♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Raya Qurban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya Qurban. Papar semua catatan

Khamis, 16 Oktober 2014

KLIA - ATUK DAN NENEK BALIK HAJI



Assalamualaikum .. alhamdulillah ... akhirnya masa yang dinantikan tiba jua, dah tak tertanggung rasanya dalam hati saat kerinduan, kesabaran, rintihan dan ketabahan hati menanti kepulangan mak dengan bapak mertua .... penerbangan mereka pada 29 Ogos 2014 diselubungi kesayuan dihati .. hanya doa yang sentiasa kami iringi moga dipermudahkan semuanya.

 Pada 14 Oktober 2014 akhirnya penerbangan mak dengan bapak kembali ketanah air, rasa syukur tak keruan moga dipermudahakan .. moga tidak ada pernerbangan delay .... itu jer yang kami risaukan.

Aku dengan akak² ipar tak pergi Klia, yang pergi cuma ipar² lelaki, hubby dan anak² buah ... amir?? dia dah tentu² sibuk nak mengikut.


Penerbangan mendarat kalau ikut pukul 8.50 malam dah sampai kat KLIA tu, jadinya pukul 8 barulah mereka gerak daripada rumah ... tu pun sampai KLIA 9.30 cari parking lagi .. susah .. sat barat bagai.. sebab parking dah penuh katanya ... aku tau cerita daripada rumah je lah sebab anak² buah wassup hihihihi ... kan ke aku kat rumah sebab tolong akak² ipar masak kuikuikui .. sebab tau mesti masing² kelaparan balik nanti ... lagipun malas rasanya nak berasak² kat KLIA tu.





Alhamdulillah muka lega FIL & MIL bila dah sampai rumah .... sukanya tengok muka orang balik haji ni.. putih bersih jer.. suci jer tau ... cuma kesian kat MIL batuk² , demam tak baik lagi ... lepas wukuf katanya batuk balik .. mujur masa wukuf di permudahkan semuanya ... di berikan kesihatan yang baik untuk buat perkara yang wajib.






Tu anak bertuah tu dok menebeng je kat atuk, rindu kat atuklah tu.. amir kan manja dengan atuk, sekolah, mengaji, pergi kedai semua asyik dengan atuk.. dia cam pelik sikit atuk balik pakai baju putih ni.. walaupun dah bagi tahu atuk balik haji .. amir tak berapa nak paham lagi ... 




Malam tu tak ramai pun yang menyambut kat rumah kita² orang je lah adik beradik ni... ada takda adik MIL datang ... lepas tu memasing makan .. muka dah kepenatan .... nak kena serasikan dengan cuaca sekeliling ... maklumlah waktu tidur pun lain kan... haraplepas ni FIL dan MIL dapat rehat secukupnya dan kembali sihat ... tetamu ziaraha jangan cakaplah semalam pun dah ramai dtg .... sampai tak terlayan MIL.


Ramai tanya FIL dgn MIL pergi haji ko tak kirim apa² ke masya, allahuakbar ... nak kirim hapanya .. kalau boleh takmoo berkirim apa.. biarlah MIL dgn FIL dengan ikhlas doakan kami ... kesejateraan kami .. yang penting masa FIL dgn MIL kat sana dapat melakukan ibadah dengan tenang dan dapat melakukan tanggungjawab yang wajib ... itu pun dah buat kami bersyukur... maklumlah kat sana memang Allah nak uji kitakan.





Bicara Hati : Moga satu hari nanti, dapat peluang ke sana jugak, MIL bagi tahu makanan kat sana semuanya mahal² .... 










Jumaat, 10 Oktober 2014

Sambutan Hari Raya Qurban Kami Sekeluarga Di Kampung



Raya tahun ni nak kata meriah sangat tidaklah ... tak meriah pada aku jer, orang lain sambut kemahin meriah lagi ... salah satunya amir demam hari raya qurban pakej dengan muntah² dan ceri beri huhuhuhu .... memang teruk sangat dia demam hari tu.. nangis² ngadu sakit perut ... puas sapu minyak angin .. naik buntu ibu dia ni hah!!

Lagipun raya kali ni mak dengan bapak mertua pergi haji ... mak dengan abah aku pulak sibukk masak ada kenduri kat rumah buyut ... oleh kerana amir demam aku pakat² dengan hubby jaga amir je kat rumah ... hubby pun sibuk dengan ipar duai berkumpul ada kerja sikit kat rumah mertua.. walaupun mertua takda kami sepakat adik beradik semua balik kampung beraya kat kampung.


Juada pagi raya macam² ada .. semua pakat masak sorang sikit, aku masak nasi himpit kuah kacang jer, ipar² masak nasi ayam, carbonara dan paitie .. nyum²... rendang pun ada jugak... menjilat jari memasing makan tau ... amir jer tak mooo makan ... dia takut, sebab asal makan muntah .. asal makan muntah.. cian dia ... sudahnya ibu pun hilang nafsu makan tau ... risokan dia...





Pagi raya haji tu lepas semua siap solat, lepas sarapan dan sebelum hubby buat kerja² lain kita orang bawak dulu amir pergi poliklinik.. 24 jam dah itu je pun klinik yang bukak dekat rumah kami ... tu pun kemahin lama menunggu ... semua² ubat ni siap ada demam, cirit birit, antibiotik, angin ada 7 ubat kalau tak silap semuanya rm 70 hinggit. Boleh tahan jugak reganya .. mujurlah mujarab tau .. cuma ceri beri tu amik masa sikit.. demam 2 hari dah ok senin tu amir dah okey boleh makan dan beraya ....





Inilah kerjaan hubby dan ipar duai hari raya haji hari tu ... 3 hari jugaklah pulun semua daripada bumbung sampai menyimen ni ... lepas tu hari isnin petang hubby pulak dah macam nak demam .. cepat² tampal koyok satu badan ... terus selasa segar bugar nak pergi mengajar ...





Hari raya haji kan dapat cuti hari senin tu ... jadi dapatlah join baraan kengkawan tapi aku sempat pergi satu rumah jer.. sebab perut aku pulak memulas² hari senin tu hahahahah .. haru betul amik giliran dari amir huhuhuhu ... sudahnya aku pergi satu rumah jer.. yang lain tak dapat join....





Bicara Hati : Alhamdulillah tepon mak mertua ... mak dengan bapak sihat, sihat dan ceria jer suara dia dah balik mekah dah katanya .. insyaallah 14 oktober ni baliklah mak dengan bapak mertua... 






Jumaat, 3 Oktober 2014

Gigi Terkorban Sebelum Raya Korban



Assalamualaikummmm ... waaaa.. macam nak menangis di buatnya, tinggalkan opis hampir 2 minggu banyak kerja tertunggak, itu pun pagi² sebelum pergi kursus salunya masuk opis jugak .. iyalah agaknya dengar lama sangat kursus .. adalah kerja yang dia orang tak tinggalkan kat meja, dia orang tunggu aku datang baru bagi .. hambikkkk ko tak cukup meja nak letak .. pasrah sangat tau ... 

Ni kisah khamis semalam ... balik² jer daripada kursus amir bagi tau ibu gigi amir dah tercabut, iye ke camna boleh tercabut.. kan semalam goyang jer.. sakit tak?? cikgu cabutkan.. what??? cikgu cabutkan .. what???? cam nak tumbang ibu dia ni yang balik² kursus dengan penat drive tak hilang lagi .. dengar amir cakap camtu tau ...

Bila saya tanya napa cikgu cabutkan, biarlah gigi tu tercabut sendiri .. tak sakit ker?? cian amir mesti berdarah .. taklah ibu tak sakit pun.. takda darah.. cikgu kata dah goyang sangat elok cikgu cabut .. amirkan kuat pfttttttttt (iyelah tu .. ce ibu yang buat.. baru usik sikit dah kata jangannnnnnn)




Kali ni gigi sebelah kanan bawah pulak.. haihhh bilalh gigi yang atas tu nak tercabut agaknya .. dah goyang pun.. rupa gigi tu burokk nooo kalau amir senyum tau.




Tak puashati .. soh amikkan gamboo lagi .. soh wassup kat abang sepupu dia.. hamboi kemain semua orang nak dikabokannya yer...




Semalam mak mertua dah bagi tau petang semalam dah gerak untuk wukuf kat arafah .. dan akan bermalam di mina ... kami sekeluarga mendoakan semoga semuanya dipermudahkan kat sana .. baru ni mak mertua tak sihat demam katanya .. sebab cuaca panas sangat² .... moga mak dengan bapak mendapat haji yang mabrur... aminnnn .....

Salam aidiladha semua .. kami kali ni penuh agenda tau .. rumah mertua ada gotong royong nak betulkan bilik air, kat rumah buyut pulak ada kenduri arwah .. pandai²lah kami suami isteri bahagikan masa huhuhuhu ... yang pasti aku kena pergi rumah buyut.





Bicara Hati : Yang rasa nak pitam, tetiba dapat surat kena kursus kat perlis ... adehhh .... kan baru je tinggalkan opis 2 minggu .. kalau pergi lagi 3 hari 2 malam .. mau ada yang meroyan .. bos bagilah orang lain pergi     >_____<










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...