♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 6 Januari 2012

Ular Sawa Tumpang Lalu... Ngee~ ~ ~

Assalamualaikumm Semua....

Ngeri bile dengar mak cerita, cuak pun iyer jugak.... mak kate abah tengah buat keje sikit kat depan rumah tibe² ade kereta lalu perlahan jer.. lepas tu ade yang hon. abah rasa macam pelik jer... kenapa kereta yang lalu depan rumah ni asyik perlahan dan hon, rupenyer ade ular lalu.. ngee~~~

Ape lagi abah pun panggilah adik yg lelaki cari guni, buluh.. abah dengan beraninya pegang kepala ular sawa tu.. dan terus masukkan dalam guni... Beraninya abahkan.. dulu rumah kami pun pernah masuk ular.. saya sampai sekarang fobia.. sampaikan kalau lampu bilik tertutup ade tali pingang atas katil pun saya akan ingat itu ular huhuhuhuhu.....

Ular yang berjaya ditangkap.. besarkan.... 
Waktu siang elok jer dia melingkar tutup muka tau silau... pandai betul ular ni... kalau malam... mata ular ni terang.. bahaya.. adik suluh dengan lampu suluh cpt jer dia nak menyambarnya...

Abah kate soh  abang sepupu jualkan... mesti laku.. sementara tu rumah mak dah macam zoo pulak.
Iyerlah ramai yang datang nak tengok ular tu.... hihihihihi....




Amir muka dah cuak takut.. mau tak takut.. bahayakan.. diapun tak pernah tengok ular sawa besar dan dekat macam tu... (^__^)v


Khamis, 5 Januari 2012

DEDiKASi KHAS BUAT ADiKKU

Assalamualaikummm Semua.... (^___^)v

Alhamdulillah sentiasa bersyukur dengan Allah kerana dipanjangkan usia ini dan menikmati kehidupan yang bahagia di dunia.. moga kekal hingga keakhirat juga.

Yap hari ini 05.01.2012 hari khamis bersamaan dengan 11 Safar, hari ini ialah ulang tahun kelahiran adik perempuan yang no.2, betul² adik bawah saya.. sayakan anak sulung. Inilah satu²nya adik perempuan yang tinggal, adik yang ke-3 pun perempuan jugak tapi dah meninggal dunia kemalangan hampir 4 tahun yang lalu... maka tinggal kami berdua jerlah perempuan dalam family sekarang.

Kami panggil iza jer... dalam keluarga, dan mak cik amir ni selalu lah mengajar soh amir panggil dia acik iza.. xmoo panggil bibik (bibik ialah gelaran utk mak cik dlm bahasda jawa) sbb mak cik dia malu.. tp amir dah terbiaser mmg akan panggil bibik jugak hahahaha....


 Selamat hari lahir semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezki... sekejap jer kamu dah 27 thn kan... 
Gambar ini diambil masa majlis pertunangan adik saya, tembanya sayakan.... insyaallah kalau takde aral majlis dia akan berlangsung tahun ni..... semoga segala² akan berjalan dengan lancar amin... (^___^)v
Semoga menjadi isteri yang solehah kelak, dan hubungan kite tak berjauhan masih kekal seperti biasa walaupun dah ade family sendiri nanti...



Jangan tak tau sayalah bidang terjun yang kene mekapkan dia masa tu huhuhuhu..... cantik ker??? 
Main tepek² jer.... 


Makan DURiAN SUNGKAi

Assalamualaikumm Semua.....

Lepas balik daripada penang hari tu.. dalam perjalanan sebelum sampai ke rumah kami singgah Sungkai dulu.. makan durian dekat rumah kawan adik ipar, tapi sayang kami sampai dah petang sangat maka tak dapatlah nak makan kat tepi sungai dan buah durian pun dah hujung² jadi tak dapatlah nak merasa yang memang fresh baru bukakkan... yang ade buah durian yang dah disimpan dari peti sejuk, tapi... pulasan memang freshhh nyum²...



Hamboi berselera hubby dapat makan durian, hubby memang peminat No.1 durian. Dulu kite pun tak minat nak makan durian sangat kalau abah beli kami makanlah.. kalau tak beli takdelah menangis² nak makan hihihihi... ;p Tapi kalau hubby nampak durian jual kat tepi jalan dah terlajak pun dia sanggup pusing tau hihihihi...

Bile nak balik pulak kami dapat sorang satu tupperware tempoyak tau.. yeahhh.. yang ini saya suke.. hubbylah pulak tak suke makan tempoyak, jadi saya bahagi²lah kat mak,jiran² rumah² dan kawan² opis.. kalau dah satu tupperware besar sape pulak yang nak makan kat rumahkan huhuhuhu.....




 Sebelum masuk semula ke highway dari Sungkai ade orang jual durian pulak, hubby ajak berhenti nak memborong.. korang bayangkan satu bakul besar tu rm40.00 jer.. banyak pulak tu saya rasa lebih 30 biji buah durian dalam tu... Nasib baiklah kereta dah penuh kain baju... kalau tak mesti hubby nak beli satu bakul, sebab tak muat hubby beli separuh jer rm20.00 tu pun letak kat kereta akak ipar.... penuh bonet kereta pesona tu... kesian dema bau durian kereta gara² hubby nak jugak membeli durian tu.. memang keduri durianlah kami masa tu.. dari malam tu.. esok pagi sarapan.. petang sampai kemalam makan durian sampai jemu hahahahaha......

Sebelum memborong tu mereka bagi rasa memang puashati rasa isinya lemak berkrim, petai pun ade jual tau... kami beli petai dengan pulasan juga hihihihi....

Hubby kata lepas ni kalau musim durian dia nak datang sungkai semata² nak beli durian tu hadoiii.. penangan betullah....

psssttt.. psstt.... hari ini ade makan² percuma buah²an tempatan tau dekat opis daripada FAMA termasuklah durian, rambutan, mangis dan lain² kalau hubby tau mesti dia nak datang.. tapi ini untuk kakitangan jer... (^__^)v

Rabu, 4 Januari 2012

Sesekali Melayan FastFood

Assalamualaikummm Semua.... Dan Selamat Tengahari....

Lunch ape hari ni??? ade menu² special ke?? kalau duduk rumah mesti dapat masak menu specialkan, saya?? kat opis jer.. makan ape yang boleh dicapai kalau ade biskut.. makan biskut jerlah capai dalam laci tu.... tengahari memang jarang makan nasi.. sebab selalu sarapan pagi pun dah lambat dalam pukul 10.00 pagi memang terus ambil menu makanan berat.. jadi tengahari ambil menu ringan² jer.. kadang² tak makan pun... teruslah minum petang jer hihihihihi.... beli pisang goreng ke... keropok lekor ke.... tu pun dah kire ok (^__^)v


Cheese Wedges Kegemaranku... Baru semalam makan.. kalau dapat makan setiap hari pun tak kesahh...
oppssss.. tak elok untuk kesihatan kan... kawal nafsuuu... kawal.. hahahaha.....




Hari ini makan Prosperity Chicken ... Yang penting ade sundae strawberry barulah nyum² ......
Memang kekenyang sampai kemalam lah jawabnya ni.... 


Akhirnya Dapat Jugak Naik Feri - Last Part In Penang

Assalamualaikummm Semua..... Dan Selamat Pagi...

Ok kite sambung cerita akhirnya dapat jugak naik feri....



Ya nampak tak gambar feri tu... hahaha kebetulan pulak lalu.. masa kami dalam feri, jangan tak percaya.. saya tak tipu.. memang kami naik feri yang bawak kenderaan tu.. sebab masa masuk pulau dah naik jambatan.. masa balik seberang perai kami naiklah feri pulak barulah BESTTT dapat rasa dua² sekalikan.... memang pengalaman yang tak akan dilupakan... sebab dah lama berangan nak naik akhirnya dapat jugak naik.... (^__^)v



Akhirnya jumpa jugak signboard ni.. susah nak cari jugak jeti ni pusing².. nasib baik akak ipar sekeluarga dah biaser pergi jadi merekalah penunjuk arahnya jalan ke jeti ni.... ;p

Dah sampai jeti bukan terus dapat naik feri pun... kene tunggu dulu ikut giliran.. panas betul cuaca masa tu... nasib baiklah dah lepas makan.... sementara nak tunggu giliran masuk feri sempatlah ambil gambar pemandangan kanan kiri luar jeti tu.. tu pun dari dalam kerete jer... hihihihihi....









Yeahhhhh... akhirnya kami berjaya jugak masuk.. alhamdulillah 3 kereta sekali dapat masuk, risau jugak kot ade yang tercicirkan tak pasal jer... kene tunggu pulak kat jeti hihihihihihi....





Baru ibu tahu amir takut naik feri, mungkin sebab pertama kali kot... masa mula² nak naik tadi bukan main bersemangat lagi... hihihihi... ni jerlah gambar yang sempat ambil, lepas tu amir duduk dalam kerete jer.. hihihihi... penakut jugak anak ibu ni kan... ;p





Kebetulan ade feri lain lalu sempat jugak ambil gambar dekat tirai feri tu.. tapi gambar gelap pulak...
sebelum naik feri ni... kami pergi makan dulu dekat medan makan kawasan padang kota lama sebab masa tu pun dah tengah hari perut masing² dah berkeroncong.....



Muka anak-beranak yang kelaparan, keletihan dan menunggu makanan serta air yang tak kunjung tiba².. huhuhuhu.. macam special jer order tu padehal biaser².. jer. ;p



Inilah antara menu² yang diorder, mahal betullll huhuhuhu... itulah kali pertama dan terakhir kot pergi medan selera tu... bayangkan char kotiaw yang tak seberapa tu pun harganya sepinggan rm8.00 ngee~~~~ kalau dekat rumah kami dah boleh dapat 2 pinggan hihihi.... ;p hubby siap cakap tak sedapplangsung.. dan memang langsung dia tak makan pun.. cian dia.. dah lah tunggu lama...

Lepas keluar jeti barulah kami beli jeruk² bekalan untuk bawak balik kampung, lepas tu hantar anak buah balik rumah sewa.. dan terus kami sambung perjalanan balik... dalam perjalanan balik kami singgah Sungkai Makan Durian.... Sukelah hubby sebab dapat makan durian percuma dekat rumah kawan adik ipar, nanti saya cerita yer...

Bye².. selamat memulakan tungas...

Selasa, 3 Januari 2012

Percutian Ke Penang - Part 2

Assalamualaikummm Semua.... dan Selamat Pagi....

Mesti ramai yang tengah mencari mood nak kerjakan, maklumlah cuti dah lama.. tak kurang jugak yang masih sambung cuti sebab hantar anak nak masuk sekolah hari ni....

Entry blog saya masih lagi sambungan mengenai cuti hahahaha.. layan.. jangan mara... ni antara gambar² tempat yang kami pergi kat sana, Bukit Bendera tak dapat pergi.. huhuhuhuhu... orang ramai sesangat takde tempat nak parking kereta, kesudahannya pergi tempat lain....

 Suke sangat gambar ni so sweet...




 Gambar kami bertiga di Balik Pulau.... susahnya amir nak pandang kamera


 Amir pun nak menyelit jugak.... hihihihihi


Bincang destinasi kemana untuk hari esokkk... ;p sebelum balik hotel, sebab masing² dah kepenatan

Malam cadangnya nak pergi Expo kat Penang, betul² Depan Hotel kami duduk, tapi sayang jalan jem teruk orang ramai sangat. Semua pun dah penant jadi malam tu semua tido awal hihihihihi... ;p

Pagi² lepas sarapan dah bergerak nak ke bukit Bendera, mak aii... ramainya orang.. memang takde tempat parking.. jalan pun jem jugak.. sudahnya kami tengok kura² jer... ade satu Tokong Budhha Besar kat kawasan situ memang terkenal dengan kura² ni.. banyak sangat tau... kami pun singgah tengok.





Banyakkan kura²nya.. ade jugak yang bagi makan kangkung.. tapi amir tengok jer... (^__^)v.


Nanti kite sambung cerita pengalaman pertama kali naik feri pulak yer.. tunggu.. kalau sempat publish hari ni.. kalau tak sempat esok jer.. ;p

Isnin, 2 Januari 2012

Percutian Ke Penang - Part 1

Assalamualaikumm Semua.....

Alhamdulillah dipanjangkan usia... dan berharap moga sentiasa dimurahkan rezki dan diberkati hidup ini.... amin.Tengok tajuk kali ni ade part² pulak... jadi mesti banyak yang nak diceritakan.. walaupun sebenarnya tak banyak mana, cukuplah sekadar memori yang cukup indah bersama keluarga hihihihi.....

Sungguh tak sangka itulah namanya rezki dalam sebulan boleh pergi 2 tempat percutian, memang sejarahlah... dalam pada sibuk² kat opis tu sempat jugak pergi bercuti dan menggunakan kesempatan yang ada.

Sebenarnya ke Penang ni bapak mertua yang ajak dan kebetulan pulak anak buah suami ade belajar kat Politeknik sana.. jadi hantar dia balik rumah sewa sekali. Pagi tu kami memulakan perjalanan seawal jam 4.30pagi tau... kami pergi 3 kereta je konvoi reramai barulah bestt... malam tu tidur rumah akak ipar kat batu belah, bukan apa tido sane sebab nak gerak sama seawal pagi, time kasih mira sekeluarga bagi tumpang tido dan layan kerenah amir hihihihi.... hubby dah tido awal maklum ar nak kene drive jauhkan... pukul 3 pagi dah bangun masak lauk.. semua² lauk pun akak yang masak saya goreng² kuih jer.. untuk kudapan biaserlah jalan jauhkan...


 Amirlah paling happy.. possing² dalam kete lepas bangun tido dah hensem mandi kat R&R, maklum jerlah perjalanan seawal pagi memang amir tak mandilahkan... bukan tak mandi jer.. tak bangun lagi pun.. kami dukung jer masuk kerete. hihihihi...

Tapi mood amir cuti kali ni terawang² asyik nak majuk jer.. moody tak tentu pasal huhuhuhu.. sekejap menangis, xmoo makanlah... nak dukunglah.. hadoii tak larat nak dukung tau dah 20kg berat dia. Sampai naik pening ibu dibuatnya, mungkin sebab jalan jauh sangat kot dia penat.

Perjalanan yang sangatlah jauh dan banyak jugak perhentian kami singgah hihihihi antaranya Tapah dan sungai Perak dan setiap kali hentian memang lamalah adelah dekat 1 jam, bapak mertua pun tak kisah sangat ialah jalan jauhkan pemanduan pun letih, kalau pemandu amator takpe jugak kikikikiki........


 Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga, nampak tak tu inilah jambatan pulau pinang.. memang panjang dan sepanjang perjalanan tu mulut amir asyik mengomel jer...


Sempat jugak snap pict ni.. dipenghujung jambatan, kamera biaser jer.. bukan amator kalau DSLR mesti cantikkan kan.. kan.. ;p bilelah boleh dapatkan memang tak mampulah buat masa ni harga dia pun beriban².

Ok nanti free kite sambung publish cerita lagi yer.... (^__^)v 

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikumm Semua....

Entery Pertama tahun baru.... Hari ini cuti kan.. hari ahad, jadi entery ini dah semestinyalah auto publish.. tuan tanah pergi berjimba² kenduri kawin dan macam² lagi aktiviti yang perlu dilakukan sempena tahun baru ni...



Semoga apa yang diimpikan akan tercapai ditahun baru ini.... sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri kami sekeluarga.... dan sentiasa dilidungi dan dirahmati Alah s.w.t semoga impian tahun 2011 untuk memberi amir adik akan tertunai pada tahun 2012, Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...