Musim sejuk² ni.. tekak pun tak berapa nak sihat.. jadi kita tok sah makan yang bergoreng² yer... nanti lagi parah tekak tu bertambah peritnya... Dan bila tak sihat ni elakkan minum ais, teh, telur dan pisang sebab takut lagi parah batuk jadi berkahak.. tapi telur memang tak boleh dipisahkan dengan amir .. achaner ibu nak buat.. pasrah jerlah... sebab tu batuk amir lambat baik...
Masak stim siakap ala campak² bahan jer ni hahahahaha ... semua jadikan satu masukkan dalam pemangang ajaib.. maka ajaiblah masakkan itu jadi sedapppnya hahahaha ... menggunakan bahan yang adooo sahaja cili, halia, serai, bawang merah, bawang putih ... takda nak letak sos ikan bagai.. ada kiub ikan bilis jer.. itu pun sikit..
Paling terbaik saya gunakan belimbing kampung yang mak bekalkan.. orang kata belimbing besi/ belimbing buluh (^____^)v nikmat masam²nya terbaiklah...
Dan sepanjang tak sihat ni memang menu pat tam jerlah kami sekeluarga ni.. pak tam depan tu.. sebabnya balik kerja jer.. ibu nak tengok dapur pun tak lalu tau.. hadoilah.. dapat baring jer best.. mujurlah amir dengan ayah okk jer.. amirlah paling best .. makan nasi dengan telur kicap sudah...