♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Pokok Garuda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pokok Garuda. Papar semua catatan

Isnin, 23 Disember 2013

Amir Dan Atuk Disuatu Petang




Kalau kat kampung petang² kita orang ni selalu kat laman, ade jer aktiviti nak buat.. paling² layankan amir ... hihihihi .. bapak mertua paling suka kalau amir tanya itu ini .. melayankan dia borak .. memang takda penghujungnya setiap pertanyaan .. orang kata lagi banyak bertanya .. lagi banyaklah dia nak tahu... lagi banyak kenapa nya .. lagi peninglah nak mencari jawapannya ... kenapa mesti macam ini, kenapa mesti macam itu .... 

Kenapa hujan turun??? hah!!!! jadi sebagai ibu mestilah kene bijak jugak menjawab tak boleh main hentammmm jer .. kang bile dengan sepupu dia pun akan cakap apa yang kita jawab tu ... macam bila dia tanya hujan tu .. saya jawab allah yang turunkan, selitkan jugak unsur sains awan berat air banyak bertakung ... dah dia tanya camne air boleh naik kat awan tu .. sudahnya saya jawab begitu begini .. dan akhirnya hujan turun sebab pokok pun haus .. nak minum air .. kesian dia dah beberapa hari tak hujan ... takda orang siram... dan percayalah .. korang tahu tak ... sekarang ni asal saya jerit amir hujan .. pakai payung, hujan tu rahmatkan ibu ... pokok nak minum air ... saya anggukkan jer ... Tak kiralah dengan siapa pun itulah jawapan dia ... sebab tu saya cakap tak boleh main hentam jer nak jawab .. apatah lagi nak berbohong.




Korang rasa ape atuk dengan amir tengah borakkan ni .. huhuhuhu ... beria² amir menenggoknya ..... atuk baru balik kebun, terus amir tanya ...




Dan kalau boleh buat dialog memang panjanglah ayat² pertanyaannya huhuhuhu ..... amboi siap terkangkang² ... nak pastikan rasionalnya jawapan atuk.




Hahahahaha .. korang tahu tak ceritanya cuma macamana ulat boleh wujud dalam daun pokok jer pun hahahahaha ... sampai macam tu sekali ... amir bertanyakan atuk, gelihati saya dibuatnya.



Kat bandar dah tak jumpe banyak pokok² macam ni, harapkan laman sekangkang kera .. pokok bunga pun tak berapa nak ada dalam pasu tu ... jadi kat kampung inilah kerjaannya waktu petang hihihihi ....




Bicara Hati : Pokok Garuda dah kering, macam nak mati gegegegege ...













Jumaat, 6 Disember 2013

Pokok Garuda , Pokok Herba Berubat


Boleh ker.. tajuk entry camtu, ini pokok garuda yer.. bukan burung garuda hahahaha .... sebenarnya ini cuma alternatif janganlah terlalu percaya atau taksub sangat².. untuk elak gangguan makhluk halus ni .. mereka pun nak duduk jugak.. nak bermain jugak.. dah kita terlanggar dia .. nak buat camne kan... ingat jangan taksub sangat percaya dia tak wujud atau pokok ni membantu elak .. dia membantu sahaja.. tapi semuanya kuasa Allah s.w.t.

Ok .. susulan saya beli pokok kunun² penyeri rumah tu.. saya nak beli pokok garuda ni, tapi dah sampai kedai bunga tu.. saya jadi rambanggggg hahahahaha ... tak dapek nak nolong... bukan beli pokok garuda jer.. pokok bunga lain pun saya beli... dengan pasu² baru lagi.. sudahnya pokok garuda ni tak berpasu.. dalam beg plastik hitam jer.. hadoilah ... lupe beli 3 pokok, ingakan pasu kat rumah ade kosong lagi.





Inilah pokok garuda tu.. saya beli rm 6.00 sahaja...  (fokus pada pokok abaikan pemandangan sekeliling) dulu pernah beli, dululah yer.. masa tu amir umur bapa bulan tak hinggat dah... masa tu dia selalu demam panas tengah malam, merenggek.. tapi.. belum tahap menangis meraung... nenek yang kami berubat tu .. soh cari pokok ni .. lepas tu ramas²kan dengan beras segenggam dan dengan air yang dia dah bacakan doa katanya... saya buat selalu petang nak maghrib.. sapukan ramasan beras, daun garuda dengan air tadi.. daun garuda tu amik setangkai... memang berkesan.... berkesan tu maksudnya demam amir tu sejuk .. takdalah kepala panas telinga dengan kaki sejuk.. maksudnya suhu badan dia kembali normal ... kalau tak dia demam kepala kemain panas... telinga dengan kaki sejuk... daun tu pulak saya letak dalam bantal yang amir baring... saya usaha .. yang sembuhkan allah semuanya... Sebelum tu dah bawak pergi klinik dan berurut jugak.. tapi demam masih tak baik.. tu yang cuba cara tradisional macam ni.... dan cara yang sama jugak nenek tu suruh saya buat baru² ni.. ALHAMDULILLAH...









Zommm skit.... pokok garuda ni bau dia kurang menyenangkan sikit.. nak kata macam bau bunga tahi ayam pun iye jugak.. tp dia .. tak berbunga.. dia daun sahaja.. sekali pandang macam ulam raja kan.. kan.. tak tahulah kot ada bunganya .. sepanjang yang saya tanam.. tak pernah nampak bunganya...




Saya tak pasti sama ada pokok ni ada nama lain selain daripada namanya pokok garuda, memula dulu macam pelik.. seyes.. dah macam telinga ni tak berapa nak dengar dok mintak nenek tu ulang cakap huhuhuhuhu .... Mujur tak kene piat telinga...


Pokok ni sensetif tau.. sensetif maksudnya tak boleh letak di tengah panas mudah mati, jadi kenelah letak tempat redup² sikit.... kalau nak petik pun pastikan dalam keadaan bersih bukan dalam keadanan period.. itu jerlah yang saya tahu.. info pasal pokok ni.. kalau korang ada info kongsikan kat komen tau... (^___^)v

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...