♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 2 Januari 2012

Home » , » Percutian Ke Penang - Part 1

Percutian Ke Penang - Part 1

Assalamualaikumm Semua.....

Alhamdulillah dipanjangkan usia... dan berharap moga sentiasa dimurahkan rezki dan diberkati hidup ini.... amin.Tengok tajuk kali ni ade part² pulak... jadi mesti banyak yang nak diceritakan.. walaupun sebenarnya tak banyak mana, cukuplah sekadar memori yang cukup indah bersama keluarga hihihihi.....

Sungguh tak sangka itulah namanya rezki dalam sebulan boleh pergi 2 tempat percutian, memang sejarahlah... dalam pada sibuk² kat opis tu sempat jugak pergi bercuti dan menggunakan kesempatan yang ada.

Sebenarnya ke Penang ni bapak mertua yang ajak dan kebetulan pulak anak buah suami ade belajar kat Politeknik sana.. jadi hantar dia balik rumah sewa sekali. Pagi tu kami memulakan perjalanan seawal jam 4.30pagi tau... kami pergi 3 kereta je konvoi reramai barulah bestt... malam tu tidur rumah akak ipar kat batu belah, bukan apa tido sane sebab nak gerak sama seawal pagi, time kasih mira sekeluarga bagi tumpang tido dan layan kerenah amir hihihihi.... hubby dah tido awal maklum ar nak kene drive jauhkan... pukul 3 pagi dah bangun masak lauk.. semua² lauk pun akak yang masak saya goreng² kuih jer.. untuk kudapan biaserlah jalan jauhkan...


 Amirlah paling happy.. possing² dalam kete lepas bangun tido dah hensem mandi kat R&R, maklum jerlah perjalanan seawal pagi memang amir tak mandilahkan... bukan tak mandi jer.. tak bangun lagi pun.. kami dukung jer masuk kerete. hihihihi...

Tapi mood amir cuti kali ni terawang² asyik nak majuk jer.. moody tak tentu pasal huhuhuhu.. sekejap menangis, xmoo makanlah... nak dukunglah.. hadoii tak larat nak dukung tau dah 20kg berat dia. Sampai naik pening ibu dibuatnya, mungkin sebab jalan jauh sangat kot dia penat.

Perjalanan yang sangatlah jauh dan banyak jugak perhentian kami singgah hihihihi antaranya Tapah dan sungai Perak dan setiap kali hentian memang lamalah adelah dekat 1 jam, bapak mertua pun tak kisah sangat ialah jalan jauhkan pemanduan pun letih, kalau pemandu amator takpe jugak kikikikiki........


 Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga, nampak tak tu inilah jambatan pulau pinang.. memang panjang dan sepanjang perjalanan tu mulut amir asyik mengomel jer...


Sempat jugak snap pict ni.. dipenghujung jambatan, kamera biaser jer.. bukan amator kalau DSLR mesti cantikkan kan.. kan.. ;p bilelah boleh dapatkan memang tak mampulah buat masa ni harga dia pun beriban².

Ok nanti free kite sambung publish cerita lagi yer.... (^__^)v 

4 ulasan:

LYAfrina berkata...

bestnyerrrrrrrr... smpai penang..

AdaM Hawa berkata...

tahun ni destinasi ke pantai timur plak ke.. hehehehe..

Puan Kutu berkata...

wah jambatan..keke

QasehnyaRania berkata...

kabus pon masih ada..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...