♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Sekolah Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah Agama. Papar semua catatan

Isnin, 22 Disember 2014

Kelas Celik Jawi : Aktiviti Cuti Sekolah


Assalamualaikummmmm .... Alhamdulillah sepanjang cuti sekolah ni jadual amir penuh, jadi tidaklah dia bosan asyik nak tengok tivi kat rumah tu kan. Sebab cuti sekolah ni sebelum darjah satu tahun depan KAFA ada buat kelas celik jawi kat kg, amir dia masih tak berapa nak pandai sangat baca jawi ni.. tapi mengaji tu dia dah oklah .. alhamdulillah ...

Kelas bermula 1 Disember.. tak sempat ibu nak publish entry tu... dan minggu ni dah minggu yang terakhir rupanya .. rabu ni kelas akhir amir ... lepas krismas dah takda kelas dah.







Kemahin semangat lagi dia.. masa hari pertama ke sekolah .. yang sebenarnya saya nak daftarkan amir aktiviti kat masjid yang macam usrah tu.. ada belajar solat semua... tapi tak sangka pulak ada kelas celik jawi ni untuk darjah satu .. mujo tak daftar lagi kelas usrah tu huhuhuhu .... Bayaran untuk kelas celik jawi ni rm40 hinggit jer .... jadilah .. janji masa terluang ada jugak pengisiannya walaupun kelas ni ½ hari sahaja.. pukul 8 pagi - 11 pagi dah balik.




Alhamdulillah hampir sebulan belajar ni .. teruja ibu tengok amir dah boleh sambung² menulis jawi.. walaupun tak kemas.. tapi masih boleh baca... Cuma dia masih terkial² nak menulis nama sendiri dalam bahasa jawi hihihihi .... saya siap pesan .. takpa.. nanti lama² oklah tu.. tulis je bahasa melayu tau kalau rasa tulisan tak betul lagi ...




Bertuahnya amir boleh belajar jawi awal, masa ibu dulu masa darjah 1 barulah belajar menulis jawi ni.. ibu pun kadang pelik camna ibu boleh pandai baca.. kuasa allah kan.. lain zaman lain cara didikkannya.. lain pendedahannya.. sekarangnya semuanya satu langkah kehadapan.














Bicara Hati : Dengar kabarnya pendaftaran sekolah agama kafa tahun depan untuk darjah 1 makin mahal pftttt ... kalau ikutkan nak jer masukkan SRA (Sekolah Rendah Agama) tapi ... jauh sangat .. takda sapa nak amik amir nanti.. kafa ni dekat sikit.. takda pilihan lah jawabnya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...