♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Resepi Nasi Goreng Mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Nasi Goreng Mudah. Papar semua catatan

Khamis, 27 Mac 2014

Memori Nasi Goreng



Dulu²kan asal cuti sekolah, perkara pagi hari lepas bangun tidur.. lepas solat.. kunun² nak sambung tido, jangan harapnya.. mau lah kena jerit dengan mak kat telinga.. untung² kena jerit.. kalau kena siram air sebaldi .. memang malam tak tidoo tilam lah jawabnya... sendiri cari pasal.

Jadi ... tugas saya mestilah buat sarapan untuk adik².. yups, kata kakak yang sulungkan.. kenalah belajar masak .. mujurlah adik² kategori pasrah menu yang akak dia masak .. walaupun nasi makan dengan kicap telur/ikan masin... jarang dia orang nak komplen... malahan makan dah macam menu tu sedap sangat kalah siakap 3 rasa.

Dan .. dan .. paling memori bila buat sarapan nasi goreng, hahaha.. nasi goreng tu dah kira special tau.. belum lagi nasi lemak ... maklumlah dulu²kan masa kecik² ni dengan tak reti masaknya .. dengan kehidupan kami yang serba kekurangan .. kalau sarapan nasi goreng tu.. rasa dah sedap sangat dan punya banyak tenaga nak buat kerja lepas tu hihihihi ....


inilah rupa nasi goreng tu .. hihihi nak tau resepinya ker??? ... malu nak kongsikan sebab simple sangat ... dan yang paling mudahnya semua bahan saya hiris² jer... takda tumbuk² guna lesung ... mak kata pagi² jangan bising adik kecik lagi.. nanti adik bangun merenggek, kang silap tumbuk terpercik kata mata pulak cili tu.. saboo je lah kan dengan mak, kalau saya terhiris jari takpa.. luka sikit jer.. huhuhuhu ...



Memorinya nasi goreng ni sampai sekarang adik² saya suka request nak makan, dan jangan tak tahu.. adik² saya semuanya tahu masak nasi goreng ni.. termasuklah adik² saya lelaki yang 2 orang tu.. dah jadi macam makanan kegemaran dia orang pulak.

Cara masak nasi goreng yang mudah dan sedap ni ialah 5 cili padi, 2 bawang merah, 1 bawang putih (semua hiris halus²) ikan bilis segenggam, nasi, garam, kicap, telur dan minyak. Tumiskan cili, bawang dan ikan bilis.. naik bau.. pecahkan telur hancur²kan dia... kemudian masukkan nasi dan taburkan garam .. curah kicap ikut citarasa nak gelap atau tidak.. dah siap... memang sedapppp .... mudah je kan.


Itu je lah resepinya mudahkan ... baru ni adik lelaki saya request nak sarapan ni.. tu yang rasa memori sangat tau nasi goreng ni, padahal adik tau je masak .. saja lah tu rindu air tangan akakkkk dia ni.





Bicara Hati : 2 hari bawak bekal nasi goreng hihihihihi ...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...