♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 23 Disember 2011

GODAAN CALCiYUM

Assalamualaikummm Semua... (^__^)



Pernah makan calyium x?? kebetulan minggu lepas pergi segi depan rumah tu... amir merenggek² soh membeli cayium ni. Selalu tengok iklan calciyum ni.. memang menarik minat budak² nak makan.. dan pastinya ibu²lah jadi mangsa kene belikan... amir pun dah lama suarakan hasrat hati nak makan.. tapi ibu jer tak pernah nak membelikan.... bukannya tak nak belikan sebab tahu dia tak berapa minat makan berunsurkan yourget ni.. kalau air vitagen sustagen xpe.. bagilah berkoten² memang boleh dihabiskannya.... jadi hari tu ibu belikan dia 2 perisa satu strawberry dan anggur.




Siap baring² amir.. nak jugak masuk dalam gambar.. layankan jer.. sebab dia seronok sangat akhirnya ibu belikan calyium ni.. ibu siap pesan lagi sebelum belikan calyium ni.. kalau  dah beli nanti mesti makan semua.. mesti habiskan semua.. kalau tak.. lepas ni memang tak boleh beli lagi..... jangan nak membazir hihihihi... 
(ibu siap wat muka serius masa tu.. )



Penuh berselera amir nak makan.. sekali dia makan masam... jangan kata yang dalam gambar memang semua ibu kene habiskan sudahnya huhuhu.... ;p sambil bebel ibu kene habiskan tau..... ayah?? ayah jangan haraplah nak makan memang dia takkan makan bende² macam ni.....

Pengajarannya memang jangan haraplah ibu nak membelikan lagi calyium ni.. walaupun amir merengek² nak jugak...... memang kene umpan soh belikan bende lain jugak.... kalau tak membazir jer.... 


Khamis, 22 Disember 2011

KEUNiKAN WANG KERTAS MALAYSIA SERBA BAHARU


Ihsan gambar daripada Bank Negara Malaysia


Assalamualaikummm Semua.... (^__^)v

Unik x tengok gambar duit tu.. menarik sesangatkan.... Ciri-ciri unik yang paling ketara ialah corak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini (skema nyer ayat saya kan.... pinjam ayat bank negara ni hihihiii....). 

Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Tak sabar rasanya nak dapat pegang sendiri wang kertas yang baru ni....

Kalau tak silap wang kertas ni akan diedarkan pada suku tahun kedua 2012 maknanya bulan Julai 2012 nanti barulah dapat merasa pegang. Sekarang ni.. tengok jerlah dulu.... Bangga betul tengok wang kertas ni.. memang serba baharu.. antara yang ketara warna² dia memang menarikkan.. kan... kan...


Wang Kertas RM20 - Ihsan BNM

Cantikkan wang kertas RM20 diwujudkan semula... tapi kenapa BNM tak wujudkan RM2 balik yer... kalau ade kan best... ;p



Rabu, 21 Disember 2011

Kemeriahan Awal HARi KRiSMiS Di JUSCO

Assalamualaikumm Semua.....

Mesti ramai yang dah berkunjung kat JUSCO kan... kalau pergi sekarang ni memang terasa kemeriahan macam bercuti kat negara salji jer masuk JUSCO dah tak macam masuk pasaraya.. lagi² kat ruang legar dia.. ade hiasan  snoworld globe, pokok krismas, patung² dan macam² lagi deko....

Kebetulan kami 3 beranak berkesempatan nak pergi, masa tu abang apis datang (abg apis tu panggilan amir, apis ni anak akak ipar)... saya kene jadi pengasuh/bibik sementara lah ni sebab mam dia kene rewang daripada boring.. kami bawaklah budak² ni pergi JUSCO...








Budak² ni kalau bawak berjalan memang sukekan... pergi masuk playground sampai xmoo keluar.. dah lapar barulah mereka nak keluar.. jenuh pujuk....

Selasa, 20 Disember 2011

STRaWBeRRY CeLuP CoKLaT VERSi MaSYa (^^,)



Assalamualaikummm Semua......

Terliur tak tengok gambar tu..... memang mengiurkan dah selamat pun masuk kat dalam mulut semuanya.... gambar ni dah ambil minggu lepas cume tak berkesempatan nak publish jer.... jangan mara....

Rupenya senang jer buat dia... masa tu saya balik keje penat sangat macam nak kudap sesuatu tibe² teringatkan strawberry ni ade beli hari tu.. masa tu tak pikir panjang terus buat.. kebetulan coklat pun ade kat rumah.. memang tercapailah hajat dihati ni nak makan strawberry coklat petang tu....

saya guna 3 ketul coklat ada lebihan yang lama nasib baik tak xpired date lagi+syrup gold sikit nak bagi manis dengan creamer campurkan semua dan kacau coklat sampai sebati cairkan guna 'double boiler' dah cair terus  celupkan strawberry nyumm².. dah boleh makan tak sempat nak cucuk kat lidi pun... ;p


Tanda² Yang Semakin Jelas


Ihsan Google


Assalamualaikummmm Semua......

Selamat pagi semua.... nampak tak tu gambar macam orang kesakitan gigi.. itulah yang kite rasa sekarang ni.. sebenarnya dah lama sakitnya, tapi.. sejak akhir² ni bertambah melarat lagi² lubang dekat gigi geraham tu semakin membesar.... nak pergi cabut takutt huhuhuhu.... maklumlah tak pernah cabut gigi.. dulu masa sekolah pun gigi memang dah goyang baru tercabut dengan sendirinya...

Ade tak ape² petua yang boleh digunakan untuk mengurangkan sakit gigi ni... selain daripada kena cabut dan makan ubat tahan sakit. Takut melarat pulak kegigi lain... badan pun dah mule rasa macam nak demam.. seram sejuk dibuanya... Keje dekat opis pun dah makin bertambah² bukan makin surut huhuhuhu....


Ahad, 18 Disember 2011

BiARLAH GAMBAR YANG BERCERITA

Assalamualaikum Semua......

Memulakan perjalanan daripada satu hentian kehentian yang lain memang indah, sampai tak terucap dan terungkap dengan kata².. panorama yang indah dengan kedinginan pagi.... angin bayu yang sejukkk...


















Akhirnya kami sampai kehentian simpang pulai pukul 5.00 petang.... hahahaha... memang sakan berjalan.... ape lagi semua pun berlarilah pergi toilet, lepas tu menjamu selera sebab masing² kelaparan.... dalam pada kami sedap menjamu selera tibe² ade orang jerit awie² hahahaha.. terkedu punye pasal tak sempat nak ambil gambar awie... tapi dapat tgk live dah oklah tu kan.......

Macam² pengalaman cuti kali ni semuanya dalam lipatan sejarah, daripada perjalanan pergi, mandi² kat tambun.. naik cameron, amir muntah, amir hilang.. sampailah akhirnya kami sampai jugak turun ke simpang pulai balik hihihihi..... (^____^)v bilelah agaknya dapat pergi langkawi pulakkan.. kumpul duitlah... nak bercuti kelangkawi pulak.. tapi tak taulah bilenya....

Sabtu, 17 Disember 2011

TiNGGaLKaN JeJAK SeBeLUM PeRGI

Assalamualaikummm Semua.....

Selamat pagi semua.... pagi ke.. matahari pun dah naik tegak berdiri hihihihi, kan best kalau kat sini pun sejuk macam suasana pagi kat CH hihihihi.... masih terasa² lagi kesejukkannya... pagi tu...

Ok semalam dah cerita pasal perjalanan dan akhirnya kami sampai dekat apartment yang dituju.. hari ini nak cerita pulak kami tinggalkan jejak sebelum pergi.. bunyi macam suspen jer kan....

Bangun pagi tu malasnya.... dengan suasana yang sejukk, masih berselubung dalam toto dengan selimut.. nasib baiklah aparment banyak sediakan kemudahan... Amir.. memang jenuhlah ibu nak pujuk soh mandi pagi tu.. sebab sejuk sangatkan.. jangan kata amir yang lain pun same jer... xmooo mandi...

Lebih kurang pukul 10.00 pagi semua pun siap berkemas... dan bersedia untuk keluar berjalan.... barang² semua masuk dalam kereta terus jadi tak payahlah balik apartment memang kami terus balik, tapi sebelum tu mestilah ade sesi bergambar² dulu kan.. hihihihi.... tak sempat nak ambil banyak pun.. mane yang sempat jer.. sebab nak keluar berjalan² nanti bolehlah possing sakan...








Dah macam bercuti kat luar negara jerkan.... padehal dalam malaysia jer lagi.... bile jumpa kamera itulah jadinya masing² possing.. amir suke sangat duduk kat luar tu.. padehal angin kat situ sejukk sangat.. risau ibu dibuatnya..

Turun daripada aparment kami sarapan di Tanah Rata, lepas sarapan pusing² lah kedai dekat² situ jalan kaki jer.. sebab hubby kate nak cari baju... oklah.. amir pun ikut ayah pusing².. ibu pun tgk baju² jugak.. tibe² x nampak kelibat amir.. jeng.. jengg.. jeng.. tanya hubby mane amir??? ntah tak tahu.. tadi ade kat sini... berhenti kejap jantung dibuatnya.. mane pulaklah amir ni... memang takut ibu dibuatnya.. maklumlah tak pernah lagi amir hilang kalau kami bawak pergi shopping... tibe²hubby jerit.. dah jumpe.. ni.. kat sini.. amir lari dekat ibu terus peluk kuat².. air mata amir jangan cakaplah bercucuran mengalahkan air hujan... ibu pun sebak dibuatnya.. nasibbaiklah tak apa².. kalau tak mau ibu meraungg.. membebel kejalah mulut ni kat hubby... geram pulakkan... lepas tu terus kami balik kat parking kereta.. tak jadi membeli huhuhuhu..... masa tu dalam kepala ni mulelah teringatkan kes budak² yang pernah hilang. Nauzubillah mintak dijauhkanlah naknya....

Jumaat, 16 Disember 2011

Perjalanan Ke Cameron HighLand

Assalamualaikumm Semua...

Sorry lambat publish cerita ini... agak kesibukkan sedikit huhuhu... kami memulakan perjalan ke Cameron daripada simpang pulai lebih kurang pukul 6.10ptg. Perjalanan yang sangat² mencabar kami.... menurut kawan saya yang selalu pergi kesana kalau daripada simpang pulai ni lebih kurang satu jam setengah sampailah kami... jalan pun dah ok taklah seteruk daripada tapah.

Mula² masuk jer tak nampak langsung signboard ke cameron, sampai kami ingatkan kami dah salah jalan... maklumlah tak pernah pergikan huhuhuhu... dalam perjalanan memang berselawat jerlah mulut ni.. bayangkan dekat puncak kami lalu jalan yang penuh kabus tebal, memang dugaan dan mengerikan... pengajarannya janganlah naik kepuncak cameron dah lewat petang, kami terpaksa dan tawakal jerlah dalam perjalanan.. sebab dah takde pilihan lain, kalau tempat tido kat ipoh tu cantik memang nak tido situ jer.. sebab tak cantik dan tak selesa tu yang kami ambil keputusan naik cameron petang tu jugak....

Lepas melalui kabus yang tebal barulah kami nampak perkataan selamat datang ke cameron kat sebelah kiri memang legalah rasanya akhirnya sampai jugak.. ingatkan dah dekat rupanya jauh lagi.. jalan pulak semakin pusing² tibe² saya dikejutkan dengan jeritan ditempat duduk belakang.. amir muntah.. amir muntah.. huhuhuhu... amir mabuk kot, dia baru minum susu lepas tu ulak jalan pusing² tu yang muntah agaknya... dugaan²....


masing² muka ceria jer dapat tempat selesa atas tilam tu.. tgk tu amir siap pegang remote tv sibuk nak tgk kartun 
kami masa ni tengah sibuk panskan lauk² nak makan sebab kelaparan (^^,)


Alhamdulillah memang rezki kami agaknya hubby call memang ade apartment kosong banyak kawasan cameron dan harga pun berpatutan dalam RM200.00 oklah tu kan dekat Brinchang. Apartment tu lebih kurang dan hampir sama macam kat sini memang puashati sesangat.. dan berbaloi² 3 family boleh tidur dekat apartment tu... lupelah apa nama penuh aparment tu.. sebab masing² dah penat kan.. cume terbayangkan tilam yang empukk jer....


 muka ceria+kelegaan akhirnya sampai kepuncak aparment... alhamdulillah syukur sangat²




hahaha.. Big boss lega dapat baring kat sofa empukk... suasana pun sejukk.. nak mandi semua menggigil



Akhirnya selesai satu part dah dapat rumah yang selesa.. memang kami tidur nyenyak sesangat malam tu.... memang terasa kesejukkan yang teramat sangatlah kat cameron highland tu.. sampaikan jenuh pujuk amir soh mandi, amir tak nak mandi.. nasib baiklah ade air panas.. barulah lega dah mandi baru selesa nak tidur....

Anak² buah pulak sambung turun pergi pasar kat bawah apartment tu jer.. memang besar sesangat² pasar tu.. macam pasar malam.. dia bukak daripada tengahari sampailah kemalam.... 

Ok nanti sambung cerita lagi tau.. ada part yang mendebarkan sesangat² esoknya masa kami berjalan untuk shopping sebelum balik huhuhuhu.. satu pengalaman, pengajaran yang sememangnya takkan dilupakan sampai bile².... sandarkan pada kenangan ;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...