♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Superman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Superman. Papar semua catatan

Rabu, 19 Jun 2013

Men of Steel Kat Kampung Saya



Gelak saya dibuatnya, hujung minggu baru² ni bila.. kami balik kampung dan kebetulan sepupu² amir pun datang rumah mak mertua .... 

Amir yang tak sudah² melaram baju superman dia.. memang menjadi perhatianlah, korang jangan tak tahu .. ni baju daripada pagi kami datang sampailah ke petang nak balik .. jenuh pujuk .. barulah nak mandi tau... dan tukar baju ... saboo jerlah dibuatnya, kalau dah dia suka .. memang macam tu lah.. jadi selagi tak jemu .. dia akan pakai .. habis basuh pun esok pagi dia tanya lagi .. nak pakai balik.

Dialog² spontan yang saya saja karang, bukan mereka yang cakap pun ... tapi adalah sikit² lebih kurang mereka bualkan, mencui hati saya .. dan spontan saya amik gambar ni .. yang kebetulan tengah pegang kamera.
















Sebab nak cepat balik petang tu, nak pergi potong rambut amir, sudahnya baju ni tercicir kat bilik air mak mertua .. lupa bawak balik .. bila semalam amir tanya nak pakai, saya cakap tertinggal kat kampung dah mengamuk².. ajak balik kampung nak amik ... sudahnya pujuk saikooo logi sikit.. barulah dia ok.... pingsan ibu kalau pujuk tak berkesan tau ... ayat paling tak menahan .. 'kan amir kata tak nak mandi .. kan dah tertinggal baju amir' huhuhuhuhu .....



Bicara Hati : Amir kalau suruh possing memang suka, tapi bila mood dia oklah .. kalau tak okk.. korang jangan haraplah ... 






Isnin, 17 Jun 2013

Sambutan Hari Lahir Amir Kat Tadika



Buat pertama kalinya tahun ni, amir sambut hari lahir dengan kawan² kat tadika ... so sweeettttttt .... kenangan terindah yang akan di abadikan sampai bila², sambutan pada 14.06.2013 (Jumaat) jam lebih kurang 10.00 pagi


Banyaknya gambar .. tak tahu nak kongsikan yang mana .... hihihihi .. dan eksklusifnya hanya kongsikan diblog sahaja, dah malas nak upload kat fb, kita upload gambar kek jer hihihihi ... nanti ada orang komen kita bangga diri pulak (bajet retis pulakkan) hahahahaha .... maklumlah kat blog ni walaupun ramai yang follow tapi semua pun sporrting .. walaupun cuma kenal di alam maya sahaja.. terima kasih semua.



Kek idaman superhero man of steel, khas buat superherooo ibu hahahaha .. tema biru dan merah macam tema blog ibu pulak.. habis kalau ikut tema amir nak hijau ape kes... gambar hulk bolehlah hijau kan ...;p






Amir dengan cikgu kelas kesayangan amir, cikgu ain .. terima kasih cikgu .. kerana melayankan kerenah amir ... dan terima kasih mengajar anak saya dengan ikhlas .. moga amir di terangkan hati mudah menerima ilmu yang cikgu berikan.







Amir dengan antara kawan² kelas amir, yang lain malu nak interframe.. yang ini pun jenuh cikgu² suruh senyum beku hahahaha ... korang tengok bebudak ni .. kemain lagi bajet popular tau... muka interframe. kat gambar.






Kenangan bergambar dengan cikgu² tadika amir dari kiri cikgu ain (guru kelas amir), pengetua mualimah, saya dan ana (ibu adam) tolong temankan ... sebab dia ada hal nak jumpa pengetua kita hangkut dia sekali.... cikgu ujie (cikgu taska) bercuti takdalah dalam gambar ... tukang amik gambar hubby hihihihi ...







Amir patutnya sambut jamuan hari lahir sekali dengan amir, tapi zara punya tunda hari ni .. hari isnin. Jadinya hari jumaat tu sambut bestday amir sorang² jerlah kat tadika.








Kami sekeluarga, penat tau deko² belakang tu.. terima kasih pada kawan opis yang tolong buatkan, tq auntie nadia amir kata hihihihihi .... tulis 5thn amir hazim jatuh sikit .. terkebawah lah pulak .. huhuhuhu .. jadi tak berapa nak nampak sangatlah.







Goodies buat kawan² tadika dan taska amir, harap dia orang suka. (^___^)v








Terima kasih sangat² pada pihak tadika, sebab memberi kerjasama yang baik .. amir kemain teruja sangat, jangan cakap .. habis kat kampung semua orang dia nak bagi tahu dia dah sambut bestday dengan kawan² tadika hahahahaa .... yang lemah datangnya daripada saya dan hubby moga yang baik² semua atas perkenan allah, alhamdulillah majlis pun dipermudahkan dan bacaan doa oleh ustaz daripada tahfiz, saya tak amik gambar.. tapi saya rakamkan videonya.










Bicara Hati : Ada cerita disebalik tabir sebelum majlis diadakan ... memang betul² dugaan buat kami, nanti up story kemudia eh...



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...