♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Resepi Pisang Sambal Tumis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Pisang Sambal Tumis. Papar semua catatan

Ahad, 23 Februari 2014

Pisang Masak Sambal Cili Padi



Sinonimnya nama masakkan ini ialah sambal tumis pisang lemak manis, hah!!!! koooo jangan nak ternganga dengar pulak yer .. hik.. hik.. hik... bukan masak lemak.. baca betul². Kat kampung memang itu namanya, sayakan pengemar pisang lemak manis ni, sebelum ni saya pernah ceritakan yang saya suka kalau pisang mentah ni di masak.. mentah maksudnya dah tua .. tapi tak masak kuning lagi.. bukan mentah yang putik lagi tu yer.. jangan salah paham pulak. :((

Dan kebetulan dah rezeki saya agaknya, lepas buat entry tu tak lama dalam 2 ke 3 hari kat rumah mak adalah pisang ni dah tua.. yahoooooooooooooo bolehlah masak tumis..... Jadi dah alang² tu saya kongsikanlah resepinya dengan kawan² yer.. manalah tahu korang berminat nak mencuba ... tapi kalau kat bandar memang susah nak jumpe pisang ni mentah lagi huhuhuhu ...;p




Bahan²nya mudah sahaja cili padi, bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis serta sedikit garam.




Pastikan pisang lemak manis kenalah ada, saya tak pasti pisang lain boleh masak macam ni atau tidak.. saya tak pernah cuba.. yang saya selalu masak tumis cuma pisang lemak manis ni sahaja .. jadi korang jangan derhaka.. guna pisang lain.. lepas tu kata masya yang ajoooo kang masya piattt korang kang .. huhuhuhu ... pepandai derhaka.




Pisang tadi tu kupaskan kulit dia.. siat² macam dalam gambar ni.. 4 biji pisang yang terakhir saya sajalah amik kulit pisang yang saya siat tu.. buat penyeri dalam masakkan hihihihi ... terliur beb.. terliurr .... hahaha ... terliur takpa nampak pisang jangan stim .. haru wehh dengan pisang pun jadi .. dah kenapa kan.




Ok² bahan² tadi cili, bawang dengan ikan bilis tu tumbuk bagi lumat dengan lesung.. kata kat kampung haruslah gunakan lesung barulah mantappp sedappp (^^,) tips kalau nak tumbuk cili bagi tak terpercik korang letakkan sikit garam dalam tu yer.. sepucuk sudu ... nanti selebihnya masa masak kalau tak masin boleh tambah.

Lepas tu dah siap tumbuk panaskan minyak nak tumiskan bahan² ni.. agak² dah garing barulah masukkan pisang tadi (pisang tu jangan lupa basuh dulu.. menjamin kebersihannya) ... gaul²kan sebati.. dengan api perlanhan.. masukkan secawan air .. biarkan pisang empuk.. barulah masukkan gula dan perasa kalau nak, macam saya.. letak gula sikit.. lepas tu kalau kurang garam tambah.. itu jer...





Tarrraaaaaaaa ... hasilnya super duper.. simple.. yang pasti makan dengan nasi baru masak dengan ikan masin pun dah sedapp.. takda ikan masin.. ikan bilis pun sedapppp nyum²... terbaikkkklah .. mantappp....


Selamat Mencuba.



Bicara Hati : Tekak orang kampung macam saya ok jer, tak tahulah korang .. tapi saya tak pernah masak @ makan umbut pisang.. seyes tak pernah.. yang sebenarnya lebih pada tak reti masak... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...