♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Wedding Adik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wedding Adik. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mac 2012

Pelamin Idaman

Assalamualaikumm Semua...

Dah tengahari baru dapat bersiaran, biaserlah pagi² melawat kawasan dulu... kawasan jiran² hihihihihi.... dalam kepala ni ligat banyak idea mencurah² nak taip.. tapi sebab badan masih sakit²... kt layan gambar pelamin dulu.. semalam gambar kek.

Cantik tak pelamin ni.. pelamin sekarang macam² pilihankan.. ikut bajet dan kemampuan diri.. tapi suke sangat pelamin adik ni... meriah dan rasa macam berseri² jer.... bukan kata pengantin jer yang berseri.. ni kakak pengantin pun perasan kene tempias berseri² ape halnya hihihihihihi......

Pelamin tema vantage (^___^)v
Bunga telur kat pelamin tu adik² sepupu yang letak kat sarungnya hari jumaat malam sabtu 
sampai pukul 1 pagi dia orang siapkan nak letak kat pelamin...


Kesian kat adik saya.. beberapa hari sebelum nikah dia demam panas, lepas tu hari khamis masa saya balik kampung dia kene gata² (bahasa jawa panggil biduren betul ke saya eja tu huhuhuhuhu... kalau salah ampunkan ) panas dalam yang terlampau... habis satu badan keluar ruam² kecil.. lepas tu mak bagi minum air kelapa... keluarlah semua ruam² tu.. pagi sabtu baru ok sikit....

Masa pasang pelamin petang jumaat tu adik pun tak tengok sangat.. tak larat nak bangun.. dia redhoo jerlah.. tu belum gubahan hantaran lagi.. kami belasah jer.. ape yang ade kite orang letak untuk gubah tak sempat nak membeli.. mak cik² yang banyak tolong.... pengantin pun tak sihat.. saya pun dah sibuk mane nak tolong orang rewang lagi... alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan atas kehendak Allah s.w.t.

Hantaran untuk pihak lelaki buat simple² jer gubah... 
apam pink dengan biru kebetulan mak cik bagi dengan anak jiran...
Kami tak sempat nak buat agar² oklah tu kan.. janji bagi...

Abang sepupu tolong pasangkan tirai hihihihihi...
Masa nilah tenaga lelaki diperlukan untuk mengetuk² dan memasang² ape² yang perlu kat bilik pengantin.. maklumlah rumah kampungkan.... terima kasih semua....
Penagntin redhoo jer.. dah tak larat bangun ;p



Inilah kemeriahan kalau kawen kat kampung saya.. lagi adik beradik sebelah mak,walaupun mak 3 beradik jer... yang lain ramai adik beradik tiri tapi semua rapat dan bekerjasama..... sepupu² pun alhamdulillah jenis yang ringan tulang.. (^__^)v

Ok nanti² saya sambung cerita tradisi rewang dikampung pulak yer.. kemeriahannya dari hari rabu lagi dah ramai yang datang rumah mak ade jer.. nak dibuatnya... buat koci, buat tapai dan lain².. walaupun majlis sanding hari ahad. Tapi kat kampung korang mungkin lagi meriahkan.... kampung saya ni biaser² jer... tapi masa macam nilah nak jumpe sedara mara dan bergurau senda....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...