♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Susu Ilham. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Susu Ilham. Papar semua catatan

Khamis, 20 Februari 2014

Kedai Muslim Shop Di Klang



Sebenarnya dah lama dapat tahu kedai ni, tapi baru² ni jer dapat pergi.. ini pun tak baru sangatlah .. bulan lepas rasanya hihihi.. sorry entry basi lagi .. macam biasalah blog ni kan kegemaran menulis sampingan ... jadi kenalah tunggu tuan tanah kedaung ni ada masa barulah sempaT mengarang sebab bukan penulis blog 24 jam kan.. hik.. hik.. hik.. dan bukan blogger famous pun.. takkanlah ada yang tertunggu² entry kan.. stakat biasa² jer ... tu pun dah rasa bersyukur sangat².. ada jugak yang sudi baca blog picisan ni... ada jugak iklan nak masyuk.




Oklah kedai ni lokasinya betul² bersebelah pos laju kat depan stesen keretapi klang tu ... opsss.. komuter ke?? keretapi eh??? tapi ada stau stesen keretapi je kan kat klang ni.. hah!! kat situ lah dia... kedai ni tepi jalan jer.. tapi memang susahlah nak cari parking.. kita orang pun kira rezeki jugak dapat parking dekat dengan kedai ni.

Entry ni tak berbayar yer.. saya cuma kongsikan keterujaan saya dan kawan² dapat pergi kedai ni.. maklumlah nak pergi muslim shop yang kat shah alam tu tak terpergi².. tapi ada kedai yang dekat dengan opis ni.. bolehlah kami pergi... yang penting banyak barang² muslim, dan ada jugak keperluan harian di jual kat sini ....




Makanan kesihatan banyak pilihan kat sini kebanyakkannya macam kismis doa, makanan² yang ada unsur doa .. makanan kesihatan dan ada jugak ikan pekasam.. hahahaha .. yang ni memang kita orang pun tak sangka. Kati sini pun ada jual pati delima gulsan tau.. kekacang yang ada kat mekah tu takda kat sini.. tapi kalau kurma ada.. korang nak beli kurma ada banyak pilihan kat sini ...




Tapi kami paling teruja bila jumpe pelbagai jenis susu ilham (yang ada bacaan doa), halib's dan suffy goat ada dijual kat sini.. wah... wahh.. wahh.. keterujaan berganda dibuatnya ... maklumlah amir memang minum susu ilham.. walaupun sebulan sekotak jer pun saya belikan untuk dia... tu pun saya campurkan dengan susu biasa bagi dia minum.




Hahahaha .. inilah ikan pekasam yang mengoda.. saya tak beli.. kawan saya beli .. susah nak jumpa sekarang ni kan.. jadi dia mengandung .. memang teringin sangat nak makan.. kira macam rezeki dialah ni...




Dan buat saya tambah teruja ada jual minyak batooka  gold ni ... fungsi minyak ni korang boleh google yer.. dia sesuai untuk bayi dan kita² yang dewasa ni sakit selsema atau batuk.




Sebelum balik sempatlah jugak possing kat depan kedai, tapi toksah lah tengok muka kamii yang glamour tu... moh layan signboard dia.. ada jugak nombr telfon kot²lah korang berminat nak tanya barang apa lagi yang ada jualkan.



Bicara Hati : Saya beli susu halib's kat sini, alhamdulillah dah sebulan amir minum.. nanti saya kongsikan kelebihannya.










Jumaat, 7 Jun 2013

Susu iLHAM untuk amir


Sejak akhir² ni amir dah kurang menyusu, sebab dah semakin membesar agaknya ataupun mungkin amir dah muak, jadinya saya dengan hubby memilih alternatif lain untuk beri amir minum susu.. sebab kalau boleh kami nak bagi amir minum susu sampai umur dia 8 tahun sekurang²nya, walaupun menyusu botol memang payah nak dipisahkan.. tapi kita orang tengah berusaha kearah itu.

Bukan saya tak bagi minum susu yang sebelum ni, saya bagi untuk bekalan ke taska jugak .. tapi susu ilham ni saya bagi amir minum memang kat rumah sahaja, lebih terjamin keselamatannya.. sebab saya takut kalau ke taska ada yang terlangkah pulak susu ni.

Dah lama saya serve susu ni, saya ada 2 pilihan sebenarnya.. tapi hati saya kata kuat suruh mencuba yang ini walaupun mahal sikit berbanding susu yang satu lagi tu ... kalau baik saya akan teruskan...

Saya cuba belikan sekotak 
alhamdulillah .. amir macam suka ...


Saya mungkin tak bagi minum susu ni sekerap mungkin, tapi saya akan pastikan amir minum susu ni setiap pagi sebelum kesekolah... atau bangun tidur sahaja waktu pagi bila amir mintak susu.. saya akan buatkan susu ini, susu baik untuk kanak² .. saya ambil yang 4 tahun keatas harga rm 48.00 yang ini saya beli kat aeon big bukit rimau, sebab susu ni memang tak jual kat pasaran secara meluas hanya pasaraya² tertentu sahaja.

Ok.. susu ni tak boleh dilangkah yer.. sebab dia di bacakan dengan baca surah² tertentu, saya berniat baik untuk menukar susu ni pada anak saya bukan apa .. sejak ketaska ni .. perkembangan pembesaran dia boleh tahan jugak diluar pengawalan saya .. terlalu banyak yang didengari apatah lagi dipelajari sampai adakalanya menguji tahap kesabaran diri ibu .. alhamdulillah hampir sebulan amir minum susu ni .. ada sedikit perubahan, seperti mudah mendengar kata dan arahan saya .. jarang memberontak. Dan yang paling saya suka baru² ni bila rumah mak mertua buat kenduri .. amir rajin menolong sepupu² mengangkat cawan ... kalau dulu .. haihh asyiklah nak berkepit dengan saya dan nak main jer...



Bicara Hati : Kalau anak 2 tahun kebawah bagilah minum susu ibu yer.. yang seelok²nya... Klik kat gambar kalau nak tahu info susu ilham lebih lanjut.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...