♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label cuaca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuaca. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Mac 2014

Sesak Nafas Dibuatnya Bila IPU Tinggi Sangat



Kebizian melanda diri, pagi² cpu buat hal kat opis, memang nak kena hantar hospital lagilah jawabnya ... sudahlah ipu kat luar tinggi mendadak² .. nak pergi opis pagi ni memang teruk sangat² jerebu tau .. itu pun petang semalam ada orang bakar sampah.. haruu betullah.. kalau iye pun rajin sangat.. janganlah waktu² macam ni... tolonggg lah yer ...

Sekolah hubby dah tentu² cuti, amir pun cuti .. ibu amir?? ibu amir kerja.. huhuhuhu .... kalau ikutkan hati memang mau jugak cuti el tetiba malam tadi sakit belakang ... tapi bila hubby kata nak hantar oklah.. lagipun isnin nanti dah cuti.



Rujuk sini untk maklumat yang lebih lengkap bagi kawasan lain

Sekitar pemandangan pagi tadi.. sempatlah snap masa nak pergi kerja.. kalau ikutkan tak nampak jalan dah jerebunya.. tapi dalam gambar ni ... macam masih terangkan .. kalau korang bebtul kat area pelabuhan klang ni memang tak nampak apa.. nampak putihhh jer... sebab tu lah sekolah cuti.. tahap jerebu memang membimbangkan dengan ipunya cecah 300 .. sesak nafas, bau asap jangan cakaplah... dengan mata macam berdebu.. asyik nak gosok jer... memang bertutup mask je hidung ni kalau keluar.





Sebab amir tak ke sekolah, awal² pagi saya dah pesan.. jangan main kat luar.. duduk je dalam rumah... (dalam rumah pun jerebu masuk) kalau pening baring tidur ... saya bukan apa.. risau je dia.. baru nak sihatkan... dengan cuaca macam ni.. kalau tak pesan awal².. takut dia sukati jer.. takmoo dengar embah dia cakap.. lagi² anak² akak sepupu mak jaga.. mestilah tak sekolah... main je lah nanti....




Sempat snap petang semalam .. pakai mask nak pergi keluar kejap... dengan gaya rambut baru potong, kemain takut dia saya kata nak botakkan.. cepat² dia ajak ayah dia pergi gunting rambut kikikikiki .. baru saikoo sikit... itulah .. ada je akal, takmoo dengar cakap ibu .. bila ibu kata nak botakkan rambut tau.. takut.. takut kawan ejeklah tu >____<



Buat kawan² yang mengalami masalah jerebu ni, sama² lah kita berdoa moga cepatlah semuanya kembali seperti sedia kala.. ya allah moga kita di lindungi daripada anasir jahat .... moga kita semua diberi kesihatan yang baik... moga semua² yang berlaku sejak² akhir² ni punya hikmah tersendiri ....




Bicara Hati : Dengar kabar tiang hotel concord shah alam yang tengah renovate runtuh jatuh... ya allah .. macam² berlaku sejak akhir² ini.








Selasa, 4 Mac 2014

Jerebu Makin Teruk


Ya allah teruknya jerebu sekarang ni, memang dugaan betul bagi kami yang duduk sekitar lembah klang ni.. awal² pagi keluar rumah ... kabus dah mengalahkan naik cameron highland tau .. naik cameron pun dah tak berkabus rasanya huhuhuhuhuhu ...

Memang dugaan betul dibuatnya, sudahlah sekarang ni air di catu.. mujurlah kat kampung air masih keluar cuma perlahan sahaja .... tapi tu pun kami berwaspada .. takut bila² je terhentikan... 

Dalam cuaca yang berjerebu ni memang tak kosa rasanya nak keluar.. apatah lagi waktu tengahari .. seyes sakit kepala kepeningan .. mata jangan cakaplah pedih dibuatnya ... berdenyut².

Bila cuaca jerebu ni ... kita sendiri pun dah naik konfuse .. iyelah .. pagi² matahari tak namapak.. sudah nak nampak bulan ke matahari ni disebalik awan ... tekak pun dah mula rasa perit kekeringan.

Jadi pandai²lah jaga kesihatan, risau kat amir je ni.. maklumlah cuaca berjerebu.. harap cikgu tak buatlah aktiviti diluar tadika .. bukan apa .. risaukan kesihatan anak² ni jer.. sekarang ni tengah kecoh serangan 'strok haba'

Gambar ihsan google...
Alhamdulillah syukur sangat² nikmat hari ni hujan, tak pastilah sini pun terlibat dengan hujan pembentukkan awan ke tidak.. yang pasti sebelum pukul 5 pagi dah hujan sampai sekarang .. syukur sangat² kurang jerebu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...