♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Sekolah Baru Amir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah Baru Amir. Papar semua catatan

Khamis, 15 Januari 2015

Kali Pertama : Saya Murid Tahun 1



Kemahin gitu tajuknya ... kali pertma : saya murid tahun 1, yupsss yang tahun 1 nya amir .. yang kali pertamanya ibu yang menghantar hihihihi (^____^)v

Teruja dibuatnya nak menghantar amir ni, nak tengok reaksi kawan²/ anak² orang lain macam mana .. ada ragam ke tidak ... ada drama lagikah walaupun dah tahun 2015, dah banyak pendedahan sekarang ni ... anak² ramai dah mula sekolah seawal usia 4 tahun.. jadinya bila dah banyak pendedahan .. banyak jugak perubahan .. dah takda anak² yang menangis guling² takmoo di tinggal... itulah yang di ucapkan oleh guru besar sekolah amir .. jadi .. bagilah kepercayaan pada guru² untuk menjaga dan mendidik mereka disekolah ... kerana disekolah adalah amanah dan tanggungjawab guru pada murid .. lapang dada dengar cikgu cakap gitu masa taklimat darjah 1. (Walapun dalam hati sebak jugak rasa) .. walaupun ada je murid² yang meleleh airmata ... kena tinggal.






Hari pertama sekolah ibu hantar, ibu cuti 2 hari memang nak uruskan amir.. baik sekolah kebangsaan mahupun agama.. maklumlah ayahnya cikgu jadi memang tak cutilah kan ..... sebab ayah pun nak uruskan murid sekolah ayah.

Sampai sekolah 7.15 pagi .. amir kemahin semangat lagi .. tengok senarai nama pelajar amir terus ku bagi beratur kelas 1 ibnu jauzi .. warna hijau ... muka dah tak berapa nak senyum sebab takda kawan yang sama kelas.. baik masa tadika mahupun kelas celik jawi ... aku biarkan je dulu ... takmoo bagi mood dia jatuh lagi .... perhati je daripada jauh ... tak lama tu .. ada jugak kawan rupanya dia... eh² sama kelas dengan anak akak sepupu yang mak jaga... eloklah tu ... tak sempat aku nak baca semua senarai tadi... cari nama amir je .. dah jumpa terus tuju dewan perhimpunan, eh² ada jugak aidil kawan amir masa celik jawi.. terus amir senyum lebar dah jumpa geng. Ibu pun risau jugak kot dia moody .... banyak urusan nak buat hari pertama tu ....





Halooo belanja sekeping gamba kemahin smart lagi pakai tali leher.... smart ke.. tak berapa sangatlah sebab balik sekolah.. tapi masih mampu senyum oklah tu ..... 

Urusan hari pertama tu memang buat kelang kelibut sikitlah .. mana kami nak dengar taklimat, lepas tu amik buku teks anak ... bayaran yuran² (untuk taq nama, buku panduan, pin taq darjah 1, tai .. haihhh memacam lagilah termasuk PIBG) Pfttt semuanya habis RM 75.00 Hinggit .. Buku² sebelum ni hubby belikan kat koperasi habis RM 97.00 .... DAH SETEL SEMUA LEGA IBU ....... cikgu bagi tahu amir orentasi sampai 20 januari .. lepas tu barulah exam menentukan kelas semula .... sekarang ni duduk kelas yang belum di nilai lagi kebolehannya... maksudnya cikgu campur² lagi dengan pelajar yang dah pandai membaca, pandai mengeja dan yang belum pandai membaca.

Masa aku tengah sibuk nak mengamik buku teks amir hubby pun sampai ... rehat katanya sempat lagi singgah sekolah amir ... teruja nak merasa jugak tengok anak masuk sekolahkan.. agaknya takda kelas kot lepas rehat.. ateeeeeee dah dia buat jadual.. pandailah dia menyusunnya kuikuikuikui ...;p lepas amik buku teks tulah aku uruskan yuran² amir .. hubby tolong pegang buku teks.. amir dah rehat nak masuk kelas.... kemahin lagi amir dapat geng siap beli makanan kat kantin .. hadoilah anak.. sungguh² kamu buat ibu sujud syukur.. sebab pandai berdikari ... walaupun kamu beli keropok jer .... kat rumah dah makan nasi goreng... 





Jadual aku pun dah berubah sejak amir sekolah ni .. bangun memang awal kena masak sesiap lauk ... tapi gambar ni lauk untuk hubby asam pedas ikan jaket .. kemahin bergelimpangan bendi dalam tu.. ikan sekor jer... hubby kepala montot untuk aku wakakakaka ...;p amir punya lauk telur puyuh masak kicap .. bawakkan bekal kerumah mak .. senang takut mak tak sempat masak melayankan kerenah anak buah aku iqy tu ... tapi amir dah pesan.. ibu tak masak pun takpa .. nanti amir soh embah masak nasi goreng planta .. sedapp makan panas²... anak² bagilah semangat kat ibu kamu ni nak masak .. hubby pulak jenis tak berkisah.. apa aku masak itulah dihadapnya... allahhh hero² ibu buat ibu sujud syukur banyak kali .. terima kasih allah atas kurniaan ini .... sebab sangat memahami.... selagi mampu .. selagi kuat semangat ni.. ibu masak yer.. yang penting sarapan dua beranak ni nasi goreng ... tak pun apa² jelah yang frozen beli siap² senang cam pau, popia, karipap.. tinggal goreng jer... 


Alhamdulillah amir tak meragam masuk darjah 1 ni, risooolah jugak kan ... korang pun tahu tahap manja dia tu camna kan masa kecik².. mungkin jugak pendedahan awal kami bagi dia ketadika dan mula bersosial memudahkan semua urusan ni... kalau ada geng dia okeyy jer.. tu pun berbuih² mulut ni pesan jangan main jer.. atau borak je dalam kelas.. nanti cikgu marah.





Bicara Hati : Tiada apa yang mengembirakan hati seorang ibu, bila anak yang dikandung mula pandai membaca, mengaji, mengira, iqamat dan mula belajar solat.. sejuknya perut ni.. sayunya jauh disudut hati ni.. ya allah inikah anak yang ku kandung semakin membesar kamu MUHAMMAD AMIR HAZIM BIN MASNIZAM   (^____^)v moga menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat amin....















Isnin, 6 Januari 2014

Hari Pertama Orentasi Di Tadika Baru Amir Bagi Tahun 2014



Setelah dipikirkan sedalam²nya .. ini adalah pilihan yang terbaik buat kami dan amir, dan juga memudahkan pemantauan hihihihihi ....

Dalam bab² macam ni selalunya kami suami isteri bersidang, kalah pembentangan bajet .. lepas tu keputusan semua di amik kira ... dan yang mana terbaik itulah pilihannya, kalau tahun lepas amir belajar ditadika swasta dengan bayaran sebulan mencecah rm 300 seharian tinggal di tadika dan taska, tahun ni kami pilih tadika kemas... sebabnya .. kami dah duduk di kampung sekarang ni .. jadi ini adalah pilihan yang terbaik .. bukan soal pembayaran tapi soal keselamatan dan yang mana lebih memudahkan kami yang sebenarnya.

Amir pergi dan balik sekolah atuk yang akan amik ... harap sangat moga dipermudahkan dan amir akan lebih berdikari lepas ni .. anak sulungkan .. takmoolah manja² lagi .. manja² sesekali takpa huhuhuhu .... sementara takda adik lagi hihihihihi ...


Kerenah bangun awal pagi di kampung ni naik pesen pulak, nak berdukung .. hadoilah anakku sayang dengan berat kamu 24kg memang ibu kendong daripada belakang sahaja .. tak mampu ibu nak dukung daripada depan sayang, mata macam biasalah kalau mandi tak tutup tak sah .. tapi lepas jirus air suam .. terus celik kikikiki .. melayankan dia bercerita pulak kat bilik air tu.



Alhamdulillah hari pertama orentasi 30.12.2013 lulus dengan cemerlang siap dapat kepujian (hahahaha .. dah macam keputusan U pulak yer) lulus cemerlang maksudnya amir suka dengan tadika yang baru ni.. walaupun dia masih tak kenal kawan² lagi, pandai menyesuaikan diri dan dah tak malu².. satu kepujian sikap positif dalam diri bab sosial yang ni .. ibu uji sangat, walaupun jauh disudut hatinya masih sukekan tadika lama ... tapi nak buat macam mana .. amir kene belajar dengan kawan² baru .. nanti senang darjah 1 dengan kawan² ni jugak.


Yang paling seronoknya kali ni orentasi pada 30 haribulan tu, hubby pun teruja hihihihi .. amboi kemain ayah oberrr tau .. nak join taklimat jugak ... sebab mungkin tahun depan belum tentu dapat join masa amir darjah 1, iyerlah hubby mestilah dah sekolahkan ... takpa .. ibu pasrah akan uruskan semuanya sendirian .. janji duit hubby bagi ... sambil kenyit mata .. bolehkan .. bolehkan .. hahahaha .... bagi lebih tau .. tau .. (bajet macam hubby baca blog ni)


Sesi persekolah kat tadika kemas ni 8.00 pagi - 12 tengahari, yuran sekarang sebulan rm 25.00 sahaja .. makan 2 kali sehari .. pagi sarapan kebiasaannya di tadika coco crunch atau roti bersapu jem dan tengahari sikit sebelum balik baru bagi makan berat .. macam hari pertama sekolah 02.01.2014 amir bagi tahu dia makan mee goreng .. sedapppp sangat cikgu masak .... habis amir makan ibu .. sedapp.. amboi kemain lagi dia dok memuji.


Bermula jumaat atuk dah mule hantar amir ke tadika, jadi saya cuma cuti sehari sahaja uruskan hal amir pada 02.01.2014 tak jadi nak cuti 03.01.2014 .. so jumaat tu ibu kerja macam biasa .. walaupun ade drama merenggek² .. tapi nenek kata amir okk jer lepas saya tinggalkan dia pergi kerja, dia pergi tadika ... pun ok.. mood ceria jer .. alhamdulillah.




Amir suka sekolah kat sini .. ramai kawan² baru, moga amir belajar rajin² yer .. takmoo main jer ... takmmoo nakal², bila belajar dengar cakap cikgu .. jangan dok berbual dengan kawan² kat belakang jer ... main dengan kawan² sama².. jangan gaduh² atau cakap besar, pergi toilet cakap dengan cikgu .. jangan bukak seluar depan kawan² pingsan kawan² kang .. saje saya melawak.. itu dah macam amanat .. mesti saya pesan bile amir nak pergi tadika dan sebelum saya ke tempat kerja, daripada dulu itulah jugak yang akan saya pesan.



Bicara Hati : ibu tak merasa pergi tadika kemas ni, tapi hubby merasa kot .. mujurlah cikgu yang mengajar hubby dah bersara .. kalau tak .. mau jadi cikgu turun temurun hihihihi ..;p















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...