♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 10 Oktober 2014

Home » , , , , , , , » Sambutan Hari Raya Qurban Kami Sekeluarga Di Kampung

Sambutan Hari Raya Qurban Kami Sekeluarga Di Kampung



Raya tahun ni nak kata meriah sangat tidaklah ... tak meriah pada aku jer, orang lain sambut kemahin meriah lagi ... salah satunya amir demam hari raya qurban pakej dengan muntah² dan ceri beri huhuhuhu .... memang teruk sangat dia demam hari tu.. nangis² ngadu sakit perut ... puas sapu minyak angin .. naik buntu ibu dia ni hah!!

Lagipun raya kali ni mak dengan bapak mertua pergi haji ... mak dengan abah aku pulak sibukk masak ada kenduri kat rumah buyut ... oleh kerana amir demam aku pakat² dengan hubby jaga amir je kat rumah ... hubby pun sibuk dengan ipar duai berkumpul ada kerja sikit kat rumah mertua.. walaupun mertua takda kami sepakat adik beradik semua balik kampung beraya kat kampung.


Juada pagi raya macam² ada .. semua pakat masak sorang sikit, aku masak nasi himpit kuah kacang jer, ipar² masak nasi ayam, carbonara dan paitie .. nyum²... rendang pun ada jugak... menjilat jari memasing makan tau ... amir jer tak mooo makan ... dia takut, sebab asal makan muntah .. asal makan muntah.. cian dia ... sudahnya ibu pun hilang nafsu makan tau ... risokan dia...





Pagi raya haji tu lepas semua siap solat, lepas sarapan dan sebelum hubby buat kerja² lain kita orang bawak dulu amir pergi poliklinik.. 24 jam dah itu je pun klinik yang bukak dekat rumah kami ... tu pun kemahin lama menunggu ... semua² ubat ni siap ada demam, cirit birit, antibiotik, angin ada 7 ubat kalau tak silap semuanya rm 70 hinggit. Boleh tahan jugak reganya .. mujurlah mujarab tau .. cuma ceri beri tu amik masa sikit.. demam 2 hari dah ok senin tu amir dah okey boleh makan dan beraya ....





Inilah kerjaan hubby dan ipar duai hari raya haji hari tu ... 3 hari jugaklah pulun semua daripada bumbung sampai menyimen ni ... lepas tu hari isnin petang hubby pulak dah macam nak demam .. cepat² tampal koyok satu badan ... terus selasa segar bugar nak pergi mengajar ...





Hari raya haji kan dapat cuti hari senin tu ... jadi dapatlah join baraan kengkawan tapi aku sempat pergi satu rumah jer.. sebab perut aku pulak memulas² hari senin tu hahahahah .. haru betul amik giliran dari amir huhuhuhu ... sudahnya aku pergi satu rumah jer.. yang lain tak dapat join....





Bicara Hati : Alhamdulillah tepon mak mertua ... mak dengan bapak sihat, sihat dan ceria jer suara dia dah balik mekah dah katanya .. insyaallah 14 oktober ni baliklah mak dengan bapak mertua... 






8 ulasan:

Kakzakie berkata...

Walau org tua tak ada utk sama beraya tpai adik-beradik sepakat bagus meriah juga. Syukurlah...

Rasa bagaikan baru pergi mak/bapak dah nak balik kan. Tapi bila dihitung dgn hari sebenarnya lebihkurang 40-45 hari tau.

Ida Puanstoberi berkata...

wah. best. ada pie-t tu. jarang orang buat. huhu.

err..kalau gi klinik swasta kan..pastu bayar dulu.. claim balik ke cemna.. akak saja nak tau kerajaan penuh ni cemna sbb akak bdn berkanun ada panel and now dah ada medic card insurans. huhu

Nora Karim berkata...

Alahai kesian amir... syafakallah ye amir... byk betul ubat2tannya...

LYAfrina berkata...

tetap nmpk meriah raya korban .. ada byk hidangan n still berkumpul.. raya ni lya mcm biasa2.. sbb sibuk majlis korban raya pertama tu..

byknya ubat amir.. bg lya murah dh kalo rm70 utk 7jns ubat.. jauh beza sgt dgn hrga kat sini.. kalo kat sini 2-3 jenis ubat dah RM50-70

Sweetmama berkata...

meriah menu bila semua adik beradik sepakat masak sorang sikit, bila dikumpul byk jdnya...

cian amir x sihat pd hari raya, sgt memahami bila anak x sihat pakej demam dan cery berry, kesian kat anak n kita pun letih dibuatnya..

IntaNBerliaN berkata...

saya tgh mcm meriah je... bestlah walaupun mentua xda tp semua pakat kumpul

Puan Kutu berkata...

nmpk meriah je yana..meriah dengan makanan.hehe..kesian amir tak sihat juga ye samalah sy pun demam on off seminggu..raya macam tak raya sbb terpaksa pantang makan.hehe

QasehnyaRania berkata...

bila sepakat membawa berkat..
nampak meriah walaupon mertua xda bersama..
makanan tu ...

sian pulak dgn amir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...