♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Roti Sos Carbonara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti Sos Carbonara. Papar semua catatan

Rabu, 9 Julai 2014

Menu Berbuka Simple Dan Sedap Untuk Kami 3 Beranak

Assalamualaikum.... ampunkan saya... ampunkan saya huhuhu ... tetiba nak tayang menu, alahai menu simple jer pun.. yang sebenarnya ramadhan kali ni walaupun niat saya takmoo ke PARAM, tapi bukan takmoo pergi langsung .. cuma kalau boleh kurangkan .. dalam seminggu sekali takpa hihihihi .... tapi.. percayalah semalam gagal huhuhu sebab seyes tak larat sesangat nak masak.. di tambah perut pulak tetiba meragam.
Dah dah masuk 10 ramdhan semalam percaya tak kalau aku katakan yang aku tak selera sangat nak makan, baik sahur dan baik berbuka.. tapi rasanya sahur lagi parah kot.. memang susahnya nak makan .. kadang tu minum air coklat panas dengan kurma jer.. itu pun sebiji .. ada takda gigihlah  menyuap amir huhuhu .. sebab puasa ni tadika memang tak sediakan makanan... jadi amir puasa ½ hari.

Menu yang kerap kali ku ulang².. dan hanya inilah yang mampu tekak ku layankan .. adehh dimanakah menghilangnya selera buasku ni .. yupss roti bakar sapu butter, sos carbonara simple betul² aku cuma gunakan sos carbonara prego letak ½ tin lepas tu tambah secawan air, letak cendawan butang dalam tin hiris halus² dan tambah serbuk lada hitam .... berkeping² roti aku cicah.. paling kurang 2 keping .. ini jer yang sedapp pada tekak aku ni.. ishh hairan sungguh ni. Nasi??? ermmm seseduk pun payah nak habiskan tau.. kalau ada kuah tom yam atau sup kadang tu.. oklah jugak.




Yang ni lagi satu kegemaran baru, resepi super duper mudah ... ayam bakar oat krunch seyes sedapppp .. nak masak pun senang .. tak perlu masa yang lama ... ayam perapkan dengan garam dan kunyit, halia dan bawang putih.. kalau rasa nak letak rempah kari pun boleh.. biarkan jer terperap lagi bagus korang buat malam esok petang korang bakar ... nak bakar tu barulah letak minyak dan gaulkan dengan biskut oat krunch .. yang ni saya campurkan cornflaks sikit.. biskut tu korang hancur²kan tumbuk dia bagi jadi macam serbuk ... seyes korang bakar kat owen.. memang sedapp sangat tau... jangan tak tau aku belasah pakai biskut oat krunch stoberi dengan blackcarun hahahaha .. sedap masam² manis.


Dan lagi satu menu paling simple lagi sedap mertabak maggie, sempoi ini resepinya Resepi Mertabak Maggie Sedap. Lagi sedap daripada beli yang kat baazar tau .. tak caya cbalah sendiri.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...