♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 13 Mac 2013

Kamera Olympus Putih




Hadiah hari wanita katanya hihihihihihi ..... 
Jangan ditanya edisi yang baru ke bukan.. saya sendiri pun tak pasti... 

Terima kasih hubby ... itu sahaja ayat yang terkeluar dari mulut ini.... minat yang satu ini mengambil gambar dan diambil gambar .... sukar dikikis daripada sekolah rendah lagi (terima kasih hubby kerana memahami) dan susah nak digambarkan satu kepuasannya.. pada saya apa jua yang saya lakukan.. mesti saya nak ambil gambar... kerana pada saya semua yang berlaku takkan berulang... walaupun orang kata beli jerlah hp canggih pun ada kamera juga.. tapi saya lebih selesa bawak kamera.. dan mengambil gambar menggunakan kamera....

Okklah nanti²/esok²/tulat sambung cerita lagi beli kat mana, sebenarnya nak buat entry WW jer.. tapi jari gatal pulak tertaip ayat² hihihihihihi......



Bicara Hati : Hubby sekarang fanatik betul warna putih, kasut, t-shirt banyak warna putih dan sampaikan kereta pun warna putih sekarang ..... (^____^)v 





Penyakit Hati







Shawl Half Moon Corak Batik



Shawl Half Moon Paisley Zaara
My Online Boutique For You







Satu Titik PASRAH




Selasa, 12 Mac 2013

Menu Minum Petang Katanya ......




Pagi tadi agak kelangkabut dibuatnya, baru masuk opis sempat bancuh nesum secawan, berbekalan roti telur sekeping belum sempat ku ngapppp.... dapat arahan daripada bos suruh pergi kursus... agak² blur juga lah dibuatnya.... Mujurlah ½ hari sahaja.

Jadi sudahnya secawan nestum kuhulurkan pada kawan sebelahku.. memang tak sempatku minum pun.. dan ku berikan bekalku juga walaupun hanya sekeping roti.... sudahnya petang ni bekalku dibalas balik dengan menu petang yang nyum²..... keropok, pisang dan keria. Terima kasih kawan... saya tak mengharap pun awak balas.. tapi... syukur sangat.. atas rezeki ini... bolehlah alas perut sementara nak balik nanti.

Dua entry pagi tadi adalah entry autopublish yang saya dah siap² draft semalam.. hihihihihi... tak sangka lah pulak... kan... itulah seronoknya dunia blog ni.. kita boleh sukahati nak publish entry bila² masa... tak semesti mengadap blog 24 jam jer.. kan.. kenelah pandai... bahagikan masa, walaupun kadang² masa memang sangat cemburu dengan kita kan.


Bicara Hati : Rezeki jangan ditolak ... 
 

King Of Ambition or Queen Of Ambition




" Pasukan penyiasatan pendakwa khas tiba di Rumah Biru Presiden. Mereka sedang menyiasat First Lady untuk didakwa menerima rasuah. Memandangkan mereka mula untuk memulakan penggeledahan dan penyitaan mereka, Wanita Pertama Da-Hae (Soo-Ae) muncul di hadapan mereka. Beliau meminta pendakwa khas Ha-Ryoo (Kwon Sang-Woo) untuk memasuki dengan dia ke dalam bilik tidur. Sana, Dae-Hae memberitahu Ha-Ryoo untuk menghentikan siasatan dan kes itu hanya akan hilang. Ha-Ryoo kemudian menjerit pada dia "Pembunuhan adalah berbeza. Mengapakah kamu mahu membunuh aku?" Da-Hae kemudian bertukar sekitar dan menunjuk pistol di Ha-Ryoo. Tembakan dipecat. Da-Hae dan Ha-Ryoo memeluk. Darah menitis keluar ke lantai dan senjata digugurkan. "


itu cumalah sinopsis pada episod pertama, lepas tu... barulah berlaku dan diceritakan apa yang menyebab kejadian tu berlaku ...

Kalau amir tidur awal bolehlah saya melayankan cerita ni.. kalau tak memang tak tengoklah... tunggu kawan² review jer... tapi kalau tak sabar memeng cepat jer.. jari ni cari link dramacrazy.

Cerita ini memang boleh buat orang sakit jantung kata kawan saya hahaha.. emosi terganggu dibuatnya.... dan tak sabar² nak tahu apa yang terjadi seterusnya.. bahana².. terjebak cerita korea ni... tambah² dah tengok episod pertama menarik.. mestilah nak tengok episod yang seterusnya pulak hihihihihihi .... sudahlah cerita ni hanya ditayangkan isnin dan selasa 9.00 malam - 10.00 malam. Ulangan hari ahad (6.30 petang macam tulah)


Biasalah dah kalau cerita best ni.. mestilah tangan laju jer nak bukak dramacrazy.net hihihihihi ..... dasar memang tak penyabar pun sayakan..... jangan ikut perangai saya yang satu ni.. hihihihihi ...;p ala.. la... laa... korang yang tengok pun mesti tak sabar jugakkan.. kan.. baik ngaku cepattttttt ..... episod malam tadi kat tv mesti buat korang geramkan.... tak sangka ha rhy ada kembar kikikikiki... tapi nanti mati... sebab kene bunuh.. sedihh tau...


Sorry pada yang tak pernah tengok tu.. takpa.. saya kongsikan link daripada dramacrazy jom layan.... tapi kat dramacrazzy tajuk dia queen of ambition, kat tv king of ambition layan sampai lebam... biar lebam mata.. jangan lebam dalam hati. Kalu ikutkan kat tv baru sampai episod 10, dalam dramacrazy dia cepat sikit hahahaha... dah episod 16.

http://www.dramacrazy.net/korean-drama/queen-of-ambition-episode-1/
nak tayang video tak boleh.. jadi saya kongsikan link pertama jerlah yer.. daripada situ boleh tengok episod yang seterusnya...



Suka tengok pelakon lelaki ni muka dia sweet sangat... 




Bicara Hati : Hubby tak layan cerita korea sedih².. tapi kadang² terjebak juga hahahahaha....









Miyami Tetap Dihati



Miyami tetap dihati, itu lah ayat yang tulus ikhlas jauh disudut hati kurasakan... bukan miyami nama tempat kat jepun tu... yer... ni bedak miyami two way foundation UV protection cosway tu.

Sejak mula bekerja hampir 8 tahun lalu.. di pejabat ni rasanya lebih selesa pakai bedak ni, ni pun kawan kat opis ni lah yang suruh cuba.. memang terus serasi sampai sekarang.

Masa sekolah dulu memang tak mampulah nak beli yang mahal jauh sekali pakai bedak compact² ni... balun jer.. pakai bedak batu nasila rm 5.00 tu jer.. malam² pulak pakai tepek² buat bedak sejuk hahahahaha... kira 2 dalam 1 lah tu .. bajetlah katakan.


 inilah bedak miyami cosway yang glamour amour tu.. saya suka yang light, dengar kabarnya retis pun ramai yang pakai.... Kalau ada promosi memang pakat² beli ramai² kat opis ni.. lagi² kalu beli 3 percuma 1, memang kami kongsi beli 4 orang nanti harga bahagi² jimatlah sikit. Kalau bab macam ni memang ligatlah berkongsi² join....


Ada senyuman lebarrrrr ... bijak² mengatur perbelanjaan.
Gambar ada bayang² silau lampu.. tapi nak jugak tayang sebab melaram Shawl Radiusite baru hihihihihihihi.....



Sebenarnya cara yang betul nak pakai bedak ni kene basahkan dulu span bedak tu.. tapi saya tak basahkan pun pakai.. macam tu jer   dah ok... selesa... sebab tu baru² ni.. ada beli bedak online kat jenama popular tu.. tapi.. tak serasilah.. miyami juga dihati...




Bicara Hati : Masya ko pakai bedak apa.. pun nak cerita kat blog ker??? mesti si sekodeng tu bantai gelakkan ko tau hahaha.. biarkanlah dia... saya sekadar berkongsi manalah tahu ada rakan² blogger baru nak pakai bedak ni kan...









Isnin, 11 Mac 2013

Pencapaian Luar Biasa View 100,000

  




Pencapaian luar biasa, pada orang lain mungkin biasa².. pada saya blog yang suam² kuku dan tak popular ni.. mesti satu pencapaian luar biasa kalau view dah cecah 100,000 kan dengan entry yang tak sampai 1000 kikikikiki ...;p

Umur blog pun baru 2 tahun, memang banyak yang perlu diperbaiki.. tapi bila masa terhad untuk menghadap blog adalah satu cabaran juga buat diri untuk menulis.... yang penting niat saya menulis untuk berkongsi kisah suka duka hati ini.. apa jua yang saya lakukan bersama keluarga dan juga menjadi panduan buat² sahabat² alam maya... untuk dikongsikan terutama bab penjagaan anak dan cara mendidik anak...

Terima kasih pada sahabat² blog yang sudi datang kesini membaca apa yang saya kongsikan.. maklumlah blog saya ni memang tak ramai yang tahu pun dikalangan kawan² di opis, di fb jauh sekali... sebab tak pernah pun kongsikan link... tu pun saya tahu ada yang dah tahu.. mungkin mereka jumpa masa google mencari sesuatu... hihihihihihi...

Ni gambar print skrin masa saya bukak blog tengahari tadi sebelum rehat... lepas publish entry fear factor. Kalau paparan terkini mungkin dah bertambah kot... apapun... ini sebagai semangat saya untuk menulis lagi... di samping pendapat di nuffnang walaupun belum pernah merasa cpuv lagi.


Bicara Hati : Cukup²lah tu.. kalau panjang lebar tulis nanti dah macam berkempen pulak macam nak pilihanraya hihihihihihi.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...