♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Isnin, 8 April 2013

MINSYAM - HABBATUS SAUDA



Kalau Sebelum ni saya pernah kongsikan amalan makan habbatus sauda serta kelebihan²nya, kali saya nak kongsikan minsyam Habbatus Sauda pulak.

Semuanya secara kebetulan bila saya membaca di satu blog ni yang menceritakan dia makan habatusauda ni kerana mengalami senggut yang teruk dan tidak merancang untuk mengandung pun .. tapi kuasa Allah janganlah menidakkan yer... setelah kawan blog ni makan 2 papan.. alhamdulillah senggut hilang dan doktor sahkan dia mengandung.. mungkin ianya rezeki dan secara kebetulan.. tapi bila saya baca kelebihannya tak salah kalau mencubakan.... sebab sebelum ni pun saya pernah makan cuma jenama lain sahaja... dan botol yang sebelum ni pun saya dah bagi kat adik saya.. harap cukuplah sampai adik bersalin hujung bulan 5 ni.

Saya pun alhamdulillah dan mencuba sendiri makan habbatus sauda minsyam ni alhamdulillah dah habis pun dua papan dengan jayanya.. badan saya makin okk cergas... dan pagi² saya mudah untuk melawas... selain itu saya badan saya macam ringgan sikit (hahahaha... perasaan saya jer kot). Kadang² sedawa pun masih bau herba habbatus sauda ni... tapi yang paling suka sebab dia mudah ditelah.. jenis kapsul macam minyakkan... mungkin antibodi setiap orang memainkan peranan perubahan juga.

KEHEBATAN HABBATUS SAUDA

Sabda Rasulullah SAW;
"Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana didalamnya terdapat penawar pelbagai penyakit kecuali MATI".






BUKTI KAJIAN
  • antihistamine (pencegahan alahan)
  • anticancer (pencegah kanser)
  • antioxidant (pencegahan kerosakan sel)
  • antibiotic (pembunuh kuman)
  • antimycotic (antikulat)
  • bancho-dilating effect (pengembangan saluran penafasan - asma)
  • masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
  • melancarkan keluarnya kencing
  • memperlancarkan darah haid
  • melancarkan pengeluaran susu
  • masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
  • mengeluarkan angin dari perut
  • menambah ghairah seks
  • masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
  • masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
  • masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
  • masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi, darah rendah
  • masalah mental - meningkatkan kecerdasan minda
  • masalah tulang / sendiri - gaout, arthritis dan reumatima
  • kencing manis
  • alergi
  • migrain dan banyak lagi

Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah mendengarkan penerangan di radio nanti.. tapi.. opis saya tak boleh bukak radio ikim online huhuhuhuhu....




Bicara Hati : Lepas nak cuba minyak zaitun dan kapsul minyak zaitun pulaklah.. banyak juga khasiatnya .. kalau nak awet mudakan.. kan...






Isnin, 1 April 2013

Amir Kene Begok Di Leher



Hari ni dah mula sesi persekolahan baru selepas seminggu bercuti, amir mula² memang terujalah nak sekolah.. tapi.. lepas kenduri rumah mak baru² ni.. amir kene begok (betul ke eja tu?? begok ker?? bengok?? haduii keliru jap)



Boleh tahan jugaklah bengkaknya masa mula² tu.. ni dah agak surut sikit... memang nampak sangat bengkak bawah telinga, ke leher...



Sebenarnya daripada minggu lepas amir dah mula demam.. tapi dedar gitu jer... tanda² awal dah ada cuma saya yang tak berapa nak perasan... mula² amir mengadu sakit telinga, saya ingatkan taik telinga dia kering.. saya pun koreklah telinga dia.. idaklah pulak banyaknya... kosong.. tapi dia mengadu sakit telinga, kemudian dia mengadu sakit mulut pulak.. dah kebetulan dalam mulut amir yang bam bam ni.. memang ada daging lebih kat bahagian dalam gusi tu.. jadi saya sapulah jelly aloe vera de-bella memang ternyata ajaib.. alhamdulillah makin surut... cuma belum pulih sepenuhnya bengkak tu.. risau juga kalau melara.

Hari ni amir saya hantar ke tadika macam biasa, asal² nya memanglah nak cuti.. tapi minggu lepas dah cuti 2 hari.... saya tunggu jer kalau pihak taska kata amir meragam... tapi setakat ½ hari ni okk jer lagi... Saya pun dah pesan pada pihak taska supaya tengok²kan keadaan dia... budak² ni paham jerlah.. takut terlanggar dengan kawan² nanti mau meraung satu sekolah bergemanya.

Mak semalam ada jugak bagi petua suruh sapukan nila, dan bekalkan terung pipit suruh jahit buat rantai pakai kat leher... belum pun saya buat amir dah cakap tak mahu pakai.. gegegege... tapi sapu ubat jely tu pun dah surut... harap tak berlarutan lah.. moga makin surut.



Bicara Hati : Pengalaman pertama kene begok ni buat amir, kesian kat dia.. saya pernah jugakk kena dah lama dulu.. memang sakitlah... 






Khamis, 21 Mac 2013

Kurangkan Kencing Manis Masa Mengandung



Puaslah saya dok google sana seni.. mencari resepi yang boleh menurunkan kencing manis masa mengandung. Puncanya bila adik saya kene tahan kad wad sebab kencing manis... capaian ujian darah dia mencecah 13 fuhhhh tinggi tu .. getar bibir nak menyebutnya.. apatah lagi adik saya kan.. sebab tak pernah merasai situasi itu.... jauh sekali duduk kat wad lama²kan.. cian dia sampai cakap.. traumalah nak tidur.. dengar bunyi ambulans... alahai.. sabar yer dik.. dugaan mengandung tu... moga dipermudahkan saat melahirkan nanti...


Peria goreng tepung


Akhirnya terjumpalah satu blog ni kata peria boleh mengurangkan kencing manis ok, saya call mak.. mak pun apa lagi buatkan adik air peria campur epal hijau sikit... saya pulak gorengkan peria katak ni dengan tepung.... kami usaha² jer.. maklumlah bukannya ada kencing manis .. cuma kene masa mengandung ni .. manalah nak ada pengalamankan.. walaupun doktor dah bagi adik diet diabetis tapi bila ujian darah tahap kencing manis adik masih 6 atau 7, tu yang kene cucuk insulin... muka dah toyekk jer.. nak balik rumah....

Alhamdulillah ... lepas makan dan minum air peria ni bila ujian darah turun 4, tu pun semalam mak buatkan air mengkudu... adik saya dah redhoo jer... tak boleh nak mengelaklahkan... sebab diet kat hospital ni.. sama jer.. macam tak diet .. sarapan pun bagi roti jugak, tengahari pun makan nasi siap lauk nanas.... tapi semua tu bukan tak boleh makan.. boleh jer.. cuma jangan banyak sangat.. kalau tak makan takda tenagalah nanti...



Bicara Hati : Kalau kawan² ada petua lain jangan lupa kongsikan kat ruangan komen...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...