.. dah sudahh.... habis adegan rumah embah.. sambung pulak kat rumah atuk (belah ayah) .... Saya risaukan kalau amir kene ejek dengan kengkawan jer nanti .. tapi saya bagi semangat kat dia.. kalau ada kawan ejek.. cakap nanti gigi amir tumbuhlah .. jangan nangis tau.. sudahlah si anak baru nak suaikan diri ke tadika ... jagan dia buat perangai sudah.

Malam minggunya pulak bila kami 3 beranak dirumah sambil layan fear factor, hubby melayankan amir main gusti² katanya .. bila iklan.. ntah macam mana tetiba .. gigi amir terkene siku ayah... serta merta gigi yang sebelah yang dah goyang tu patah jugak... adehhhhhhhhh .... hilang kehenseman amir tau... yang pasti darah keluar .. tapi amir kata tak sakit... ibu yang ngilu tau.




huhuhu ... senyum paksa rela pasrah .. ibu soh amik gambar .... tak hensem dah gigi dia takda.. sekarang ni asal nak brcakap jer.. mesti nak tutup mulut... malu letuu agaknya.... >____<


Korang rasa normal ker?? gigi anak² dah mula patah usia 6 tahun ni .. risau jugak.. nak kata kurang kalsiumm amir masih minum susu .. nak kata tak berus gigi.. berus .. gigi geraham amir pun dah mula berlubang.. gigi yang sebelah atas tu pun dah goyang....

Hari tu baru cerita gigi amir goyangkan.. tak sangka pulak nak tercabut secepat ini .... semalam pun amir cuti sekolah gusi belakang gigi geraham bengkak... bergenang² air mata dia tau.. bila saya pegang badan dia pun macam panas nak demam... agaknya masih terkejut gigi 2 batang tercabut.

Ada hikmah jugak masa gigi amir goyang hari tu.. dia dah macam takmoo hisap susu dengan botollll.. wahh petanda awal ni bolehlah lepas ni minum susu awal pagi jer dalam cawan.. nak tidur tak payah hisap susu lagi.



Bicara Hati : Risau kalau amir ngadu gusi sakit ... atau gigi sakit...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...