♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Telur Tidak Basuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Telur Tidak Basuh. Papar semua catatan

Rabu, 30 Oktober 2013

TELUR PUNCA MAKANAN KOTOR DAN MEMBAWA PENYAKIT






TELUR PUNCA MAKANAN KOTOR DAN MEMBAWA PENYAKIT
Telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam, harus dibasuh dahulu sebelum dipecahkan untuk dimasak ke dalam makanan.

Najis ayam pada telur yang masuk ke dalam makanan bukan saja membuatkan makanan kita menjadi tidak halal, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella.

Begitu juga pastikan telur yang dibeli tidak retak, kerana kuman Salmonella boleh masuk ke dalam telur dan membiak. Tanda awal pembiakan kuman Salmonella dalam telur ialah bau telur yang busuk sebaik dipecahkan.

Kuman Salmonella membiak dalam usus ayam dan manusia dengan mudah mendapat jangkitan Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan, dengan memakan makanan yang dicemari dengan najis ayam.

Hal initelah disahkan oleh Centre for Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat dalam kenyataannya pada Julai 2010.

-Dr Zubaidi Hj Ahmad





*********************************************************************************


Sebab tu selalunya kat rumah kalau beli telur mesti basuh dulu.. lepas tu simpan kat peti sejuk... senang nak masak amik jer, kadang was² nak order makanan yang ada telur kalau kekedai makan .. lagi² bila amir suka sangat makan roti telur atau pun nasi lemak telur mata .. ermmmmm .. jauhkanlah .. kat kedai² pun banyak dah yang basuh telur sesiap sekarang.. sebab ada kesedaran macam ni.






 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...