♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Resepi Mertabak Maggie Senang Dan Sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Mertabak Maggie Senang Dan Sedap. Papar semua catatan

Rabu, 9 Julai 2014

Menu Berbuka Simple Dan Sedap Untuk Kami 3 Beranak

Assalamualaikum.... ampunkan saya... ampunkan saya huhuhu ... tetiba nak tayang menu, alahai menu simple jer pun.. yang sebenarnya ramadhan kali ni walaupun niat saya takmoo ke PARAM, tapi bukan takmoo pergi langsung .. cuma kalau boleh kurangkan .. dalam seminggu sekali takpa hihihihi .... tapi.. percayalah semalam gagal huhuhu sebab seyes tak larat sesangat nak masak.. di tambah perut pulak tetiba meragam.
Dah dah masuk 10 ramdhan semalam percaya tak kalau aku katakan yang aku tak selera sangat nak makan, baik sahur dan baik berbuka.. tapi rasanya sahur lagi parah kot.. memang susahnya nak makan .. kadang tu minum air coklat panas dengan kurma jer.. itu pun sebiji .. ada takda gigihlah  menyuap amir huhuhu .. sebab puasa ni tadika memang tak sediakan makanan... jadi amir puasa ½ hari.

Menu yang kerap kali ku ulang².. dan hanya inilah yang mampu tekak ku layankan .. adehh dimanakah menghilangnya selera buasku ni .. yupss roti bakar sapu butter, sos carbonara simple betul² aku cuma gunakan sos carbonara prego letak ½ tin lepas tu tambah secawan air, letak cendawan butang dalam tin hiris halus² dan tambah serbuk lada hitam .... berkeping² roti aku cicah.. paling kurang 2 keping .. ini jer yang sedapp pada tekak aku ni.. ishh hairan sungguh ni. Nasi??? ermmm seseduk pun payah nak habiskan tau.. kalau ada kuah tom yam atau sup kadang tu.. oklah jugak.




Yang ni lagi satu kegemaran baru, resepi super duper mudah ... ayam bakar oat krunch seyes sedapppp .. nak masak pun senang .. tak perlu masa yang lama ... ayam perapkan dengan garam dan kunyit, halia dan bawang putih.. kalau rasa nak letak rempah kari pun boleh.. biarkan jer terperap lagi bagus korang buat malam esok petang korang bakar ... nak bakar tu barulah letak minyak dan gaulkan dengan biskut oat krunch .. yang ni saya campurkan cornflaks sikit.. biskut tu korang hancur²kan tumbuk dia bagi jadi macam serbuk ... seyes korang bakar kat owen.. memang sedapp sangat tau... jangan tak tau aku belasah pakai biskut oat krunch stoberi dengan blackcarun hahahaha .. sedap masam² manis.


Dan lagi satu menu paling simple lagi sedap mertabak maggie, sempoi ini resepinya Resepi Mertabak Maggie Sedap. Lagi sedap daripada beli yang kat baazar tau .. tak caya cbalah sendiri.















Khamis, 5 September 2013

Cara Masak Mertabak Maggie



Pepagi dah bagi resepi, poyooo jerkan ..... yang sebenarnya cpu rosakkkkk huhuhuhuhu .. ni entry yang dah siap draft ... buat kerja pun tumpang meja sebelah.. sambil² tu bukak blog jap ... kata blogger tegar hihihihihihi.. sehari haruslah ada satu entry kan... takda entry macam tak bestt jer...

Resepi mertabak maggie , simple ikut citarasa tekak masing².. macam saya ni .. saya ikut bahan² yang ada kat rumah jer.. hihihihihihi .... 

Sebab tajuk dia cara-cara masak mertabak maggie .. jadi saya tunjukkan satu persatu eh, walaupun ada skipnya jugak .. tak sempat nak amik gambar hahahaha ... tak biasa buat haihh nak masak amik gambar gini.. tapi demi kawan² yang nak mencuba saya gigihkan diri tau .. jadi .. nanti jangan lupa cuba.. tau .. tau.... okkk fine ada yang tak makan maggie... jadi tak semestinya pakai maggie kari yang ni boleh pakai maggi tanpa perasa / yee mee jugak dan serbuk kari ikan. Senangkan ... jangan rumitkan sesuatu .. kalau teringin nak makan ikut citarasa tekak sendiri. wiwiwiwiwi (^__^)v

Bahan² yang saya gunakan :

Maggie kari
1 Keping Daging Burger
1 Bawang besar
1 Bawang Putih 
2 Batang Cili Padi
3 Biji Telur , Kalau nak kurang / Lebih pun boleh ikut sukati
Mayonis (takda dalam gambar, tak letak pun takpa)


Cincangkan daging burger, potong dadu bawang merah, bawang putih dan cili



Masukkan telur .. pukul gunakan sudu garpu bagi sebati



Akhir sekali masukkan maggie (pastikan maggie direndam dulu dengan air panas ... dan toskan dia bila dah kembang) dan akhir sekali masukkan serbuk perencanh maggie kari.. ikut citarasa nak banyak atau sikit.. saya masukkan semua.. kemudia tak letak garam atau gula pun.. sebab pada tekak saya perencah tu dah memadai. Akhir sekali masukkan mayonis sesudu .. supaya mertabak akan lebih gebuu dan sedapppp ....



Taraaaaaaaaaaaa inilah hasilnya saya buat besar dapatlah 2 keping. Potong siap².. senang nak makan ... masa ramadhan baru ni saya buat kat rumah, amir ingatkan ayah beli kat pasar .. dia kata tak sedappp (padahal tak makan lagi) sekali dah rasa.. barulah dia cakap sedap kikikikikiki .... sedapplah ibu buat, kan....  buat sendiri lagi puas hati.



Gebuuuuu bila di potong, sorry kamera tak berapa nak cantik gambarnya.. bila zoooommmm dah macam telur dadar pulak kikikikiki ...;p


SELAMAT MENCUBA, SEKALI CUBA .. MESTI NAK BUAT LAGI .. DAN LAGI .. DAN LAGI...



Bicara Hati : Senang Dimasak .. Sedapp dimakan hahahaha ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...