♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 17 Januari 2014

Home » , , , , , » Orang Yang Perlu Di Jauhi Di Pejabat

Orang Yang Perlu Di Jauhi Di Pejabat


Kita bekerja bukan setakat sebulan dua, tapi kalau kena dengan gayanya mestilah nak bertahan lama. Ada banyak faktor yang boleh membantu kita untuk rasa seronok ditempat kerja seperti bos yang baik, suasana pejabat yang menyeronokkan dan yang paling penting rakan sekerja yang sekepala, barulah tak stress sangat nak bekerja. Tapi ada lima jenis rakan sekerja yang perlu kamu jauhi!








Si Busuk Hati

Haih. Hati-hati dalam memilih rakan sekerja. Ada dalam kalangan mereka yang busuk hati. Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Mereka yang busuk hati ini, sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jika kamu ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, kamu perhatikan tingkah lakunya dahulu sebelum mengiakan apa yang dikata orang. Boleh jadi ia cuma buah mulut atau mungkin juga benar.




Kaki Kipas

Ini lagi satu jenis orang yang memang akan sentiasa wujud dalam sesebuah syarikat. Mana sahaja kamu pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Golongan ini seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya juga.




Peminjam Duit Tak Ganti

Kadang-kadang ada antara rakan sekerja yang mempunya masalah kewangan maka mereka mungkin akan datang kepada kamu untuk pertolongan. Hati-hati dalam memberikan pinjaman wang. Jika orang itu mempunyai sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti, elok kamu bersedia dengan alasan untuk mengelak.




Pemalas & Kuat Ponteng

Selain dari untuk mendapatkan gaji bulanan buat menyara kehidupan seharian kamu, kerja itu merupakan satu ibadah juga bagi umat Islam. Jauhi diri kamu dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya kamu tidak terpengaruh dengan perangai negatif mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat.




Kaki Gosip

Golongan yang paling banyak dalam setiap syarikat, si kaki gosip! Aduh kerja berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa kamu pula yang jadi topiknya!


Saya lupe saya copy kat mana .. nak cari link balik hilang huhuhuhu .... salam jumaat semua.. selamat bercuti di selangor, moga kita jauhi diri daripada sifat² begini yer...
















13 ulasan:

QasehnyaRania berkata...

kaki gosip mmg tak boleh elak kak. sbb nanti xda bahan la katakan. huhu.

saya kalau kt tempat kja lebih suka dgr dr bercerita. kalau positif sy jwb la juga. kalau negatif saya lebih suka masuk telinga kanan kleuar telinga kiri. erk pon tak ork pon tak pa. senyum tak perlu kata apa apa. hihi

Tihara berkata...

dekat mana2 pun mesti jumpa orang macam ni..dia tak sedar pahala dia dapat kat orang lain tu..alahaii

Sya Nadia berkata...

owh..org selangor bcuti ye hari ni..bestnya...

nurbijen berkata...

setakat ni belum jumpa kawan sepejabat yg tersenarai tu... Alhamdulillah, mmg happy pergi keje hari2 :)

mama lieyna berkata...

Betul... rasanya, kerja kt mana2 pun mesti ada yg bersifat mcm kt atas tu, cuma berbalik pd diri utk menilai mana yg baik nak diikuti n buruk tu patut2 dijauhi.. kerja nak dpt keberkatan kan dan lg nak lama..tak syok klu ada kes2 mcm kt atas tu.. :-)

Mia Kassim berkata...

semoga kita tak tersenarai dalam list tu ye...:D

eita berkata...

jenuh lah rasa kan kalau ada rakan keje macam ni..
nasib baik ita takde kawan kje macam ni..ita sorang je pekejenyer..heheheh

Puan Kutu berkata...

mana2 pun ada jenis org cmni..cuma kita je kena buat bodo,jgn ikutkan sgt perangai yg jenis cmni.wat pening je

LYAfrina berkata...

tq for sharing..
tp kerja kat mana2 pon mmg akn ada golongan camni..so kita cuma kna beringat & bpada-pada

LYAfrina berkata...

tq for sharing..
tp kerja kat mana2 pon mmg akn ada golongan camni..so kita cuma kna beringat & bpada-pada

Fiza Rahman berkata...

Kat office memang ada jer golongan mcm nih.

Nory Zoulkefle berkata...

kat opis nory ni , nory sorang je...takde opismate pon..heheheh...kadang2 bosan jugak...

Deqla Manjew berkata...

kaki kipas ngan kaki gosip tu mmg ketara sgt kat opis deqla ni.. huhu.. sejujurnya deqla lebih suka buat keja sendiri dr berkelompok ngan org2 cam tu.. haihh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...