♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Tips Bekerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Bekerja. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Januari 2014

Orang Yang Perlu Di Jauhi Di Pejabat


Kita bekerja bukan setakat sebulan dua, tapi kalau kena dengan gayanya mestilah nak bertahan lama. Ada banyak faktor yang boleh membantu kita untuk rasa seronok ditempat kerja seperti bos yang baik, suasana pejabat yang menyeronokkan dan yang paling penting rakan sekerja yang sekepala, barulah tak stress sangat nak bekerja. Tapi ada lima jenis rakan sekerja yang perlu kamu jauhi!








Si Busuk Hati

Haih. Hati-hati dalam memilih rakan sekerja. Ada dalam kalangan mereka yang busuk hati. Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Mereka yang busuk hati ini, sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jika kamu ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, kamu perhatikan tingkah lakunya dahulu sebelum mengiakan apa yang dikata orang. Boleh jadi ia cuma buah mulut atau mungkin juga benar.




Kaki Kipas

Ini lagi satu jenis orang yang memang akan sentiasa wujud dalam sesebuah syarikat. Mana sahaja kamu pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Golongan ini seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya juga.




Peminjam Duit Tak Ganti

Kadang-kadang ada antara rakan sekerja yang mempunya masalah kewangan maka mereka mungkin akan datang kepada kamu untuk pertolongan. Hati-hati dalam memberikan pinjaman wang. Jika orang itu mempunyai sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti, elok kamu bersedia dengan alasan untuk mengelak.




Pemalas & Kuat Ponteng

Selain dari untuk mendapatkan gaji bulanan buat menyara kehidupan seharian kamu, kerja itu merupakan satu ibadah juga bagi umat Islam. Jauhi diri kamu dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya kamu tidak terpengaruh dengan perangai negatif mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat.




Kaki Gosip

Golongan yang paling banyak dalam setiap syarikat, si kaki gosip! Aduh kerja berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa kamu pula yang jadi topiknya!


Saya lupe saya copy kat mana .. nak cari link balik hilang huhuhuhu .... salam jumaat semua.. selamat bercuti di selangor, moga kita jauhi diri daripada sifat² begini yer...
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...