♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 24 Disember 2011

Bercuti Lagi??? Percutian Yang Tak Disangka²..

Assalamualaikummm Semua.....

Selamat pagi dan selamat bercuti... post ni saya buat auto publish jer... sebab saya dah dalam perjalanan bercuti ke utara pulak kali ni... kemana yer.. jeng.. jengg.. jengg.....

Korang semua janganlah salah pahammm macam lah kite ni kaya sangat sampai 2 kali pergi bercuti sakan dalam sebulan. Sebenarnya kali ni cuti yang tak dijangka.... kami memang pernah rancang nak kesana tp tahun lepas.. dan tak dapat pergi pun tahun lepas huhuhuhuhu... atas sebab² yang tak dapat dielakkan dan kesibukkan jadual kami suami isteri hihihihi.....

Tibe² bapak mertua pulak ajak pergi cuti kesana kali ni, dah macam mimpi jadi nyatalah pulak. Lagi pun kan cuti 3 hari ialah sabtu, ahad, krismas.... walaupun sebenarnya kite kene kerja cuti ni.. tapi demi keluarga dan tak hampakan hubby yang teringin nak pergi kite pun pergi jugak.. yang penting family mestilah keutamaan dalam apa jua perkara kan.... amirlah orang yang paling suke sekali hihihihihi......


Gambar ihsan google jer....


Kami ke Penang, dah lama sangat tak pergi sana.. kali terakhir masa tingktan 5 dulu.. hahaha.. kan lama dah tu.. mesti banyak dah berubahkan... harap sangat dapat naik feri macam dalam gambar tu.... maklumlah dulu pergi sana tak dapat naik hihihi... ;p

Doakan semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat yer... (^___^)v
Nanti kalau sempat kite cerita percutian kesana...
Selamat Bercuti semua.... mesti korang pun pergi bercuti tempat yang menarik jugakkan....

Jumaat, 23 Disember 2011

GODAAN CALCiYUM

Assalamualaikummm Semua... (^__^)



Pernah makan calyium x?? kebetulan minggu lepas pergi segi depan rumah tu... amir merenggek² soh membeli cayium ni. Selalu tengok iklan calciyum ni.. memang menarik minat budak² nak makan.. dan pastinya ibu²lah jadi mangsa kene belikan... amir pun dah lama suarakan hasrat hati nak makan.. tapi ibu jer tak pernah nak membelikan.... bukannya tak nak belikan sebab tahu dia tak berapa minat makan berunsurkan yourget ni.. kalau air vitagen sustagen xpe.. bagilah berkoten² memang boleh dihabiskannya.... jadi hari tu ibu belikan dia 2 perisa satu strawberry dan anggur.




Siap baring² amir.. nak jugak masuk dalam gambar.. layankan jer.. sebab dia seronok sangat akhirnya ibu belikan calyium ni.. ibu siap pesan lagi sebelum belikan calyium ni.. kalau  dah beli nanti mesti makan semua.. mesti habiskan semua.. kalau tak.. lepas ni memang tak boleh beli lagi..... jangan nak membazir hihihihi... 
(ibu siap wat muka serius masa tu.. )



Penuh berselera amir nak makan.. sekali dia makan masam... jangan kata yang dalam gambar memang semua ibu kene habiskan sudahnya huhuhu.... ;p sambil bebel ibu kene habiskan tau..... ayah?? ayah jangan haraplah nak makan memang dia takkan makan bende² macam ni.....

Pengajarannya memang jangan haraplah ibu nak membelikan lagi calyium ni.. walaupun amir merengek² nak jugak...... memang kene umpan soh belikan bende lain jugak.... kalau tak membazir jer.... 


Khamis, 22 Disember 2011

KEUNiKAN WANG KERTAS MALAYSIA SERBA BAHARU


Ihsan gambar daripada Bank Negara Malaysia


Assalamualaikummm Semua.... (^__^)v

Unik x tengok gambar duit tu.. menarik sesangatkan.... Ciri-ciri unik yang paling ketara ialah corak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini (skema nyer ayat saya kan.... pinjam ayat bank negara ni hihihiii....). 

Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Tak sabar rasanya nak dapat pegang sendiri wang kertas yang baru ni....

Kalau tak silap wang kertas ni akan diedarkan pada suku tahun kedua 2012 maknanya bulan Julai 2012 nanti barulah dapat merasa pegang. Sekarang ni.. tengok jerlah dulu.... Bangga betul tengok wang kertas ni.. memang serba baharu.. antara yang ketara warna² dia memang menarikkan.. kan... kan...


Wang Kertas RM20 - Ihsan BNM

Cantikkan wang kertas RM20 diwujudkan semula... tapi kenapa BNM tak wujudkan RM2 balik yer... kalau ade kan best... ;p



Rabu, 21 Disember 2011

Kemeriahan Awal HARi KRiSMiS Di JUSCO

Assalamualaikumm Semua.....

Mesti ramai yang dah berkunjung kat JUSCO kan... kalau pergi sekarang ni memang terasa kemeriahan macam bercuti kat negara salji jer masuk JUSCO dah tak macam masuk pasaraya.. lagi² kat ruang legar dia.. ade hiasan  snoworld globe, pokok krismas, patung² dan macam² lagi deko....

Kebetulan kami 3 beranak berkesempatan nak pergi, masa tu abang apis datang (abg apis tu panggilan amir, apis ni anak akak ipar)... saya kene jadi pengasuh/bibik sementara lah ni sebab mam dia kene rewang daripada boring.. kami bawaklah budak² ni pergi JUSCO...








Budak² ni kalau bawak berjalan memang sukekan... pergi masuk playground sampai xmoo keluar.. dah lapar barulah mereka nak keluar.. jenuh pujuk....

Selasa, 20 Disember 2011

STRaWBeRRY CeLuP CoKLaT VERSi MaSYa (^^,)



Assalamualaikummm Semua......

Terliur tak tengok gambar tu..... memang mengiurkan dah selamat pun masuk kat dalam mulut semuanya.... gambar ni dah ambil minggu lepas cume tak berkesempatan nak publish jer.... jangan mara....

Rupenya senang jer buat dia... masa tu saya balik keje penat sangat macam nak kudap sesuatu tibe² teringatkan strawberry ni ade beli hari tu.. masa tu tak pikir panjang terus buat.. kebetulan coklat pun ade kat rumah.. memang tercapailah hajat dihati ni nak makan strawberry coklat petang tu....

saya guna 3 ketul coklat ada lebihan yang lama nasib baik tak xpired date lagi+syrup gold sikit nak bagi manis dengan creamer campurkan semua dan kacau coklat sampai sebati cairkan guna 'double boiler' dah cair terus  celupkan strawberry nyumm².. dah boleh makan tak sempat nak cucuk kat lidi pun... ;p


Tanda² Yang Semakin Jelas


Ihsan Google


Assalamualaikummmm Semua......

Selamat pagi semua.... nampak tak tu gambar macam orang kesakitan gigi.. itulah yang kite rasa sekarang ni.. sebenarnya dah lama sakitnya, tapi.. sejak akhir² ni bertambah melarat lagi² lubang dekat gigi geraham tu semakin membesar.... nak pergi cabut takutt huhuhuhu.... maklumlah tak pernah cabut gigi.. dulu masa sekolah pun gigi memang dah goyang baru tercabut dengan sendirinya...

Ade tak ape² petua yang boleh digunakan untuk mengurangkan sakit gigi ni... selain daripada kena cabut dan makan ubat tahan sakit. Takut melarat pulak kegigi lain... badan pun dah mule rasa macam nak demam.. seram sejuk dibuanya... Keje dekat opis pun dah makin bertambah² bukan makin surut huhuhuhu....


Ahad, 18 Disember 2011

BiARLAH GAMBAR YANG BERCERITA

Assalamualaikum Semua......

Memulakan perjalanan daripada satu hentian kehentian yang lain memang indah, sampai tak terucap dan terungkap dengan kata².. panorama yang indah dengan kedinginan pagi.... angin bayu yang sejukkk...


















Akhirnya kami sampai kehentian simpang pulai pukul 5.00 petang.... hahahaha... memang sakan berjalan.... ape lagi semua pun berlarilah pergi toilet, lepas tu menjamu selera sebab masing² kelaparan.... dalam pada kami sedap menjamu selera tibe² ade orang jerit awie² hahahaha.. terkedu punye pasal tak sempat nak ambil gambar awie... tapi dapat tgk live dah oklah tu kan.......

Macam² pengalaman cuti kali ni semuanya dalam lipatan sejarah, daripada perjalanan pergi, mandi² kat tambun.. naik cameron, amir muntah, amir hilang.. sampailah akhirnya kami sampai jugak turun ke simpang pulai balik hihihihi..... (^____^)v bilelah agaknya dapat pergi langkawi pulakkan.. kumpul duitlah... nak bercuti kelangkawi pulak.. tapi tak taulah bilenya....

Sabtu, 17 Disember 2011

TiNGGaLKaN JeJAK SeBeLUM PeRGI

Assalamualaikummm Semua.....

Selamat pagi semua.... pagi ke.. matahari pun dah naik tegak berdiri hihihihi, kan best kalau kat sini pun sejuk macam suasana pagi kat CH hihihihi.... masih terasa² lagi kesejukkannya... pagi tu...

Ok semalam dah cerita pasal perjalanan dan akhirnya kami sampai dekat apartment yang dituju.. hari ini nak cerita pulak kami tinggalkan jejak sebelum pergi.. bunyi macam suspen jer kan....

Bangun pagi tu malasnya.... dengan suasana yang sejukk, masih berselubung dalam toto dengan selimut.. nasib baiklah aparment banyak sediakan kemudahan... Amir.. memang jenuhlah ibu nak pujuk soh mandi pagi tu.. sebab sejuk sangatkan.. jangan kata amir yang lain pun same jer... xmooo mandi...

Lebih kurang pukul 10.00 pagi semua pun siap berkemas... dan bersedia untuk keluar berjalan.... barang² semua masuk dalam kereta terus jadi tak payahlah balik apartment memang kami terus balik, tapi sebelum tu mestilah ade sesi bergambar² dulu kan.. hihihihi.... tak sempat nak ambil banyak pun.. mane yang sempat jer.. sebab nak keluar berjalan² nanti bolehlah possing sakan...








Dah macam bercuti kat luar negara jerkan.... padehal dalam malaysia jer lagi.... bile jumpa kamera itulah jadinya masing² possing.. amir suke sangat duduk kat luar tu.. padehal angin kat situ sejukk sangat.. risau ibu dibuatnya..

Turun daripada aparment kami sarapan di Tanah Rata, lepas sarapan pusing² lah kedai dekat² situ jalan kaki jer.. sebab hubby kate nak cari baju... oklah.. amir pun ikut ayah pusing².. ibu pun tgk baju² jugak.. tibe² x nampak kelibat amir.. jeng.. jengg.. jeng.. tanya hubby mane amir??? ntah tak tahu.. tadi ade kat sini... berhenti kejap jantung dibuatnya.. mane pulaklah amir ni... memang takut ibu dibuatnya.. maklumlah tak pernah lagi amir hilang kalau kami bawak pergi shopping... tibe²hubby jerit.. dah jumpe.. ni.. kat sini.. amir lari dekat ibu terus peluk kuat².. air mata amir jangan cakaplah bercucuran mengalahkan air hujan... ibu pun sebak dibuatnya.. nasibbaiklah tak apa².. kalau tak mau ibu meraungg.. membebel kejalah mulut ni kat hubby... geram pulakkan... lepas tu terus kami balik kat parking kereta.. tak jadi membeli huhuhuhu..... masa tu dalam kepala ni mulelah teringatkan kes budak² yang pernah hilang. Nauzubillah mintak dijauhkanlah naknya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...