Assalamualaikum Semua....
Selamat pagi semua... pagi ni saya nak kongsi sikit petua dengan kawan² semua.. buat diri sendiri jugak... ape salahnya dikongsi bersama kan.. kan... petua bagi pasangan yang sukar untuk hamil dan masih berusaha.
Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga :
“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”
Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:
“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”
Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah s.w.t. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah s.w.t serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah s.w.t tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.
Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;
“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”
Kepada yang ada fikir macam tu, ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya.USAHA TANGGA KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia tampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.
Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul. Serta anda kena amal dengan istiqamah (secara berterusan, bukan sekejap buat, sekejap tak buat).
Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.
Terima kasih kongsi perkara ni Blog kokoadik.blogspot.com a.k.a mama amana & arief sbb sudi kongsi.
Ibu bersyukur dengan kelahiran amir.. selama hampir setahun lebih melayari bahtera perkahwinan barulah ibu disahkan hamil dan hadirnya putera ibu yang amat ibu kasihi.. Muhammad Amir Hazim Bin Masnizam
Apa jua yang berlaku pasti ada hikmah dan aturan yang telah ditentukan... redhalah dengan apa jua yang telah diaturkan begitu cantik oleh Allah s.w.t. moga diri ini sentiasa tidak mudah lupa diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan olehnya.. sebagai hambanya yang lemah.
Jomlah Join GA Craft N Crochet











