♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Memaparkan catatan dengan label Sakit gigi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sakit gigi. Papar semua catatan
Jumaat, 6 Februari 2015
Awal Bulan Februari
Jumaat, 3 Oktober 2014
Gigi Terkorban Sebelum Raya Korban
Kali ni gigi sebelah kanan bawah pulak.. haihhh bilalh gigi yang atas tu nak tercabut agaknya .. dah goyang pun.. rupa gigi tu burokk nooo kalau amir senyum tau.
Tak puashati .. soh amikkan gamboo lagi .. soh wassup kat abang sepupu dia.. hamboi kemain semua orang nak dikabokannya yer...
Semalam mak mertua dah bagi tau petang semalam dah gerak untuk wukuf kat arafah .. dan akan bermalam di mina ... kami sekeluarga mendoakan semoga semuanya dipermudahkan kat sana .. baru ni mak mertua tak sihat demam katanya .. sebab cuaca panas sangat² .... moga mak dengan bapak mendapat haji yang mabrur... aminnnn .....
Salam aidiladha semua .. kami kali ni penuh agenda tau .. rumah mertua ada gotong royong nak betulkan bilik air, kat rumah buyut pulak ada kenduri arwah .. pandai²lah kami suami isteri bahagikan masa huhuhuhu ... yang pasti aku kena pergi rumah buyut.
Bicara Hati : Yang rasa nak pitam, tetiba dapat surat kena kursus kat perlis ... adehhh .... kan baru je tinggalkan opis 2 minggu .. kalau pergi lagi 3 hari 2 malam .. mau ada yang meroyan .. bos bagilah orang lain pergi >_____<
Selasa, 18 Februari 2014
Gigi Amir Tercabut Akhirnya
Inilah gigi amir yang tercabut tu.. buat pertama kalinya, dia kata tak sakit pun.. takda darah.. nanti boleh tak kita pergi jumpe doktor ibu tampal gigi tu balik?? gegegegeg .. mana boleh sayangku.. kalau dah tercabut gigi kene buang ... kalau boleh tambal.. itu hanya untuk gigi berlubang sahaja.
Keterujaan seorang anak gigi baru patah satu.. semua orang nak dikabarnya yang giginya dah patah.. dah sudahh.... habis adegan rumah embah.. sambung pulak kat rumah atuk (belah ayah) .... Saya risaukan kalau amir kene ejek dengan kengkawan jer nanti .. tapi saya bagi semangat kat dia.. kalau ada kawan ejek.. cakap nanti gigi amir tumbuhlah .. jangan nangis tau.. sudahlah si anak baru nak suaikan diri ke tadika ... jagan dia buat perangai sudah.
Malam minggunya pulak bila kami 3 beranak dirumah sambil layan fear factor, hubby melayankan amir main gusti² katanya .. bila iklan.. ntah macam mana tetiba .. gigi amir terkene siku ayah... serta merta gigi yang sebelah yang dah goyang tu patah jugak... adehhhhhhhhh .... hilang kehenseman amir tau... yang pasti darah keluar .. tapi amir kata tak sakit... ibu yang ngilu tau.
huhuhu ... senyum paksa rela pasrah .. ibu soh amik gambar .... tak hensem dah gigi dia takda.. sekarang ni asal nak brcakap jer.. mesti nak tutup mulut... malu letuu agaknya.... >____<
Korang rasa normal ker?? gigi anak² dah mula patah usia 6 tahun ni .. risau jugak.. nak kata kurang kalsiumm amir masih minum susu .. nak kata tak berus gigi.. berus .. gigi geraham amir pun dah mula berlubang.. gigi yang sebelah atas tu pun dah goyang....
Hari tu baru cerita gigi amir goyangkan.. tak sangka pulak nak tercabut secepat ini .... semalam pun amir cuti sekolah gusi belakang gigi geraham bengkak... bergenang² air mata dia tau.. bila saya pegang badan dia pun macam panas nak demam... agaknya masih terkejut gigi 2 batang tercabut.
Ada hikmah jugak masa gigi amir goyang hari tu.. dia dah macam takmoo hisap susu dengan botollll.. wahh petanda awal ni bolehlah lepas ni minum susu awal pagi jer dalam cawan.. nak tidur tak payah hisap susu lagi.
Bicara Hati : Risau kalau amir ngadu gusi sakit ... atau gigi sakit...
Rabu, 12 Februari 2014
Amir Dah Mula Sakit Gigi
Ni gambar masa sakit mata baru ni sempat ibu snap.. elok jer... nampak gigi depan dia ...
Ni pulak gambar baru² ni masa hujung minggu kami makan kat luar .. dia sibuk dok usik gigi dia yang goyang tu.. sambil cakap.. ibu gigi amir nak patahlah .. cuak jer tau.. saya cakap jangan tolak kuat² nanti berdarah.. biarkan jer .. nanti lama² dia tercabut.. kalau sakit cakap.. nanti ibu bagi ubat... dia kata tak sakit.. cuma tak selesa jer nak makan.. apatah lagi nak berus gigi.. memang gigi depan dia tak berus.. berus gigi terus bukak rahang.
Paling ibu risau janganlah gigi tak patah lagi tetiba ada gigi nak tumbuh puak, sebab kak gigi atas tu.. bahagian gusi saya tengok ada macam gigi nak mula tumbuh.. tapi bila pegang gusi tu lembut jer.. takda macam gigi nak keluar pulak.
Tips saya kalau amir ngadu sakit gigi selalunya saya bagi scott warna oren tu.. dia macam okeyy sikit.. amir daripada dulu lagi.. nak tumbuh gigi kalau demam saya bagi minum scott oren tu dia macam okeyy sikit.
Bicara Hati : hari ni kemain awal dia bangun penuh semangat nak ketadika tau ... ibu pun seronok jugak .. sebab jarang dia happy macam ni . pelik ibu... sebab malam tadi tido awal agaknya...
Langgan:
Catatan (Atom)