Salam pagi isnin, alhamdulillah.. dipanjangkan umur dan masih lagi duduk ditempat biaser untuk mencari rezeki... ditemani.. secawan milo dan biskut kering hup seng.. itu jer yang ada dalam laci ni... hihihihi....
Tibe² mood pagi ni nak cerita erti segulung ijazah, bukan bermaksud apa² pun.. cuma agak terkesan sikit jauh disudut dalam hati ini.... semalam masa pergi kenduri rumah saudara mara.. biaserlahkan hujung minggu ni jemputan memang ada jer...
Sedang ingin menjamu selera.. (wah. ayat x boleh blah).. tibe² ada yang menegur.. lama tak nampak?? kerja mana? duduk mana?? buat apa sekarang??? anak dah berapa orang??? ngee~~ tang anak berapa ni yang tak berapa berkenan bile orang tanya.. (nanti buat entry pasal tu lah pulak) - ayat berbasi² bile bertemu saudara mara yang dah lama tak berjumpa... saya pun jawab dengan selamba dan muka tak bersalah... kebetulan dia tanya hubby... jugak.. borak dan borak.. tibe² tanya kat saya balik.. 'kamu tak nak sambung belajar lagi ker???' errkkk.... macam nak tercekik tulang ayam yang tengahku ratah.. tanpa jawab saya bagi senyuman kelat jer.. ;p
Didalam hati ini hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu.. betapa niat dihati berkobar² untuk sambung belajar.. apekan daya.. kudrat seorang wanita dan isteri... adakala memikirkan lebih 1000 kali, sedangkan ayah belajar dihujung minggu pun amir merenggek²... kalau boleh tak bagi ayah pergi kelas.. nak pergi jalan².. inikan pulak ibu yang yang sambung belajar.. mau amir duduk kampung dah takmoo balik rumah uwarrrrrrrrrrrr takkan masa tu baru ibu nak meraungkan.. ohhh tidakkk rasanya.... iyerlah dah kalau isnin-jumaat saya bekerja.. sabtu-ahad saya belajar.. bile masa pulak nak bersama anak kan.. kan.. kan.. kalau boleh masa anak kecik nilah nak bagi sepenuh masa kat dia.. takmoo tertinggal satu pun momentooommm indah dengan dia tau...
Apa pun cukuplah dan bersyukur diatas kurniaan yang telah Allah s.w.t berikan.. walaupun tanpa segulung ijazah. saya dapat berkerja ditempat yang selesa.. dapat membantu meringankan beban ayah dikampung... dan menampung sedikit perbelanjaan buat adik² yang masih belajar.. walaupun saya sendiri dah ada keluarga.. moga diri ini sentiasa dimurahkan rezki.. serta tidak tamak.. biarlah orang nak kata saya ni kolot... takut² apa yang dikejar tak dapat.. yang dikendong keciciran. (^__^)v takkan masa tu baru saya nak menyesal... tapi.. kalau dapat peluang sambung belajar bergaji penuhkan best.. (ade ker macam tu.. bengkrap company ooo..)
Moga² suatu hari nanti.. Amir dapatlah mengenggam ijazah, walapun ibu tak dapat ijazah kan.. selalu bagi semangat kat Amir supaya belajar rajin².. jadi pandai, jadi anak yang soleh.. takmoo melawan cakap ibu, ayah... lagi² bile dia asyik bertanya.. kenapa ayah belajar lagi.. ayahkan dah besar dah tua hihihihi.... kenapa ayah dengan ibu bekerja.. kadang² susah jugak nak cari jawapan yang sesuai.. supaya dia dapat memahaminya.. maklumlah budak² takkan kite nak menipu.. mencari jawapan yang sesuai dan lebih logik adalah yang terbaik...
Mintak maaf semua entry syahdu sikit pagi isnin ni... ada yang mengalirkan air mata ker?? takde kann.. kan... ok² yer.. take care... nanti sambung publish entry lagi kalau sempat.. kat draft tu kemain banyak hahahaha....