♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 20 Disember 2012

Destinasi cinta pertama : Ladang Teh BOH

  
Sambung balik kisah semalam lepas kami dah berehat dan teruskan perjalanan ke Tanah Rata pulak, 
Sentiasa terbayang² keindahan ladang teh (mengigau jer tak.. termimpi² jer) ... maklumlah pergi cameron yang dulu tak dapat singgah satu ladang teh pun huhuhuhu, hubby punyerlah nak tunaikan permintaan isteri ni sampai² ke Tanah Rata jer jumpe singboard Ladang Teh Boh teruslah di terjahnya... memule tak perasan ingatkan hubby nak kemana.. jalan makin lama makin kecik.. pusing sana.. berliku sana .. berliku sini ... memanglah curam nak naik kepuncak tau.... siap ade papan tanda kat kawasan selikuh sila bunyikan hon menandakan ada kereta lain nak lalu.. bagi elakkan bertembung.
Pemandangan yang sangat indah ....
Dah mulelah dok terbayangkan Ladang teh boh macam kat cerita ombak rindu tapi rupenya yang kami pergi ni bukan ladang teh tu.. yang tu kat sungai palas.. lepas kea farm kalau tak salah (kalau salah bagi tahu yer...). Alaaa.... takpelah tak dapat pergi yang kat situ pun yang ni pun dah okk ladang teh boh jugakk hahahahaha.... (padehal bancuh teh O suke teh lipton). Nak cerita lebih² pun tak tahu sangat.. tempat yang ni biasa² jer.. ade jugak kilang dan kedai tea macam cafe bolehlah minum dan nak beli ole² untuk dibawa balik semua pun Teh Boh.
Masing² dah pancit daki separuh puncak jer... hihihihihi ....
Tapi saya, amir, abah dan anak² buah hubby sampai puncak yeahhh...

Keterujaan terasa dibuatnya... sekali sampai puncak alamak!!! kene naik tanggalah pulak menyusur ke ladang teh tu... Tak sangka ramai jugak orang.. tapi agak ngerilah juga nak mendaki bejalan ni lagi² masa berselisih.. dah lama tak mendaki lah katekan.. dah tak pasal amir takmoo naik sendiri mintak dukung pulak.. hubby pancit, atuk sambung amik alih hihihihihi... sampai jugaklah kat puncak tu... angin sepoi² terasa.... kat puncak takde apepun... tapi dapat tengoklah pemandangan ladang teh yang cantik menghijau.


  
Abah mendaki dengan penuh bergaya.. anak ni gayat nak amik gambar .. sudahnya gambar jadi gini hihihihihihi .... cantik juga...





Bicara Hati : Lepas keladang ni kami singah kawasan madu lebah, tapi saya tak turun dah mule gerimis amir pulak ngadu dah lapar .. dia penat katanya.. jadi.. kami dua beranak dalam kereta jer...




Rabu, 19 Disember 2012

Singah di Hutan Lipur Air Terjun

  


Alhamdulillah akhirnya niat dihati di makbul oleh Allah nak bawak mak dengan abah pergi bercuti. Masih lagi dalam malaysia.... walaupun bukan percutian yang lama tapi cukup buat mak dengan abah gembira, tq hubby sebab realisasikan dan sudi bawak kami hihihihihihi ..... mau senyum lebar (^_____________^)v


Percutian kami ke Perak lagi hihihii... walaupun tahun lepas dah kesana juga.... Perjalanan kali ni hubby saja pilih naik daripada Tapah, sebab sebelum ni kami pernah pergi Cameron naik daripada Simpang Pulai.... Kirenya ni kali kedua saya pergi Cameron Highland... jadi mood kesana tu takdelah teruja sangat biasa² jer.. lebih teruja tengak mak seronok sangat hihihihihihihi... tangan ni pun ape lagi pantas jer lah klik² zom zaz zom zaz kalah paparazi hihihihihi.....


Hampir separuh perjalanan (separuh ker? suku) kami singah di Air Terjun Lata Iskandar, singgah jer.. tak mandi pun.. motip rehatkan diri buat drive² lepas melalui jalan-jalan yang berliku...& cuci mata, kami pergi 2 kereta, adik saya tak dapat ikut sebab dia kene bertugas kat sekolah kesian dia.... Setakat perjalanan sampai sini kami semua ok lagi takde yang mabuk atau pening. Amir??? hadoilah mulut pot pet pot pet dalam kereta mengalahkan DJ Radio...

  
Possing² di Lata Iskandar ....
Lame tak mandi air tejun tau.. 
Nasib baiklah amir tak merenggek nak mandi... 
Kalau tak haru jer.. bentang tikar kat sini dulu ...



 Possing² kat tugu ...
Hadoilah amir tak sudah² dengan botol susu dia tau ....





Sempat amik gambar berdua hihihihihi .....
Alamak!! pipi sama tembam dengan hubby gegegege ....
Lepas puas berehat lebih kurang sejam jugaklah kami singah kat sini... kami sambung perjalanan balik .... jalan pun dah mule pusing².. tapi naik cameron daripada sini memang tak terasa sejuk langsung berbanding naik daripada simpang pulai... kalau daripada simpang pulai memang suku jalan dah mule terasa sejuknya... udara dan angin cameron tu dah mule terasa....


Sepanjang perjalanan asyiklah jem tau ... dan asyik jumpa jentera macam ni jer...
Jalan tengah naik taraf kat sana... setiap kali selekoh banyak kali jugaklah kami kene berhenti tunggu giliran menyusur naik keatas...



Bicara Hati : Jalan pusing² daripada sini.. tapi amir okk jer... balik lalu simpang pulai .. amir muntah (2 kali ke cameron lalu simpang pulai amir muntah) habis kereta akak ipar sebab balik amir naik kereta dengan akak ipar.

Kek idaman semasa hari lahir 3 series

  

Sedap tak?? sape pernah makan..... teringin sangat nak merasa... kalau yang takde krim keliling tu ade jual tak? hahahaha.... maknenya nak kek yang berlapis² jer.. mesti cantikkan.. mesti sedapkan...





Selasa, 18 Disember 2012

Rehatkan Minda Bersama KELUARGA

  


Bercuti??? ala... nanti bos marah, cuti dah dibekukan (belum isi borang dah bagi tau kat hubby macam ni masa hubby suruh cuti).... pandai² jer... buat andaian sendiri.

Takde tempat lain ker??? kan dah pergi sana tahun lepas.... tapi macam best jugak kalau pergi lagikan hihihihihi... Amir mesti teruja kalau pergi sana .....
Kata² ini telah menyebabkan hati tersentuh .... terus isi borang cuti, walaupun sebenarnya hati sebelum tu berbelah bagi nak cuti atau tidak.. tq sangat² kat big boss sebab luluskan cuti minggu lepas hihihihihi....


   Destinasi pertama kami ..... 

Destinasi kedua kami ....



Bicara Hati : Walaupun hanya 2 hari 1 malam tapi seronok sangat hihihihihi.... 






Isnin, 17 Disember 2012

Isnin yang Kalut

  


Kepenatan semalam melayan anak bujang berjalan-jalan huhuhuhuhu.. sudahnya pagi ni terbabas bangun, EL oh nonononono... tak bolehlah kerja banyak, MB nak datang gegegegege.... ade pulak yang kene pancung kang kalau tetibe EL (padehal saya ni takde kene mengena pun dengan MB nak datang hahahaha)

Sudahlah pagi ni kelangkelibut .. memang takde maknenya nak bluesss,bawak kereta pun mulut ni tak berhenti terkumat kamit harap dipermudahkan... hadoilah.. jumpe pulak kereta terkedek-kedek mengalahkan kura-kura memang menguji kesabaranku.

Alhamdulillah amir tak meragam elok jer, malam tadi dah pesan amir nak bagi cikgu hadiah ibu.. yang ibu beli lekat-lekat kat peti sejuk tu (merujuk FM)...amir nak bagi cikgu boleh x?? eh² pandailah pulak dia nak bagi hadiah kat cikgu .. oklah kebetulan ibu ade beli lebih ingatkan nak bagi pengunjung setia blog ni ... tapi dah amir nak ade kuranglah sikit, insyaallah nanti kire lagi kalau ade lebih barulah boleh bagi kawan² blog pulak...

Hadoilah... masuk opis, pc ku mabuk pulak gegegegege.... sudahlah pagi ni ade laporan nak dihantar haru dibuatnya, nasib baiklah mabuknya tak lame... cuma internet jer tak boleh nak bukak laju ... Blog lagi lah.. langsung tak boleh bukak huhuhuhuhu .... :(

Entry² percutian nampaknya terperaplah tak boleh nak publish sampailah pc ok huhuhuhuhu... takpelah yang penting kerja-kerja haruslah disiapkan, sistem² jangan buat hal sudah .. pang nanti ... campak sungai klang .. dekat jer tu huhuhuhuhu ....


Bicara Hati : Memang kalutlah hari ni ...





Ahad, 16 Disember 2012

Pasaraya Segi Fresh dan Borong Runcit

    


Hujung minggu waktu sesuailah untuk pergi belanja dapurkan, belanja barang pasar dan ape-ape jerlah segala keperluan dapur.. nanti tak berasaplah dapur kalau takde barang nak masakkan.

Pasar Segi semakin maju .. semakin besar .. siap dah ade duta.. kalau tak salah dutanya kak engku, sediakan jerlah bajet kalau nak berbelanja, lebih jimat kat sini banyak jual borong, kalau ikan udang, siap ade size tau S, M, L dan XL pun ade hihihihihihi ..... tu baru lauk, ikan bilis pulak segala jenis ikan bilis ade.... suke² sebab dekat dengan rumah hihihihihi .... jadi tak payahlah nak jauh² belanja barang dapur (macam lah belanja banyak noooo sangatkan)

Lokasi segi ni kalau daripada klang menuju kebanting betul² sebelah kiri traffic light lepas kilang minyak Sime Darby, sebelum sampai balai polis kebun baru / pekan telok panglima garang.


Sangat² lah besar sekarang....
Ade macam² jual dah.. dah macam pasaraya econsave, giant, tesco pun iyer....
Siap ade tempat permainan budak² ... tapi tu lah kene beli token dulu ...
Memang kopak lah ibu ayah kalau amir merenggek nak main² kat dalam tu ....



   Dah ade kad keahlian ....
Kad baru .. yang lama dah tak boleh guna ....
Ade penjimatan jugak kalau beli barang .. siap dapat diskaun walaupun bukan semua barang.
   
Jenuh pujuk soh turun...
Tekun dia main walupun sorang-sorang ....



Bicara Hati : Bawak RM 50.00 ke pasar sekarang .. tak banyak yang dapat di belikan, semua pun dah mahal huhuhuhuhuhu....







Sabtu, 15 Disember 2012

iSTiMEWANYA 1 Safar 1434H

   


Ramai Yang Bangga Melahirkan Anak Pada 12/12/12. Liputan Meluas Diberikan Di Dada-Dada Akhbar. Sampaikan Ada Yang Sanggup Melakukan "Operation" Mengeluarkan Baby Pada Tarikh Yang Terjadi 100 Tahun Sekali Itu Mengikut Kalendar Barat. Namun Ramai Yang Lupa Pada Tarikh Dalam Kalendar Islam Pada Hari Ini Iaitu 1/2/34 Hijrah 1 Safar 1434H


BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.


Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.


Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.




Bicara Hati : Moga hati kita sentiasa dilindungi agar tidak mudah kurafat, dalam keadaan yang serba maju ... pelbagai cara juga boleh digunakan untuk menyesatkan hati kita tanpa kita sedar (^___^)v





Jumaat, 14 Disember 2012

Jangan Mudah Membuat Penilaian

  




InsyaAllah .. biasanya ape jua perubahan yang ingin di lakukan pastinya akan ade cabaran dan dugaan, semoga kuat menghadapinya ......


Bicara Hati : (^___^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...