Cerekarama - Jujur Aku Dayus
Gambar ihsan google jer....
Korang tengok tak cerekarama sabtu malam ahad baru² ni.... Sinopsis dia lebih kurang mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Kemudian Edree pergi Ke Jepun atas urusan kerja tapi isterianya tak ikut. Suatu hari, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah Edree kemalangan dan dia koma.
Lakonan: Nora Danish, Beto Kusyairy, Zul Ariffin, Irma Hasmie, Rozie Rashid dan Hafizuddin.
Berkobar² dalam hati ni nak tengok.. maklumlah Nora Danish yang berlakonkan... walaupun tak minat kat dia sangat.. tp sejak dia berlakon kat cerita AKASIA 'Tengtang Dhia' baru² ni yang meletop² tu.. terkesan jugak.. macam nak tengok cerita ni lagi² cantik jer tengok dia bertudung so sweeetttt hihihihi..... suspen jer jalan cerita jujur aku dayus ni slow jer... buat kite tertunggu² kenapa Edree ni benci sangat kat isteri dia?
Banyak persoalan masa dalam jalan cerita dengan kemunculan Aisha yang mengandung, mula² dok teka juga Aisha ni isteri kedua kot sebab Lisa tak nak ikut ke Jepun. Maklumlah dia muncul pun lepas si Edree tu koma...
Lepas balik hospital jer Edree tu berubah, Kenapa yer Edree benci sangat dengan Lisa? Yang kite ni menonton dah tak reti duduk diam.. asyik membebel jer.. kenapalah cerita ni lambatnya... siap tengok jam mata dah mengantuk, nak tak nak kenelah jugak tunggu sampai habiskan hihihihihi...... macam suspen jer kan...Lagi² bila Aisha kata jubah dan tudung tak dapat nak menutup hati yang kotor ngee~~~ lagi la duk pikir Nora Danish curang.. Sebab dari awal cerita Lisa ni dulu bukan wanita baik pun, duk teka jugak mungkin Lisa ni kembali liar dan curang..teka semua tak kena..:)
Kemuncak dalam cerita ni apabila tiba masa Edree bersemuka dengan bapa mertua dan isterinya masa nak menjatuhkan talak tu.. memang suspen lah..
Awak dah tahu? Lisa tanya Edree
Edree tanya balik Lisa, “Awak dah tahu”? aishhh cerita ni sasupen memanjang hahah!!
bapa mertua Ed pun tanya pulak , apa yang dia tak tahu, apa yang diorang tahu? Soalan dijawab dgn soalan?
Akhirnya kepenatan menunggu jawapan apa sebab Edree bersikap dingin dengan Lisa dan berkelakuan kurang ajar melampau-lampau kat Lisa terjawab jugak.. rupanya apa yang suami dia nampak tu adalah salah paham.. yang sebenanya isterinya (nora danish) kene rogol dengan lelaki (lakonan Zul Ariffin) yang suami dia nampak tidur kat katil tu huhuhuhu.. haru betullah... salah paham rupanya.. Edree ingatkan isteri dia dah curang.
Pengajaran dari drama Jujur Aku Dayus ni..isteri kena taat pada suami, minta izin suami kalau nak keluar mana² terutama bile suami takde bersama disisi kan kan (peringatan buat diri sendiri jugak tu)..
Lisa pun kata dia tak patut keluar dengan lelaki lain..bila keluar dengan lelaki lain musibah telah melanda dirinya, hingga rumahtangga yang dibina hancur, keluar dengan lelaki lain tu menimbulkan fitnah..
Nasib baik rumah tangga mereka dapat diselamatkan apabila kebenaran akhirnya berpihak kepada orang yang jujur.. kan... nasib baiklah cerita ni HAPPY ENDING. Kalau sedih ade yang meninggal pulak kan haru.. kot lah ayah dia pulak meninggalkan masa dengar Edree nak ceraikan isteri dia.. nasib baik ayah dia elok jer.. berdiri cuma terkejut kikikiki... ;p Berjujuran air mata ni turun hihihihi.. habis dah kalau Lisa (isteri Edree) tu keluarkan air mata macam air paip memang syahdu rasanya masa nak ending cerita tu... maunya air mata ni tak mengalir jugak.
Banyak sangat pengajaran dalam cerita ini kan.. mintak dijauhkan daripada berlaku kat diri ini... maklum jerlah dalam dunia yang moden ni.. macam² orang boleh buat kat kitekan.. tanpa kite sedar.. terutama yang tak suke tengok kebahagiaan kite (^__^)v