♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Memaparkan catatan dengan label Superhero. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Superhero. Papar semua catatan
Rabu, 19 Jun 2013
Men of Steel Kat Kampung Saya
Selasa, 18 Jun 2013
Disebalik Tabir Sambutan Hari Lahir Amir Di Tadika
- Malam sebelum tidur dah pesan kat amir dah suruh tidur awal... esok pagi nak sambut besday dengan kawan² kat tadika, amir macam biasalah .. dia kalau teruja ni .. mulalah ayat tak boleh nak tidur dia tu keluar kikikikiki .. tapi nasib baiklah tak lama tu dia lelap.. lepas tutup semua lampu.
- Hubby malam tu tidur awal, tak sempat nak mintak tolong printkan sticker amir huhuhu.. nasib baiklah ada kawan opis boleh buatkan .. untuk lekat sticker kat godies amir, walaupun gambar spiderman.. jadilah .. janji tema merah biru....
- Dalam perjalanan nak ketadika amir tetiba muntah, haduhhh.... amir kadang² waktu pagi memang macam ni .. tapi tak sangka pulak .. dia nak muntah pagi tu .. tanpa bagi tahu .. selalunya sempat ibu berhenti .. amir akan muntah kat luar kereta, dah selambak.. penuh kat baju dan kat kerusi... ligat pikir nak buat macam mana... nasib baiklah ada kawan yang anak sama tadika dengan amir, jadi pinjamlah baju anak kawan tu.. sempat lagi bukak name taq huhuhuhu .... Selesai masalah, kalau tak dah pikir nak balik jer... cuti EL lah nampaknya.
- Sempat mintak tolong cikgu tadika deko / gantungkan kad untuk happy birthday 5th amir hazim, sudahnya dengan kita sekali tolong gantung deko tu kikikiki .... sebab cikgu pun nak sambut kedatangan murid ke tadika. Tapi .. bila datang lagi .. macam nampak rendah sangatlah pulak ayat 5th amir hazim tu .. jatuh agaknya tadi ... sebelum sampai ...
- Orang yang buat tempahan kek amir dah sampai opis, memang dah janji dia akan hantar kek amir kat opis 9.30 pagi sebab saya akan hantar ke tadika amir pukul 10.00 pagi, jamuan lebih kurang macam tulah waktu budak² sarapan pagi. Teruja nak tengok kek amir .. sekali kek amir renyukk sikit kat bahagian nama .. alahai dugaan betul dibuatnya... akak tu kata takpa bayar ½ harga jer, saya tak menyampai hati lah pulak .. sebab dia pun cari rezeki susah payah hantar ke opis, takpalah saya bayar penuh juga, walaupun hati sedih sikit sebenarnya...
- Hubby sms kata ada kelas tak boleh datang tadika, alahai sedihnya.. takda sapa .. nak ganti agaknya.. tu kita hangkut kawan kita tu .. sekali hubby sms lagi sekali tanya kat mana?? dia kata dah sampai kat tadika amir .. haru .. saya masa tu tengah bercakap dengan bos .. tak gerak keluar opis pun lagi ... lintang pukang mintak izin bos nak keluar kejap kakakaka .... itulah allah kata kita hanya merancang .. allah jua yang menentukan.
- Ustaz yang sepatutnya bacakan doa untuk amir hari tu tiba² balik rumah pulak, haihhh nak mandi katanya.. dari pagi tak mandi .. nak tukar baju .. sabar jerlah.. sudahnya.. ustaz lain yang bacakan doa .. alhamdulillah .. majlis selesai .. saya nak balik barulah ustaz yang sepatutnya bacakan doa sampai .. sabo jelah...
Apapun semuanya dah selesai ... alhamdulillah, terima kasih sangat² pihak tadika yang banyak membantu .. maklumlah ini kali pertama buatkan.. memang banyaklah kurangnya .... semuanya pun dari kelemahan diri saya, janji amir gembira ibu.. dah suka (^_____^)v
Bicara Hati : Pagi tu sempat buat spageti goreng dan cekodok jagung, cikgu² kat spageti goreng tu manis sikit.. memang saja masak ikut selera budak² tu yang tak pedas.. tapi takdalah pulak rasanya manis.. hahahaha .. sebab tuan yang masak ni memang manis.. perasan².
Isnin, 17 Jun 2013
Sambutan Hari Lahir Amir Kat Tadika
Kek idaman superhero man of steel, khas buat superherooo ibu hahahaha .. tema biru dan merah macam tema blog ibu pulak.. habis kalau ikut tema amir nak hijau ape kes... gambar hulk bolehlah hijau kan ...;p
Amir dengan cikgu kelas kesayangan amir, cikgu ain .. terima kasih cikgu .. kerana melayankan kerenah amir ... dan terima kasih mengajar anak saya dengan ikhlas .. moga amir di terangkan hati mudah menerima ilmu yang cikgu berikan.
Amir dengan antara kawan² kelas amir, yang lain malu nak interframe.. yang ini pun jenuh cikgu² suruh senyum beku hahahaha ... korang tengok bebudak ni .. kemain lagi bajet popular tau... muka interframe. kat gambar.
Kenangan bergambar dengan cikgu² tadika amir dari kiri cikgu ain (guru kelas amir), pengetua mualimah, saya dan ana (ibu adam) tolong temankan ... sebab dia ada hal nak jumpa pengetua kita hangkut dia sekali.... cikgu ujie (cikgu taska) bercuti takdalah dalam gambar ... tukang amik gambar hubby hihihihi ...
Amir patutnya sambut jamuan hari lahir sekali dengan amir, tapi zara punya tunda hari ni .. hari isnin. Jadinya hari jumaat tu sambut bestday amir sorang² jerlah kat tadika.
Kami sekeluarga, penat tau deko² belakang tu.. terima kasih pada kawan opis yang tolong buatkan, tq auntie nadia amir kata hihihihihi .... tulis 5thn amir hazim jatuh sikit .. terkebawah lah pulak .. huhuhuhu .. jadi tak berapa nak nampak sangatlah.
Goodies buat kawan² tadika dan taska amir, harap dia orang suka. (^___^)v
Terima kasih sangat² pada pihak tadika, sebab memberi kerjasama yang baik .. amir kemain teruja sangat, jangan cakap .. habis kat kampung semua orang dia nak bagi tahu dia dah sambut bestday dengan kawan² tadika hahahahaa .... yang lemah datangnya daripada saya dan hubby moga yang baik² semua atas perkenan allah, alhamdulillah majlis pun dipermudahkan dan bacaan doa oleh ustaz daripada tahfiz, saya tak amik gambar.. tapi saya rakamkan videonya.
Bicara Hati : Ada cerita disebalik tabir sebelum majlis diadakan ... memang betul² dugaan buat kami, nanti up story kemudia eh...
Langgan:
Catatan (Atom)