Assalamualaikummm Semua....
Hujung minggu lepas dapat jemputan perkahwinan saudara dekat putrajaya.. wahh gempak gitu.. tak pernah lagi ade saudara mara buat kenduri kawin dekat dewan sri siantan putrajaya tuu.... memang terharu dibuatnya dapat jemputan dan nak pergi sana.... perjalanan pun bermulelah hari sabtu 19 november 2011 mak, abah dgn adik yang bongsu datang kerumah sebab kami pergi satu kereta jer senang.. nanti takdelah yang sesat hihihihihi....
sepanjang² perjalanan amir membebel².. tanya itu.. dan ini... tak berhenti² selagi tak sampai...
Sempat lagi possing depan mahkamah.. kene parking jauh sikit ade 2 kenduri rupenye dekat dewan tu...
patutlah ramai orang.. nak cari parking pun susah....
Ramaikan.. memang ramai penuh jemputan.. maklum jerlah saudara kami ni memang ramai kenalan..
tapi suke sangat mereka sekeluarga tak sombong jauh sekali nak membanga diri.. menu² dan juadah hari tu pun banyak menu ala² kampung gitu....
Wowww ade aiskrimm.. nyum² SEDAPPP... amir makan pun banyak semua perisa dia nak rasa..
coklat,keladi,strawberry, vanila dan macam-macam lagi.....
sempat possing dengan mak cik pah (adik abah no.2) satu mak satu bapak..
maklum jerlah abah memang ramai adik beradik tiri hihihihihi.....
dr kiri anak saudara mak cik yang kenduri ni, saya, mak cik pah dan dayah.(anak mak cik pah)
Yeahhhhhh... dapat goodies.. best² paling suke.. yang ade bear tu.. tak sia² tunggu lama.. sampai pengantin habis bersanding hihihihihi.....
Semoga hubungan pengantin kekal bahagia hingga keakhir hayat, tarikh pernikahan pun special 11.11.11 ...
terima kasih kerana menjemput kami sekeluarga.. tak dapat nak ambil gambar dengan tuan rumah kamera buat hal habis bateri huhuhuhu...... gambar pengantin pun tak dapat nak ambil.... streesnya.. kenapalah boleh lupa nak cas bateri kamera..
Lepas kenduri kami singgah solat zohor sampai ke solat asar di Masjid Putrajaya, lepas tu terus hantar suami ke kelas sebab ayah ade kelas dekat shah alam pukul 5.30ptg huhuhu... pukul 7.30mlm baru sampai rumah... yang paling kelakar dalam kereta amir asyik pujuk pak su jer soh tidur rumah... macam² akal dengan ayat di cakap... sampaikan tergelak² kite orang mendengarnya...