♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 17 Oktober 2012

Senyum , Menangis , Gembira , Syukur

   
Hanya mereka yang merasainya yang mengetahui ...... percayalah bile panas belum tentu sampai kepetang ade hujan ditengahari .. pastinya ade pelangi yang akan muncul kemudiannya.. tapi kalau hujan ribut puting beliung .. tak tau lah... sampah sarap jerlahhh yang bertaburan kot ;p....  

Bicara Hati : (^______^)v

Rezeki Sekeluarga

  





Bicara Hati : Alhamdulillah ahirnya ade juga rezeki kami nak merasa shopping bonus daripada yawas ni ...















Selasa, 16 Oktober 2012

Calon Masterchef yang tercicir

  


Hihihihihihihi .. tajuk tak menahan.....
Bantai gelak jerlah yer.....
Mesti korang tertanya²kan sapelah calon yang tercicir tu .....

Jangan nak buat muka pelik sangat yer... saya acah jerlah... 

Oklah ni kisah petang semalam ....
semalamkan seharian tak masuk opis, penat sangat tau ade nak kene hadiri taklimat kat luar ni... tapi takpe.. makan free okkkk² suke....
Jadi bile dah penat mood memang kelaut ke sungai lah nak masakkannnn kann....
jadi lepas amik amir kat tadika semalam saya singgah gerai tepi jalan dekat dengan sekolah amir beli laksa bungkus dan ABC (^____^)v kunun² menu makan malam lah tu.. sebab mak mertua ade bagi sukun ahad tu.. so bolehlah goreng.....

Balik rumah pun bagi tau hubby hari makan sukun goreng jer yer.. dengan laksa.... ke.. ayah dah makan???? dok senggih².. tak jawab pun saya tanye dah makan belum errrmmmmm.....

Sekali pergi dapur nak masukkan laksa kat pinggan, ternampak kuali bertutup macam ade sisa makan kat keliling..... jeng.. jengg.. jengg... ayah masak ker??? hahahaha... owwhhhhhhh... suprise ehhh...... patutlah tanye tak jawab dok senggih²......
 
Jom tengok bawah supriseee...... hubby masak (memang jarang² berlaku hokeyyyyy .... takpelah takde deko² macam masterchef, dah masak pun dah cukup baik)

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


Nasi goreng special katanya.....
semua rencah dalam peti sejuk dimasukkan ayam cincang, udang, sayur campur hihihihihihi
rasa???? okkklah tak pedas sebab ayah masak ikut citarasa amir kot (tapi amir takmoo makan dah kenyang cian ayah) saya pun makan paksa²kan diri.. sebab nak makan laksa hihihihihihi .....



Bicara Hati : Ayah jangan majuk tau.. hari ni masaklah lagi.. mesti ibu habiskan ....








Kata - kata semangat buat diri sendiri

  

Saya kongsikan kata² semangat ini pada hari ini buat diri saya sendiri dan juga kawan² yang membacanya.....
Saya juga kongsikan di FB (^___^)v

 Memberi maaf pada orang lain yang buat kesalahan, walaupun ianya sukar dilakukan tapi insyaallah boleh... janji ikhlas dan mengambil masa.....


 Insyaallah.. bermohonlah dan berdoalah.... moga Allah memperbaiki diri kita setiap masa


Insyaallah... kalau kita sentiasa berbuat baik... orang lain juga akan berbuat baik pada kita (^____^)v amin...



Bicara Hati : Semua orang pernah melakukan kesilapan, tapi percayalah ... jangan kite mudah menghukum insan lain yang melakukan kesalahan..... biarlah allah itu maha mengetahui segala²nya...







Isnin, 15 Oktober 2012

Doa elak sifat pemalas dalam diri

    


Bile dah lama bercuti mesti mood nak bekerja tu kelautkan... hari isnin macam ni takmoo malas².. semangat² ehh.... baca doa ni insyaallah... tak malas .. tak blues.....


 Saya siap print tampal depan pc hihihihihi......


Bicara Hati : Hari ni seharian tiada kat pejabat, ade kerja kat luar yang perlu disiapkan... entry ni autopublish...


Ahad, 14 Oktober 2012

Tuan Putera mahu berendam sepuasnya

  


Sila jangan ganggu ... kalau boleh itulah yang digantungnya kat kawasan dia main air tu... tak moo bagi sape-sape kacoo dia berendam depan rumah tu huhuhuhuhu.....

Dah lame di idam-idamkan... baru sekarang dapat main sendiri kat rumah hihihihihi.... sebelum ni tak pernah beli pun selalu dok numpang sepupu punyer.. tak pun main dengan anak-anak jiran lain (yang dekat sebelah menyebelah jer.. yang jauh ibu tak bagi)


 Kebtulan ade promosi dekat tesco 2 minggu sudah kot...
ibu belikanlah untuk amir RM 16.00 rasanya .. tak hinggatlh bape....
Oklah tengok size sedang elok letak kat depan rumah tu...


 
Memula jer mandi sorang .... anak jiran dengar amir jerit-jerit dok buat kuat lentang,  segala kuak.. jalan itik bagai... dia orang pun joinlah amir sekali .... dah berendam takmoo naiklah pulak....


Berendamlah puas-puas yer.... dah merasa juga bawak balik kg minggu lepas, berendam kat kampung dengan anak-anak akak sepupu .... nak harap per waterpark mase ayah bz ni jangan diharaplah... tunggu ayah free kite pg goaldcost morib lah yer... (itu jer yang dekat dengan rumah.. tu pun tak pergi-pergi hihihihihihi)



Bicara Hati : yeahhhh dapat baucer TAWAS, nak pergi shopping.. (belanja berhemah yerrr..)



Sabtu, 13 Oktober 2012

Sarapan Berkhasiat

     


Hari hujung minggu hari yang ditunggu-tunggu, ayah ade kelas, ibu cuti ... cuti kerja opis jer.. kerja rumah haruslah banyak yang hendak disiapkan hihihihihi ... (^___^)v


Sejak dah sekolah ni selera sarapan amir banyak yang berubah, mungkin dari segi peringkat umur pun iyer juga.... dia tak suke yang nasi atau makan berat lagipun sekolah akan bagi makan dalam pukul 9 lebih, kalau nak ketadika memang ibu belikan donut siap-siap 2 ketul, air pulak air teh amir siap pesan nak masukkan dalam botol ( kalau tak tadika dulu tak pernah lah ibu masukkan air teh dalam botol memang minum kat cawan jer....)


Minggu lepas masa balik kampung mak suap anak akak sepupu dengan nestum baby.. sibuklah amir dok menebeng nak jugak.... sudahnya mak bagilah baby besoooo tu sesudu.. haihhh dah rasa nak lagi.. siap pesan soh belikan lah pulak, ape halnya dah besar-besar nak makan nestum baby saboo jerlahh.....


2 3 hari ni dok pesanlah kat ibu soh belikan nestum tu.. tapi.. takkan lah saya nak belikan pulakkan... sudahnya saya belikan lah nestum macam ni.. jeng-jeng.... lihat gambar di bawahhhhhhh ....


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


  
Inilah sarapan berkhasiat tu ....
tengok tanda harga pun tak buang lagi ..
beli pek ekonomi jer... RM 2.75
pek percubaan, rasanya ni makan 3 beranak seminggu .. sebulan pun belum tentu habis.


Pertama kali ibu bancuh dalam mangkuk tau....
selalu nestum gini bancuh dalam cawan jer kat opis ...
Bancuh gaya gini .. amir kata.. amir nak yang macam baby makan dalam mangkuk (^___^)v
Bicara Hati : Lepas kenyang makan tuan putera pergi berendam kat depan rumah dalam kolam hihihihihi ....
 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Fenomena hujan lebat luar biasa bakal berlaku di Klang

 
 
 
 Gambar daripada FB
 
 
 
KLANG: Penduduk Klang dan Pelabuhan Klang dinasihatkan bersedia berikutan kedatangan fenomena ‘Astronomical Tide’ yang membawa hujan lebat luar biasa yang dijangka melanda kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri berkata, fenomena yang menyebabkan perubahan cuaca itu dijangka berlaku bermula 15 hingga 18 Oktober ini.

“Fenomena ini dijangka mengakibatkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah hingga 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.

“Sehubungan itu, penduduk diingatkan supaya berwaspada dan membuat persiapan awal. Pada masa sama mereka juga dinasihatkan memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir yang bakal berlaku itu,” katanya.

Beliau berkata, kawasan bandar Klang berada di kawasan rendah dan berisiko kepada banjir. Katanya, MPK akan melakukan pemantauan dan persiapan rapi bagi menghadapi fenomena berkenaan.

Beliau berkata, setiap jabatan yang bertanggungjawab juga sudah bersiap sedia dengan kepakaran masing-masing bagi menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku nanti.

“Penduduk juga perlu memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan di tempat masing-masing termasuk menyelenggara longkang secara sistematik supaya bebas daripada masalah longkang tersumbat akibat 
sampah,” katanya. 

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1 800 88 23626 atau 03-33716044, 03-33714404 jika berlaku sebarang kejadian kecemasan berhubung fenomena ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10
Sumber : myMetro.com.my



Bicara Hati : Minggu depanlah yer .... Ya Allah lindungilah kami ...



 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...