♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Pepahat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pepahat. Papar semua catatan

Rabu, 14 Ogos 2013

Suprise - Keluarga Datang Rumah


Hujung minggu terakhir ramadhan memang dah plan dengan hubby tak pergi mana² apatah lagi balik kampung, maksud tak pergi mana².. maknanya kami nak pulun kemas rumah .. kami keluar pun shopping last minit persiapan raya untuk diri sendiri. Mujurlah rumah tak besar mana .. yang herannya kemas daripada sebelum ramadhan sampai nak raya tak habis².. tak boleh bayang kalau rumah kat kampung dah siap tapi fuhhh lap peluh kat dai dibuatnya.

Minggu sebelum tu ada balik kampung hari sabtu buka rumah buyut amir, lepas tu hari ahad mertua pulak datang rumah berbuka ... masa buka kat rumah buyut mak ada bagi tahu tahun ni tak dapat nak buka kat rumah saya, jadi saya cakap takpalah kita orang pun selalu balik kampungkan.. dah buka sesama .... tak sangka rupanya mak buat suprise hujung minggu akhir ramadhan tu mak dengan mak cik sekeluarga datang rumah berbuka, kemain mak berlakon eh .. tak dapat datanglah ... kereta abah tak okklah .. pada kereta abah nak semput tu sampai jugak ka rumah akak.

Kebetulan pagi ahad tu pergi pulau carey saja cari lauk pauk nak stanby dalam peti sejuk kang senang .. kalau ada tetamu datang beraya .. sesiap dah ada lauk.. kosa lah haihh nak pergi kedai kan masa tu ... walaupun kami ni 4 hari tentu beraya di kampung .. kami stanby jer...


Penuh meja jepun kami dengan juadah mak bawak, mak cik bawak, aku lagi masak .. itu pun masak 2 jenis lauk jer... masak nasi lebih .. adik sms bagi tahu mak dengan abah nak datang buka, saya ingat mak dengan abah jerlah .. tak sangkalah pulak .. dengan adik saya yang lepas pantang pun datang sekali .. dengan mak cik anak branak .. memang meriahlah buka puasa petang tu....







Antara menu yang saya masak, masak sikit jer pun ... tak tahu ramai yang nak datang .. mujurlah nasi masak lebih.... 



Ketam masak telur masin (telur masin bua sendiri tau)





 Pepahat masak cili padi sos tiram, pertama kali beli, pertama kali masak dan perttama kali makan ... haru².... memang teringin nak makan... lepas tu dah beli baru terpikir macam mana nak masak pepahat ni hahahahaha ... dan baru terpikir kene siang macam siput ke .. atau masak basuh macam kerang .. ke masak masuk macam lala jer.. hahahahaha ... datang senggal kejap balik rumah.
Sudahnya basuh bersih² ... masak macam masak lala .. dah terbukak kulit tu .. dah masaklah agaknya, pepandai jer.. nasib baiklah semua orang kata betul dan sedapp....





Penuh rumah, maaflah rumah tak besar mana kan.. ginilah beasak² makan dengan meja jepun tu hihihihihihi .. ini pun dah rasa bersyukur sangat² sebab ada yang sudi datang kerumah. Insyaallah selamat panjang umur tahun depan kita beraya kat rumah baru eh ... (^___^)v


Bicara Hati : Keluarga kecil kami, tapi meriahnya mengalahkan 10 orang keluarga yang datang hihihihihi .....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...