Telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam, harus dibasuh dahulu sebelum dipecahkan untuk dimasak ke dalam makanan.
Najis ayam pada telur yang masuk ke dalam makanan bukan saja membuatkan makanan kita menjadi tidak halal, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella.
Begitu juga pastikan telur yang dibeli tidak retak, kerana kuman Salmonella boleh masuk ke dalam telur dan membiak. Tanda awal pembiakan kuman Salmonella dalam telur ialah bau telur yang busuk sebaik dipecahkan.
Kuman Salmonella membiak dalam usus ayam dan manusia dengan mudah mendapat jangkitan Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan, dengan memakan makanan yang dicemari dengan najis ayam.
Hal initelah disahkan oleh Centre for Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat dalam kenyataannya pada Julai 2010.
-Dr Zubaidi Hj Ahmad
Sumber : https://www.facebook.com/senanghamil
*********************************************************************************
Sebab tu selalunya kat rumah kalau beli telur mesti basuh dulu.. lepas tu simpan kat peti sejuk... senang nak masak amik jer, kadang was² nak order makanan yang ada telur kalau kekedai makan .. lagi² bila amir suka sangat makan roti telur atau pun nasi lemak telur mata .. ermmmmm .. jauhkanlah .. kat kedai² pun banyak dah yang basuh telur sesiap sekarang.. sebab ada kesedaran macam ni.
12 ulasan:
ida pun dah kureng makan telur dah. sejak hubby kene gatal2. dah tak beli telur da. huhuu
Salam petang Rabu Masya.. Mieza pun mesti basuh dulu telur yang dibeli, siap sental ngan sabun cuci pinggan lagi.. Huhu.. Lepas tu simpan dalam fridge.. Senang kan, nak masak boleh terus pecahkan tak payah nak basuh2 dah.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL
kalau masak kat umah memang lah kite basuh..tapi kalau gi makan kedai..tak tau lah diorang ni basuh dulu ke tak...
Baru je beli telur td, dn en abah yg siap2 basuh sblm masuk peti ais, bahaya katanya, baru lps baca artiksl cenggini la ni :-)
Salam.K.atie klu beli telor kat umah...cuci bhgian luar telur dgn kertas suratkabar yg dibasahkn..kemudian lalukn kat air paip pula.Keringkn..br simpan lam esbok.
betul... saya pun mmg basuh siap2 baru masukkan dlm peti
nak beli telur pun kena hati2.. sbb kan ada telur yg palsu.. deqla pernah terbaca kat blog mcm mana nak bezakan telur palsu ngan tulen.. cuba masya search.
Saya memang basuh dulu sbelum goreng.
telur mmg la kena basuh..ada gak kan org yg tak basuh dia tak tahu ke yg telur tu keluar dr bontot ayam?haha
Btul tu.kalu tgk rancangan mskn luar negara yg x bsh telur tu...eeee kembang tekak
mmg kena basuh.. sbb byk penyakit boleh berpunca dari situ.. tp kalo kat kedai tak tahu la.. huhuhu
betul tu..
kat kedai tak tahu ler kan
Catat Ulasan